Awal pagi lagi selepas Subuh kami bergerak ke
hadapan UIN Sunan Gunung Jati dan disana Ahmad Zahir telah menunggu kami.Kami
mengucapkan terima kasih kepada Tiwi,Okky dan Ranto yang sudi menemani dan
membantu kami sepanjang kami berada di Bandung.
Tercatat didalam satu laman web tentang Irfan Amalee seperti berikut:-
''Irfan Amalee created the Peace Generation Program that trains peace agents, develops peace education modules, and promotes books door-to-door. It has since grown into a community of over 15,000 young people who have set up their own training and book retail businesses from Aceh to Sulawesi. Amalee is also the youngest member of Mizan Publishers, where he established Pelangi Mizan, a Muslim children’s book publication. He was a recipient of the British Council’s 2008 International Young Creative Entrepreneur Award.''
Ketika tiba di pejabat Peace Generation dan dibawa
ke pejabat CEOnya,saya terkejut kerana Irfan Amalee ini merupakan orang yang
sama saya temui pada suatu acara di Kuala Lumpur.Irfan Amalee juga masih
mengingati saya dan mengatakan kami pernah bertemu beberapa tahun yang lalu di
Kuala Lumpur.Ketika itu Irfan diundang sebagai panel forum dalam acara tersebut
manakala saya sekadar sebagai peserta forum tersebut.Kami bersembang seketika
selepas tamat acara tersebut .Selepas beberapa tahun kami akhirnya bertemu
kembali dan kali ini bertemu di Bandung pula.
Irfan Amalee menggerakkan Peace Generation yang
memberi fokus kepada hal-hal keamanan dan yang menariknya staf pekerja beliau
terdiri dalam kalangan anak muda .Beliau berkongsi kepada kami tentang projek
yang digerakkan oleh Peace Generation dan menceritakan tentang program terbaru
mereka iaitu Peacetival.
Peacetival ini merupakan gabungan antara konsert
muzik lagu-lagu keamanan,pameran buku keamanan,slot bedah buku
keamanan,permainan-game keamanan dan apa jua yang berkaitan keamanan.
Irfan juga sangat meminati Steve Job dan didalam
pejabatnya dipenuhi dengan mutiara kata dan wajah Steve Job serta mutiara kata daripada tokoh-tokoh
keamanan dunia dan beliau memberitahu saya beliau juga sangat mengkagumi Bashad Khan,sahabat muslim Mahathma
Gandhi yang tidak ramai orang mengetahuinya dan terkesan dengan projek keamanan
anjuran Ashoka Fellow Albina Ruiz. Saya juga sempat memberitahu beliau
berkenaan tokoh-tokoh dari Turki misalnya Fethullah Gulen dan Osman Nuri
Topbas.
Beliau menunjukkan kepada kami satu strategi ala MLM bagi
melawan konflik dan gerak kerja pengganas yang cukup menarik perhatian kami.
Sebelum berpisah kami sempat merakam ucapan beliau tentang
nasihat kepada anak muda dan peranan mereka dalam mencipta kedamaian dan
keamanan seterusnya melawan pemikiran ekstrimis dan gerak kerja pengganas di
seluruh dunia.
Kami sepakat untuk membentuk satu kerjasama untuk
menggerakkan pelbagai projek anak muda nanti.
Nampaknya, kembara ini saya masih ketinggalan berseorangan di belakang. Masih tak mampu mengejar kepantasan kalian semua. Tahniah moga jaringan yang terbina itu memberi manfaat buat seisi ummah.
ReplyDelete