Selepas makan tengahari kami singgah sebentar untuk melihat
satu acara anjuran Muslim Entrepreneur
Academy yang sedang menjalankan aktiviti bengkel keusahawanan.Kebetulan
sahaja kami melalui pejabat YES Young
Entrepreneur Support IPB dan bertegur sapa dengan pimpinannya.Kami terus
dibawa ke pejabat YES untuk mendengar taklimat berkenaan YES dan aktiviti Muslim Entrepreneur Academy dan kami juga berkongsi
tentang kembara Asean Jaringan Anak Muda dan projek Asean YouthPrenuer kami.
Dalam taklimat mereka menjelaskan tentang projek kerjasama
mereka yang mendapat sokongan Bank Negara Indonesia(BNI) dan projek melatih
usahawan muda yang digerakkan oleh mereka.Terdapat ramai mahasiswa yang sudah
berjaya menjadi usahawan dan memiliki produk-produk jualan sendiri dan mereka
berharap kerjasama dengan pihak kami mampu meluaskan pasaran produk mereka ke
Malaysia.
Kami berkongsi tentang pelbagai produk yang berpotensi masuk
ke pasaran Malaysia dan menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan pihak
mereka dalam pelbagai program keusahawanan nanti.Kami juga sempat menemubual
wakil Muslim Academy Entrepreneur .
Pertemuan singkat tetapi cukup bermakna ini diharapkan dapat
diperluaskan lagi hubungan persahabatan ini melalui kerjasama dalam program
kepemudaan dan keusahawanan pada masa akan datang.
Sebelum meninggalkan kampus IPB kami sempat mencuba makanan
tempatan dan minuman jus buah-buahan bersama sahabat kami,Ranitya,Rasma dan
Ali.Kami cukup bertuah kerana di Bogor ini walaupun tanpa perancangan awal kami
dilayan dengan cukup baik oleh sahabat-sahabat baru kami di Bogor ini dan
mereka bersedia meluangkan masa untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar
kampus IPB ini.Terima kasih sahabat.
Dari IPB di Bogor ini kami meneruskan kembara kami dan kali
ini kami menaiki bas menuju ke Bandung pula dan akan turun di stesyen Liu Panjang.
No comments:
Post a Comment