Selepas tamat perbincangan santai di Perpustakaan UI
Depok,kami dipelawa untuk menginap di satu pesantren berdekatan UI Depok
walaupun pada mulanya kami merancang untuk menginap d Wisma Makara dalam kampus
UI Depok.Kami sangat terharu dengan pelawaan tersebut apatah lagi dalam jadual
asal kembara kami juga kami ingin melawat sekurang-kurangnya satu pesantren.
Dari UI depok,saya menaiki motor yang dipandu oleh
Nafi,Ridwan menumpang motor Singgih dan Effendy membawa sendiri motor milik
sahabat Asean YouthPrenuer dan kami bersama-sama menuju ke Pesantren Mutiara
Bangsa.
Tiba kami disana kami dibawa bertemu pengasas pesantren tersebut iaitu Kiai Muflih Sartono dan kami sempat merakam nasihat beliau kepada anak muda.Menurut beliau ,kita memerlukan pendekatan Islam yang bukan semata-mata menekankan aspek ritual-simbol dan pakaian semata-mata tetapi perlu menekankan aspek kecerdasan moral,spiritual dan intelektual.

Pesantren Mutiara
Bangsa ini menurut beliau membawa pendekatan NU(Nahdatul Ulama) yang menekankan
aspek keislaman,keindonesiaan dan kemanusiaan serta mahu mencetak seramai
mungkin pemimpin yang dengan kekuatan moral dan akhlaqnya mampu memimpin
bangsa.
No comments:
Post a Comment