Sunday, February 8, 2015

Melawat Institut Pertanian Bogor(IPB)



Awal pagi lagi saya meninggalkan bilik hotel Seri Berlian untuk berjalan kaki ‘joghing’ sekitar kawasan sebelum sampai di Institut Pertanian Bogor.Suasana sejuk,indah,nyaman dengan udara yang cukup segara serta dikelilingi pokok-pokok hijau membuatkan saya asyik menikmati keindahan didalam Institut Pertanian Bogor ini.Kelihatan ramai orang turut bersenaman,berjalan kaki,menaiki basikal dan membuat pelbagai aktiviti sukan-santai.Saya berjalan kaki mengelilingi kawasan persekitaran IPB ini sambil mempelajari sesuatu disini.





Kampus hijau yang menjaga alam sekitar dari diperkosa oleh tangan-tangan manusia.Itulah yang boleh saya gambarkan sewaktu berada di dalam kampus IPB ini.Landskap taman yang sangat cantik,pokok-pokok  yang sangat besar,rumput hijau yang dipotong rapi,kebersihan yang sangat dijaga dan suasana yang saya beritahu kepada sahabat saya suasana ‘universiti dalam hutan’ ini menceriakan kampus IPB ini dan inilah pelajaran yang sangat bermakna buat saya sewaktu menjejakkan kaki ke kampus IPB ini.

Selepas berjalan kaki sekitar kampus IPB saya kembali ke hotel penginapan untuk sarapan pagi dan sebelum itu sempat ‘terjun’ berenang di kolam renang terlebih dahulu.Selepas sarapan pagi sahabat kami Ranitya,Rasma  dan Ali datang menjemput kami dan kami sekali lagi dibawa ke kampus IPB.Kami berjalan kaki bersama-sama melawat ke pelbagai fakulti disini dan yang menariknya juga sewaktu ingin melihat bahagian penternakan ikan kami perlu melalui satu jalan yang seakan jalan ‘jungle-trackking’ sebelum berjumpa kolam penternakan ikan.Kolam penternakan ikan ini diisi dengan banyak ikan dan sekelilingnya ditanam pelbagai pokok dan kolam ini juga  dibantu dengan satu mesin buatan Indonesia dan para mahasiswa yang mengambil subjek berkenaan penternakan ikan perlu ke sini sewaktu proses pembelajaran luar dewan kuliah.IPB menurut sahabat saya sangat menekankan aspek pembelajaran secara praktikal dan bukan semata-mata pembelajaran teori dan konsep semata-mata.


Kami berjalan kaki juga melalui Fakultas Kedokteran Hewan,Rumah Sakit Hewan,Fakultas Penternakan,Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan,Fakultas Teknologi Pertanian dan tempat mengukir kayu serta Departemen Arsitektur Landskap Fakultas Pertanian.

Sepanjang perjalanan dalam kampus IPB kami dapat melihat usaha ke arah kampus hijau yang mesra alam melalui kitar semula-pembahagian tong sampah mengikut sampah kertas-plastik-organik-botol dan juga mutiara kata di pelbagai tempat misalnya yang tertulis kata-kata seperti ini:-

‘’Menjaga kelestarian bumi tanggungjawab kita semua,Bumi kita satu,Jaga selalu’’

 ‘Renungan :Bersih itu indah, wujud ibadah ,cermin budaya’’


Kami juga dibawa untuk melihat satu pokok yang ditanam sendiri oleh Presiden Indonesia yang pertama,Allahyarham Sukarno dan sempat melihat pelbagai iklan papan tanda persatuan-persatuan mahasiswa di IPB ini.Antara yang  menarik perhatian saya ialah kata-kata ‘memperjuangkan hak-hak petani dan hak masyarakat umum’ yang tercatat dalam iklan persatuan mahasiswa di IPB ini.

Terdapat juga Minimarket Agrimart IPB yang menjual produk-produk hasil keluaran IPB ini dan ternyata hasil pembelajaran secara praktikal para mahasiswaI IPB ini mampu mengeluarkan produk mereka sendiri yang kemudiannya masuk ke pasaran jualan.

Selepas berjalan kaki mengelilingi kampus IPB kami berhenti berehat untuk makan tengahari dan seperti biasa memesan minuman ‘jus jeruk’,’minuman rasmi kembara’ kami kali ini.

No comments:

Post a Comment