Selepas bertemu Kiai Muflih dan menyimpan beg kami,kami
bergegas menaiki motor sekali lagi ke UI Depok sebelum ke satu studio gambar.Di
studio gambar itu sahabat-sahabat Asean YouthPrenuer diketuai Vivi sudah berada
disana dan kami mengambil gambar beramai-ramai untuk dimuatkan dalam laman web
Asean YouthPreneur nanti.
Bagi saya gerak kerja Asean YouthPreneur oleh
sahabat-sahabat Indonesia diketuai Vivi dan rakan-rakan cukup pantas bermula
dari kertas konsep dan pembentangan Asean YouthPreneur,kewujudan laman
web,gambar di studio dan pertemuan mesyuarat di Kementerian Pemuda dan Olahraga
Indonesia.
Mereka ternyata cukup serius dalam mewujudkan Asean
YouthPreneur ini dan benar-benar menghargai kembara kami ke Indonesia ini.
Selepas sesi bergambar di studio,kami menjamu selera di
sebuah restoran beramai-ramai.Kami sempat mencuba ABC+buah avocado yang sangat
enak dan mencuba makanan tempatan
disini.
Sebelum pulang ke pesantren ,kami sempat membeli beberapa cd
filem berkenaan Jokowi,BJ Habibie dan filem-filem yang sangat menarik untuk
dibawa pulang ke Malaysia nanti.
Di Pesantren Mutiara Bangsa ini,kami tidur agak lewat kerana
membuat persediaan untuk acara sidang media Asean Youthpreneur esok pagi.Sahabat Indonesia yang bersama kami
Nafi dan Singgih tekun menyiapkan video dan slideshow berkenaan Asean YouthPreneur dan juga tentang
projek kembara kami,Kembara Asean Jaringan Anak Muda:Indonesia 2015 untuk
ditayangkan di Kementerian Pemuda dan Olahraga esok pagi.Sebelum tidur kami
juga sempat bersembang-sembang merancang beberapa bentuk kerjasama antara kami
dan mereka nanti.
No comments:
Post a Comment