Awal pagi selepas sarapan pagi di rumah Muzakkir,kami
bergerak ke sekolah Insan Cendekia Madani di Tangerang.Jika semalam kami hanya
dapat melihat suasana malam sekolah ini dan pagi ini pula kami dapat melihat
suasana pagi yang cukup indah di sekolah bertaraf asrama penuh antarabangsa
ini.
Kami dibawa menaiki kereta yang sering digunakan di padang golf untuk
mengelilingi kompleks sekolah Islam antarabangsa ini dan dapat melihat mini zoo,kolam ikan,kolam
renang,tempat memanah,tempat menanam-pertanian,kelas,kantin,dan lain-lain yang
terdapat didalam kompleks sekolah ini.Sekolah ini telah mendapat hadiah
landskap –senibina terbaik daripada persatuan arkitek dan diiktiraf dalam usaha
mereka menonjolkan suasana kehijauan alam sekitar.
Para pelajarnya dididik untuk menguasai pelbagai
bahasa,penguasaan seni
budaya-sastera,latihan pidato,senibela diri,muzik,telnologi moden dan
subjek agama.Mereka juga aktif menyertai pelbagai acara di peringkat
antarabangsa.
Kurikulum sekolah ini juga sangat menekankan aspek akhlaq
keteladanan,kepemimpinan dan integrasi ilmu.
Kami kemudiannya dibawa ke pejabat sekolah Insan Cendekia
Madani ini untuk bertemu pengasasnya ,Pak Tamsil.
No comments:
Post a Comment