Kami menaiki bas dari Bandung ke Depok.Bas ini agak selesa
dan sesuai juga untuk perjalanan jauh.Dalam bas kami berkenalan dengan Pak
Shihabudin yang juga mahu ke Depok.Beliau sangat ramah dan berkongsi pengalaman
beliau sebagai usahawan dan beberapa kisah tentang Indonesia.Beliau yang pernah
ke Malaysia sangat mengkagumi Tun Dr Mahathir Mohamad dan BJ Habibie,mantan
Presiden Indonesia.Beliau juga menceritakan kepada kami tentang sifat tertentu
etnik-bangsa di Indonesia seperti Jawa yang cukup rajin berkerja,Bugis yang
bersifat pahlawan dan berani,Sunda yang cukup lemah lembut dan berbudi bahasa
serta kecantikan gadis Sunda,Minang-Rao yang pandai berniaga dan lain-lain.
Kami tiba di Depok dan disana kami berjalan kaki masuk ke
perkarangan Universitas Indonesia,Depok.Ini kali ketiga saya menjejakkan kaki
ke UI Depok ini selepas 2 kali menghadiri acara pemuda di Wisma Makara dalam
kampus UI Depok ini beberapa tahun yang lalu.Kali pertama saya ke sini sewaktu
menghadiri acara International Youth Gathering anjuran UNIW berpusat di Turki
yang dikendalikan oleh sahabat Salam UI dan yang keduanya sewaktu menghadiri
acara Universal Justice Network disini.
Melalui Facebook,sahabat saya Effendy Zulkifly mengemaskini
kedudukan terkini kami dan apabila mengetahui kami sudah tiba di UI
Depok,sahabat kami yang sama-sama menggerakkan Asean YouthPreneur ,Vivi melalui
Saki sahabatnya menjemput kami dan membawa kami berehat sebentar di Masjid UI
Depok.Kami berehat dan mandi sebentar sebelum dibawa ke Perpustakaan UI Depok.
Perpustakaan UI Depok ini sangat besar dan mendapat tajaan
juga daripada Kerajaan Jepun hasil kerjasama dengan UI Depok dan memiliki
pelbagai koleksi buku yang sangat menarik.Di bawahnya seakan-akan satu komplek
membeli belah dengan adanya Starbuck,restoran Korea dan lain-lain lagi.
Kami dibawa ke tingkat atas di bilik diskusi dan disana kami
bertemu kembali dengan sahabat-sahabat Asean YouthPreneur.Kami merancang
persediaan untuk acara sidang media Asean YouthPreneur yang akan dihadiri oleh
Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia.
Kami kemudiannya dibawa oleh sahabat kami,Singgih untuk
melawat dan bergambar sekitar
Perpustakaan Ui Depok ini dan yang menariknya juga terdapat Abdur Rahman Wahid Centre For Interfaith Dialogue and Peace didalam perpustakaan ini.Abdur Rahman Wahid Centre for Interfaith Dialogue and Peace ini menempatkan pelbagai
koleksi buku berkenaan Allahyarham Gus Dur@Abdur Rahman Wahid mantan Presiden
Indonesia,gambar-gambarnya,dan mutiara kata allahyarham.
Di hadapan Perpustakaan UI Depok ini juga terdapat tasik
yang sangat cantik dan terdapat juga bot yang dibuat sendiri oleh mahasiswa UI
Depok ini.
No comments:
Post a Comment