Sunday, February 8, 2015

Forum usahawan di Insan Cendekia Madani,pertemuan dengan rakan FB




Selepas pertemuan bersama Pak Tamsil kami berhenti berehat sebelum meneruskan acara pembentangan oleh saudara Effendy Zulkifli yang menyampaikan topik berkenaan keusahawanan sosial  dan kepimpinan .

Acara ini diatur oleh Muzakkir menerusi institusi ‘thinktank’nya Cendekia Centre of Reseacrch ,Education,Development and Innovation(C2-REDI) dan dihadiri oleh rakan-rakan beliau yang kebanyakannya merupakan alumni HMI-KAMMI dan kini bertugas di pelbagai organisasi-kementerian di Indonesia.



Antara perkara yang dibahaskan sewaktu acara ini ialah berkenaan keuntungan perniagaan dan sumbangan kepada masyarakat,antara idea-intelektual kepada aksi-tindakan dan perbahasan tentang politik,ngo dan kumpulan usahawan-korporat.



Acara ini turut dihadiri oleh sahabat Facebook kami,Fadlinisa dan Ranitya NurLita bersama sahabatnya Rasma.Fadlinisa dan Ranitya merupakan ahli dalam kumpulan Facebook kami yang saya tubuhkan sebelum misi Kembara ASEAN Jaringan Anak Muda:Indonesia 2015 ini.Kami berdiskusi panjang dalam kumpulan Facebook ini sebelum ke Jakarta dan akhirnya bertemu di alam realiti pada acara ini.


Selepas tamat acara tersebut,kami membuat pertemuan bersama Fadlinisa dan rakannya dari gerakan Indonesia Bangun Desa serta Ranitya Nurlita dan rakannya Rasma bagi membincangkan berkenaan Asean YouthPrenuer dan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan bersama.

No comments:

Post a Comment