Dari Tangerang kami bersama-sama Muzakkir ,adik dan
saudaranya serta sahabat baru kami Ranitya dan Rasma bergerak menuju ke
Bogor.Muzakkir sanggup menghantar kami ke Bogor walaupun jarak ke Bogor dari
Tangerang agak jauh ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang agak teruk.
Namun,kami mengambil peluang dalam kesesakan lalu lintas
tersebut untuk mengadakan sesi pembentangan santai yang disampaikan oleh
Ranitya kepada kami semua.Ranitya aktif bersama projek kehijauan alam
sekitar,Hilo Grenn Community dan pernah mengikuti pelbagai acara berkenaan
kehijauan di luar negara seperti India,Amerika Syarikat dan lain-lain.Ranitya
menunjukkan kami beg kecil pelbagai guna yang dihasilkan dan menceritakan
pengalaman kembara beliau kepada kami.
Sejurus tiba di Bogor kami berhenti untuk makan malam
bersama sebelum ke Hotel Seri Berlian tempat kami menginap malam ini.Hotel Seri
Berlian ini sangat indah dan harganya berpatutan dan kami mengambil keputusan
menginap disini untuk menyiapkan beberapa tugasan disamping ia sangat berdekatan
dengan Institut Pertanian Bogor(IPB) yang akan kami lawati esok.
No comments:
Post a Comment