Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami dari Tangkuban
Parahu ke Universitas Pendidikan Indonesia dan disini kami sekadar melawat
sebentar dan bergambar.Sepatutnya saya bercadang bertemu beberapa orang sahabat
Indonesia yang belajar disini tetapi mereka kini sedang bercuti dan pulang ke
kampung halaman masing-masing.
Saya juga mengenali beberapa orang mahasiswa dan
pensyarah disini yang pernah mengadakan lawatan di Universiti Malaya beberapa
bulan lalu dan mereka telah mengadakan
satu sesi pembentangan berkenaan kota Bandung di Fakulti Sastera dan Sains
Sosial,Universiti Malaya.Dalam pembentangan mereka tempoh hari mereka
menjelaskan tentang kota Bandung sebagai satu kota kreativiti dan inovatif dan
projek yang dijalankan oleh walikota Bandung,Ridwan Kamil.
Menarik juga apabila kami membaca papan tanda di kampus
Universitas Pendidikan Indonesia ini berkenaan ‘kampus ilmiah,edukatif dan
religius’
Dari Universitas Pendidikan Indonesia,kami kembali ke Masjid
Agong Bandung dan Ahmad Zahir meminta izin meninggalkan kami untuk urusan
penting beliau dan kami akan bertemu kembali beliau keesokan harinya nanti.
Kami berehat di Masjid Agong Bandung dan mengecaj hp kami
sambil menunggu ketibaan sahabat kami,Tiwi,Okky dan Ranto yang akan bertemu
kami selepas ini.Di dalam Masjid Agong Bandung ini ketika itu terdapat satu
aktiviti latihan kecergasan senaman kaum ibu
dan yang menariknya ia menggunakan muzik dan lagu-lagu zikir-selawat
sambil mereka membuat latihan kecergasan senaman tersebut.Kelihatan ia seperti
satu terapi kesihatan juga dan yang uniknya ia menggunakan muzik dan lagu-lagu
zikir-selawat.
Selepas acara latihan kecergasan senaman kaum ibu itu juga
kami melihat agak ramai orang berkumpul didalam masjid ini.Saya bertanyakan
kepada seorang jemaah dan beliau memberitahu saya selepas ini akan diadakan
satu kuliah agama dan bacaan lagu zikir-qasidah yang dipimpin oleh seorang kiai
yang terkenal juga.Selepas beberapa seketika akhirnya masjid dipenuhi oleh para
jemaah yang memenuhi ruang masjid dan kami sempat mendengar seketika kuliah dan
bacaan lagu zikir-qasidah tersebut sambil berehat santai.
No comments:
Post a Comment