Tiwi,Okky dan Ranto,3 sahabat yang bersama-sama saya dan
Saiful Ridwan mengikuti acara Interfaith Summit 2012 di Bali dahulu tiba di
Masjid Agong Bandung ini dan mereka membawa kami menaiki motor ke satu warung
makanan terlebih dahulu.Warung makanan ini agak unik dimana tukang masak akan
memasak makanan dihadapan kami semua dan kami boleh memilih sendiri lauk untuk
dimakan dan sebelumnya dipanaskan oleh tukang masak ketika itu juga.
Selepas makan petang,kami menaiki van menuju ke Pasar Baru
pula.Pasar Baru ini popular dikalangan rakyat Malaysia yang suka membeli belah
di Bandung memandangkan barangan disini dijual agak murah dan harga borong.
Kami membeli belah sebentar di Pasar Baru ini sebelum
menaiki bas menuju ke UIN Sunan Gunung Jati,universiti tempat Tiwi,Okky dan
Ranto menuntut ilmu.
Kami tiba di UIN Sunan Gunung Jati ketika hari sudah malam dan kami berehat sebentar di masjid kampus UIN Sunan Gunung Jati sebelum sesi perbincangan santai bersama Tiwi,Okky dan Ranto berkenaan projek Asean YouthPreneur kami.
Kami membincangkan bentuk kerjasama perniagaan yang boleh
dilakukan bersama dengan sahabat-sahabat di Bandung ini .Sepatutnya kami pulang
bertemu kembali dengan Ahmad Zahir tetapi memandangkan sahabat kami Saiful
Ridwan mengalami demam dan pening kepala,kami mengambil keputusan untuk
menginap disini pada malam ini.Dengan menaiki motor kami dibawa ke bilik
sahabat kami Ranto dan bermalam disini.
Walaupun ia merupakan bilik sewa Ranto,pelajar
UIN Sunan Gunung Jati dan sesuai untuk seorang sahaja tetapi kami menginap
disini seramai 4 orang .Selepas makan malam dan berborak santai kami tidur
di bilik tersebut .Esok pagi kami akan
meneruskan perjalanan kami lagi ke destinasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment