Majlis Ulama
Indonesia
Berdekatan dengan Freedom Institute juga kami ternampak
papan tanda pejabat Majlis Ulama Indonesia lalu singgah sebentar ke pejabat
tersebut sekadar beberapa seketika.Ketika itu waktu sudah agak lewat dan
pejabat sudah hampir tutup jadi kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar
sahaja disana.
Di sana kelihatan satu poster besar berkenaan Kongres Umat
Islam SeIndonesia VI yang akan diadakan
di Yogyakarta pada 8-11 Februari ini bertemakan Penguatan Peran Politik,Ekonomi
dan Sosial Budaya Umat Islam Untuk Indonesia Yang Berkeadilan dan
Berperadaban.Didalam gedung Majlis Ulama Indonesia itu juga terdapat pejabat World Halal Food Council.
Menaiki sampan
menyeberang sungai,melalui jalan kampung
Selepas ke Global Peace Foundation Indonesia,kami berjalan
kaki menuju ke Manggarei dan disana
ketika berjalan kaki mencari jalan kami terserempak dengan seorang aktivis
Muhammadiyah.Beliau menunjukkan kami jalan dan bersama kami menaiki sampan untuk
menyeberang ke satu sungai .Satu pengalaman baru dalam kembara kami setelah
menaiki kapal terbang,bas,van,teksi dan lain-lain dan kali ini menaiki sampan
pula.Dari seberang sungai tersebut kami melalui satu jalan kecil kampung dimana
terletaknya satu pesantren dan disana kebetulan merupakan sambutan malam Jumaat
yang cukup meriah dengan pelbagai jualan disamping kuliah agama yang boleh
didengar daripada luar jalan.Suasana kampung disini seolah-olah dalam gambaran
sinetron Indonesia yang sering saya lihat dalam siaran tv di Malaysia .
Kami kemudiannya
menaiki teksi menuju ke Menteng Raya untuk bermalam di asrama Pelajar Islam
Indonesia(PII).Saya pernah bermalam disini sewaktu kunjungan ke Jakarta
beberapa tahun dahulu mewakili PKPIM yang mempunyai hubungan yang cukup erat
dengan Pelajar Islam Indonesia.
Entah sudah berapa tahun hubungan 2 persatuan
pelajar Islam ini barangkali sejak awal tahun 70 an lagi dan ramai alumni
kedua-dua persatuan ini memegang posisi penting dalam pentadbiran kerajaan di
kedua-dua negara ini.Kedua-dua persatuan juga mewakili negara masing-masing
dalam menggerakkan PEPIAT-Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment