Sunday, February 8, 2015

Melawat LazisMU Mujahidin dan Tangkuban Perahu melalui Lembang



Awal pagi ini kami dibawa Ahmad Zahir ke pejabatnya LazisMU Mujahidin di tingkat bawah kompleks Muhammadiyah tempat penginapan kami ini.

LazisMU Mujahidin ini memberi fokus kepada hal zakat  dan seperti yang tertera di pejabat LazisMU Mujahidin ini ia memberi fokus utama kepada Qurban-Peduli Kemanusiaan-Pemberdayaan Ekonomi Kaum Dhuafa-dan hal persekolahan.




Kami kemudiannya dibawa ke satu tempat pelancongan yang cukup bersejarah dan menarik iaitu Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu.

Kami tiba awal di Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu ini dan ketika itu ia masih belum dibuka.Sebelum itu kami melalui kawasan Lembang yang cukup cantik pemandangan persekitarannya.Saya pernah ke Lembang ini sewaktu menghadiri acara International Youth Gathering yangg ke tiga buat pertama kali saya sertainya sewaktu Indonesia menjadi tuan rumah acara pemuda antarabangsa ini.


Gunung Tangkuban Parahu ini pernah ditutup seketika sewaktu ia meletus dan mengeluarkan gas yang beracun.Disini kita dapat melihat sendiri kawah gunung merapi yang sebenarnya masih aktif.Lumpurnya juga boleh disapu ke muka untuk dibuat ubat dan rawatan kecantikan wajah.






Pemandangan dari atas puncak di Tangkuban Parahu ini cukup indah dimana kita mampu melihat kawasan persekitaran dibawahnya yang penuh kehijauan dan udara paginya yang cukup segar dan sejuk disamping dapat melihat dari atas kawah gunung merapi itu dengan ledakan asapnya.

Kami sempat juga menemubual para peniaga disini yang cukup sopan,penuh budi bahasa dan ramah dan antara harapan mereka ialah mereka berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia berkunjung ke Tangkuban Parahu ini disamping membantu mereka dengan membeli sebanyak mungkin barang-barang disini.

No comments:

Post a Comment