Sunday, February 8, 2015

Bertemu mantan Ketua Umum HMI




Saya bertemu buat pertama kali dengan Muzakkir Djabir sewaktu beliau masih menjawat jawatan selaku Ketua Umum HMI pada satu acara latihan kepimpinan anjuran PKPIM- IIFSO di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras.Ketika itu saya masih baru bersama PKPIM dan saudara Saifullah Zulkifli yang ketika itu sebagai Naib Presiden Antarabangsa PKPIM mengajak saya menyertai acara pemuda antarabangsa yang pertama kali saya ikuti dibawah PKPIM.

Saudara Effendy pula selepas lebih 9 tahun akhirnya bertemu kembali dengan Muzakkir Djabir.Mereka pernah bersama-sama sewaktu program anjuran PEPIAT.Saudara Muzakkir kini memimpin satu institusi ‘thinktank’ bernama Cendekia Centre of Reseacrch ,Education,Development and Innovation(C2-REDI)dan membantu juga sekolah Insan Cendekia Madani di Tangerang.
Dari Menteng kami menaiki kereta yang dipandu sendiri oleh Muzakkir  menuju ke Tangerang dan ketika itu jalan agak ‘macet’ sesak teruk dengan kenderaan.Dalam kereta kami berdiskusi beberapa  perkara khususnya berkenaan bentuk kerjasama yang boleh sama-sama usahakan nanti terutamanya dalam hal pendidikan,keusahawanan dan penyelidikan.



Sewaktu dalam kereta juga apabila ditanya apakah cabaran utama yang dialami beliau sewaktu memimpin organisasi sebesar HMI,beliau menyatakan antara cabarannya ialah menyatukan kepelbagaian aliran pemikiran dalam kalangan aktivis HMI.Menurut beliau,kita perlu bersikap terbuka mendengar pelbagai pandangan –idea walaupun perlu tetap mencari titik persamaan dalam menggerakkan organisasi .
Kami berhenti sebentar di satu restoran Padang sebelum meneruskan perjalanan ke Tangerang.Kami singgah sebentar di sekolah Insan Cendekia Madani yang cukup indah sebelum ke rumah Muzakkir dan menginap disini semalaman.

Bilik beliau ternyata dipenuhi dengan pelbagai koleksi buku pelbagai topik dan antara buku yang sempat saya lihat disini ialah buku berkenaan Ali Syariati,Che Guevera,Bill Clinton,Andrea Hirata,Orhan Pamuk,Gus Dur dan juga terdapat buku Islam dan Melayu karya Dato Dr Siddiq Fadzil.








Di rumah beliau juga kami sempat bersembang-sembang dengan isteri beliau yang pernah ke Malaysia mengikuti program latihan halal dan adik serta saudara mara beliau.

No comments:

Post a Comment