Selepas tamat acara di Kementerian Pemuda dan Olaharaga,kami bergegas menaiki teksi menuju ke Persekutuan Gereja Indonesia untuk menghadiri acara anjuran Indonesian Conference on Religion and Peace.Saya mendapat undangan menghadiri acara ini daripada Gayatri dan Mohammad Monib,2 orang sahabat Facebook yang sudah lama saya kenali melalui alam maya Facebook dan belum pernah bertemu lagi.Ayah Gayatri merupakan intelektual-ahli falsafah-budayawan dari Indonesia iaitu Prof Abdul Hadi WM yang pernah mengajar di Malaysia.
Sebaik sahaja kami tiba acara dalam sesi penggulungan.Kelihatan
juga Prof Musdah Mulia yang saya pernah baca bukunya hadiah daripada seorang
teman FB juga dari Indonesia dan saya sempat berjumpa beliau sebaik sahaja
acara tamat dan sebelum sesi bergambar.Selepas itu saya akhirnya bertemu dengan
Gayatri dan Mohamad Monib dan juga seorang lagi kenalan Facebook saya,Ahmad Nurcholish.Saya
membeli sebuah buku novel karya Gayatri dan mendapat hadiah 3 buah buku
daripada Mohamad Monib.
Kami sempat bersembang-sembang pelbagai isu khususnya
berkenaan nikah beda agama,pendekatan agama,aliran pemikiran agama dan
lain-lain lagi berkenaan agama dan keamanan.ICRP bergiat aktif dalam membina
hubungan baik antara penganut pelbagai agama di Indonesia dan melawan pemikiran
sempit serta radikal ekstrim kelompok tertentu.
No comments:
Post a Comment