Thursday, February 5, 2015

Lawatan ke Global Peace Foundation Indonesia



Lawatan ke Global Peace Foundation Indonesia

Dari Freedom Institute kami berjalan kaki ke pejabat Global Peace Foundation Indonesia yang aktif menyebarkan cinta ,keamanan,perdamaian dan khidmat kemanusiaan.






Pada mulanya saya tidak tahu ia berdekatan sehinggalah diberitahu oleh sahabat saya,Shintya yang merupakan aktivis Global Peace Foundation Indonesia.Kami mula berkenalan sewaktu menghadiri acara InterFaith Summit di Bali pada tahun 2012 sebelum bertemu kembali sewaktu acara International Youth Exchange di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras dan acara Global Peace di Kuala Lumpur.

Saya berasa agak dekat dengan Global Peace Foundation Indonesia selepas berkenalan dengan aktivis mereka walaupun belum aktif bersama cawangan Global Peace di Malaysia.

Mengikuti program mereka ,Interfaith Summit 2012 di Bali mendidik kami para peserta untuk saling hormat menghormati,bersaudara,rasa kekeluargaan dan cinta sesama manusia.

Di pejabat Global Peace Foundation,Shintya membawa kami bertemu dan berkenalan dengan staf pejabat sebelum kami mengadakan pertemuan bersama Mrs Poon ,'orang kuat' Global Peace Foundation Indonesia ,seorang aktivis keamanan.


Beberapa perkara dibahaskan antaranya berkenaan peranan media dan wartawan dalam memperjuangkan keamanan.Kebetulan kembara kami ini turut disokong oleh Kelab Wartawan Muda Malaysia dan sahabat saya Effendy terlibat aktif didalamnya dan juga di Makmal Media Kebangsaan.

Dalam pertemuan tersebut, kami bersepakat bahawa media perlu sentiasa membawa berita dan isu-isu yang positif dan mengelak daripada menyebarkan pelbagai berita dan isu yang negatif dan penuh provokasi.
Mrs Poon menjelaskan kepentingan kepimpinan yang memiliki visi dan meletakkan keutamaan kepada soal kemanusiaan,menyebar cinta dan keamanan ke seluruh dunia.Dalam keadaan dunia yang dipenuhi konflik disana sini,kita memerlukan pemimpin yang menjadi jambatan buat menyebarkan nilai-nilai kemanusiaan yang universal dan sentiasa berfikir ke arah dunia yang lebih baik.


Mrs Poon juga menyatakan betapa penting melahirkan organisasi yang membawa pendekatan yang terbuka seperti NU Nahdatul Ulama di Indonesia dan pemimpin pro kemanusiaan seperti Gus Dur dll.

Tentang soal hubungan antara agama pula beliau menjelaskan konsep paradigma baru dalam hubungan antara agama yang cuba dibawa oleh Global Peace dan menghuraikan betapa penting melangkaui soal toleran semata-mata ,melawan ekstrimis agama-kaum dan peranan yang boleh dimainkan oleh anak muda dalam membina hubungan yang harmoni antara penganut pelbagai agama.

Rasa cinta kepada Maha Pencipta dan cinta sesama manusia serta dunia yang lebih baik perlu kita terapkan dan kita perlu memupuk rasa persaudaraan seolah-olah kita dari satu keluarga yang sama.



Anak muda perlu lebih ke hadapan dalam memperjuangkan keamanan,khidmat kemanusiaan,hubungan harmoni antara agama demi dunia yang lebih baik.

Untuk hal tersebut pentingnya kita melahirkan lebih ramai aktivis keamanan dalam kalangan anak muda melalui progran pendidikan dan latihan serta mewujudkan satu gelombang gerakan keamanan.

Terima kasih buat semua aktivis Global Peace Foundation Indonesia yang sudi menerima tetamu pengembara 'backpacker' seperti kami dan terima kasih khusus buat sahabat saya,Shintya yang mengatur pertemuan ini.

No comments:

Post a Comment