Tamat acara ICRP kami menaiki teksi kembali ke asrama PII di
Menteng.Disini sahabat kami mantan Ketua Umum HMI,Muzakkir Djabir sudah
bersedia menunggu kami dan beliau akan membawa kami ke Tangerang untuk acara
disana pula.Sebelum meninggalkan asrama PII,kami bertemu sekali lagi dengan
para pimpinan PII termasuk Ketua Umumnya,Randi dan pengurus besar serta sempat
menziarahi pejabat PII dan bersembang santai bersama mereka.
Kami berharap
hubungan baik antara PII dan PKPIM dimana kami sebagai alumninya akan tetap
erat disamping bersama-sama terus menggerakkan PEPIAT.Kami mengundang mereka
juga ke Malaysia dan mereka memaklumkan kepada kami bahawa PII juga akan
menghantar wakil peserta untuk menyertai International Youth Gathering di
Malaysia anjuran PKPIM-ABIM-WADAH.
Sepatutnya saya bertemu juga aktivis-alumni PII segenerasi
saya namun disebabkan kesibukan mereka dan padatnya jadual kembara kami pada
kali ini saya tidak sempat bertemu mereka namun agak teruja dapat bertemu
dengan pimpinan baru PII sekaligus terus
membina jarinngan persahabatan bersama PII ini.
No comments:
Post a Comment