Sunday, February 8, 2015

Di Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia




Selepas solat Jumaat kami terus ke Kementerian Pemuda dan Olahraga dan disini kami bertemu dengan Roy Damarwan,jurulatih motivasi-psikologi dan kepimpinan dan sahabat yang mewakili AIESEC yang akan bersama kami mengadakan pertemuan berkenaan ASEAN YouthPreneur.Kami kemudiannya naik ke tingkat 8 Kementerian Pemuda dan Olahraga dan disini kami mengadakan pertemuan dengan Drs Ponidjan Puspodihardjo,Asdep Kewirausahaan Pemuda,Kementerian Pemuda dan Olahraga.





Drs Ponidjan Puspodihardjo dengan perasaan gembira mengatakan pertemuan ini merupakan pertemuan yang strategis antara wirausaha/usahawan muda Indonesia dan Malaysia dan beliau membicarakan soal nilai-diri-komitmen anak muda dalam hal keusahawanan dan soal berkerja keras-disipilin-keberanian-kejujuran dan pelbagai karakter pemuda yang diharapkan.

Bagi beliau anak muda perlu memiliki jiwa kemandirian dan kepimpinan dan ia perlu untuk menggerakkan pengkaderan calon pemimpin bangsa yang memiliki rasa kepedulian terhadap masyarakat dan lingkungan.
Soal kepimpinan-latihan kejurulatihan melalui persatuan yang disertai anak muda diharapkan beliau dapat menggilap potensi diri,memberi erti kehidupan serta membentuk manusia.Beliau mengharapkan kewujudan Asean YouthPrenuer nanti dapat diadakan pelbagai program keusahawanan anak muda seperti ekspo, dialog, forum dan lain-lain.

Beliau juga membawa kisah Presiden Indonesia, Jokowi yang bermula dari kehidupan yang susah dan rasa mahu membantu dan mengubah nasib  orang tua dan berkat ketekunan beliau dalam hal keusahawanan-perniagaan akhirnya beliau menjadi Presiden walaupun bukan berasal dari mana-mana organisasi  parti politik sebelum ini.

Beliau mengharapkan anak muda tidak mudah berputus asa dalam menggerakkan perniagaan dan sentiasa menyertai pelbagai ekspo untuk mempromoi produk perniagaan masing-masing.

Drs Ponidjan Puspodihardjo  sempat mengingatkan kami berkenaan waktu yang menurut beliau memiliki harga  yang tinggi dan waktu itu perlu dimanfaatkan dengan baik agar tidak timbul penyesalan pada masa depan dan sikap menghargai waktu itu akan mengelakkan kita daripada ‘membunuh’ kehidupan dan masa muda kita.

Bagi beliau,jika dapat kembali ke masa muda beliau akan melibatkan diri dalam perniagaan bahkan beliau sendiri sudah melihat ramai anak muda Indonesia yang sudah berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Dengan menghargai waktu dan melibatkan diri dalam hal keusahawanan,beliau mengharapkan anak muda ‘bisa berbuat’ dan menggerakkan tindakan yang mampu memberi erti kepada orang lain dan beliau mengharapkan anak muda terus berjaya dalam bertarung dalam kehidupan dan menyokong penuh usaha penubuhan Asean YouthPrenuer ini dan bersedia memberi khidmat nasihat kepada Asean YouthPreneur ini sehingga berjaya suatu masa nanti.

Pertemuan singkat bersama  Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga


Dalam kesibukan beliau,Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga bersedia menemui kami di pejabatnya dan beliau yang walaupun kelihatan serius cukup ramah bertegur sapa dengan kami dan yang menariknya sewaktu beliau menemui kumpulan kami,Asean YouthPreneur beliau bertanyakan kepada setiap orang daripada kami tentang  bisnes apa yang sedang kami usahakan disamping berharap anak muda Indonesia-Malaysia saling bertukar-tukar produk jualan dan membina jaringan usahawan muda yang kukuh.Beliau turut berkongsi pandangan beliau tentang perniagaan dan sangat mengalu-alukan penubuhan Asean YouthPreneur ini.

Beliau telah dimaklumkan tentang penubuhan Asean YouthPreneur dan akan mendengar pembentangan tentang Asean YouthPrenuer pada hari yang telah dijadualkan nanti.

No comments:

Post a Comment