Sebelum kembara Indonesia ini saya telah menghubungi Ahmad
Zahir,sahabat saya di Bandung dan menyatakan persiapan kembara kami ke
Indonesia termasuk akan ke Bandung.Ahmad Zahir saya kenali sewaktu beliau
menghadiri satu acara pemuda antarabangsa di Kuala Lumpur sebagai panel
pembentang dan kami sudah agak lama tidak bertemu melainkan di alam maya
melalui Facebook sahaja.
Sebaik sahaja tiba di Bandung dari Bogor,saya menghubungi
beliau dan kami akhirnya berjumpa kembali didalam restoran Donkey Donut berdekatan
stesyen Liu Panjang.Kami berehat untuk minum sebentar sebelum dibawa oleh
Ahmad Zahir ke sebuah kompleks
Muhammadiyah Masjid Raya Mujahidin.Kami dipelawa untuk menginap disini pada
malam ini walaupun mengikut perancangan awal kami boleh menginap dimana-mana
sahaja berdekatan kota Bandung sesuai dengan kembara ‘backpacker’ kami.Rasa
terharu apabila Ahmad Zahir dalam kesibukan beliau sebagai usahawan muda masih
sempat menguruskan tempat penginapan kami .
Kompleks Muhammadiyah ini sangat besar dan lengkap dengan
pelbagai kemudahan seperti masjid besar,pejabat,sekolah rendah,dewan seminar
dan ia menjadi pusat utama untuk aktiviti Muhammadiyah disini.Menurut Ahmad
Zahir kompleks ini sudah dibina agak lama oleh aktivis Muhammadiyah terdahulu
dan ia dibaikpulih dan diperbesarkan lagi untuk menampung aktiviti Muhammadiyah
yang semakin aktif dan pesat disini.
Selepas menyimpan beg di bilik tempat penginapan ,kami
dibawa Ahmad Zahir untuk melihat suasana kota Bandung pada malam hari dan kami dibawa juga ke dataran Masjid Agong
Bandung.Dataran yang sangat luas dikawasan kompleks masjid ini menempatkan
juga taman permainan dan rekreasi yang
sesuai dijadikan tempat istirehat keluarga.
Dataran Masjid Agong Bandung
dihadapan Masjid Agong Bandung yang sangat cantik ini menurut Ahmad Zahir
merupakan projek terbaru Walikota
Bandung,Ridwan Kamil yang telah
banyak melakukan pelbagai perubahan sepanjang perlantikannya sebagai
Walikota.Wali kota Bandung ini sangat menekankan aspek keceriaan dan kebersihan
bandar ,pentadbiran pengurusan terbaik,mengurus dengan baik hal kemiskinan dan
kelompok peminta sedekah dan Ahmad Zahir menyatakan beliau berharap akan datang
Ridwan mampu menjadi Presiden Indonesia.
Kami dibawa juga untuk makan malam di sebuah restoran untuk
mesyuarat santai sambil mendengar muzik dan beliau mencadangkan kepada kami
beberapa projek kerjasama khususnya antara kota Bandung dan Kuala Lumpur atau
Putrajaya.
Ahmad Zahir yang mengusahakan projek pakaian busana wanita juga
mencadangkan kepada kami untuk mengadakan projek pelancongan di kota Bandung di
tempat yang belum diketahui lagi oleh rakyat Malaysia yang sering bercuti di
Bandung.Kebanyakan rakyat Malaysia sering membeli belah di Bandung di kawasan
Pasar Baru.Ada beberapa tempat pelancongan lagi yang belum diteroka di Bandung
dan Ahmad Zahir berharap kerjasama antara kami dapat menggerakkan pelbagai
projek lagi.
Kami kemudiannya pulang ke tempat penginapan kami dan
berehat secukupnya kerana akan meneruskan kembara kami lagi keesokkan
harinya.Keletihan akibat perjalanan dari Bogor ke Bandung sedikit hilang
apabila menjejakkan kaki ke Bandung yang cukup indah dan menyegarkan ini.
No comments:
Post a Comment