Sunday, February 8, 2015

Bertemu Irfan Amalee di Peace Generation




Awal pagi lagi selepas Subuh kami bergerak ke hadapan UIN Sunan Gunung Jati dan disana Ahmad Zahir telah menunggu kami.Kami mengucapkan terima kasih kepada Tiwi,Okky dan Ranto yang sudi menemani dan membantu kami sepanjang kami berada di Bandung.

Ahmad Zahir ingin membawa kami bertemu seorang lagi usahawan-tetamu beliau dari Maghribi tetapi memandangkan sahabat beliau sedikit sibuk ,beliau mencadangkan kami bertemu ‘mentor’nya Irfan Amalee di pejabat Peace Generation. Irfan Amalee merupakan salah seorang anak muda yang masuk dalam ranking 'The Muslim 500 The Worlds Most Influential Muslims' dan aktif dalam gerak kerja keamanan.

Tercatat didalam satu laman web tentang Irfan Amalee seperti berikut:-

''Irfan Amalee created the Peace Generation Program that trains peace agents, develops peace education modules, and promotes books door-to-door. It has since grown into a community of over 15,000 young people who have set up their own training and book retail businesses from Aceh to Sulawesi. Amalee is also the youngest member of Mizan Publishers, where he established Pelangi Mizan, a Muslim children’s book publication. He was a recipient of the British Council’s 2008 International Young Creative Entrepreneur Award.''







Ketika tiba di pejabat Peace Generation dan dibawa ke pejabat CEOnya,saya terkejut kerana Irfan Amalee ini merupakan orang yang sama saya temui pada suatu acara di Kuala Lumpur.Irfan Amalee juga masih mengingati saya dan mengatakan kami pernah bertemu beberapa tahun yang lalu di Kuala Lumpur.Ketika itu Irfan diundang sebagai panel forum dalam acara tersebut manakala saya sekadar sebagai peserta forum tersebut.Kami bersembang seketika selepas tamat acara tersebut .Selepas beberapa tahun kami akhirnya bertemu kembali dan kali ini bertemu di Bandung pula.

Irfan Amalee menggerakkan Peace Generation yang memberi fokus kepada hal-hal keamanan dan yang menariknya staf pekerja beliau terdiri dalam kalangan anak muda .Beliau berkongsi kepada kami tentang projek yang digerakkan oleh Peace Generation dan menceritakan tentang program terbaru mereka iaitu Peacetival.

Peacetival ini merupakan gabungan antara konsert muzik lagu-lagu keamanan,pameran buku keamanan,slot bedah buku keamanan,permainan-game keamanan dan apa jua yang berkaitan keamanan.

Di pejabat Peace Generation juga terdapat studio anak muda yang digunakan untuk mengedit gambar-video berkenaan keamanan.Irfan juga menunjukkan kepada kami video klip lagu keamanan yang mana liriknya ditulis oleh beliau sendiri.Selain itu juga Irfan dan rakan-rakannya menyiapkan modul keamanan yang digunakan untuk acara-acara di sekolah sekitar Indonesia.Mereka juga berpakat dengan kilang kertas untuk menghasilkan buku nota yang bergambarkan tokoh keamanan dunia dihadapannya dan mutiara kata tokoh keamanan dibelakangnya yang dihasilkan melalui sisa kertas buangan yang dikitar semula.Mereka juga menghasilkan gelas-cawan yang dihiasi muka wajah tokoh keamanan dan mutiara kata mereka juga.

Irfan juga sangat meminati Steve Job dan didalam pejabatnya dipenuhi dengan mutiara kata dan wajah Steve Job  serta mutiara kata daripada tokoh-tokoh keamanan dunia dan beliau memberitahu saya beliau juga sangat mengkagumi Bashad Khan,sahabat muslim Mahathma Gandhi yang tidak ramai orang mengetahuinya dan terkesan dengan projek keamanan anjuran Ashoka Fellow Albina Ruiz. Saya juga sempat memberitahu beliau berkenaan tokoh-tokoh dari Turki misalnya Fethullah Gulen dan Osman Nuri Topbas.

Dalam perbualan kami juga beliau sempat bergurau mengatakan ‘lebih baik minta maaf daripada minta izin’ ketika membicarakan peranan kerajaan dan masyarakat madani dalam menggerakkan keamanan dunia,perihal projek inisiatif anak muda dalam menggerakkan projek keamanan,projek memeta kehidupan anak muda,melawan pemikiran ekstrimis radikal,menjadi agen keamanan dan cita-cita beliau untuk mewujudkan sekolah dan pesantren keamanan bagi melawan pemikiran radikal ,ekstrimis dan sempit.

Beliau menunjukkan kepada kami satu strategi ala MLM bagi melawan konflik dan gerak kerja pengganas yang cukup menarik perhatian kami.

Sebelum berpisah kami sempat merakam ucapan beliau tentang nasihat kepada anak muda dan peranan mereka dalam mencipta kedamaian dan keamanan seterusnya melawan pemikiran ekstrimis dan gerak kerja pengganas di seluruh dunia.

Kami sepakat untuk membentuk satu kerjasama untuk menggerakkan pelbagai projek anak muda nanti.

1 comment:

  1. Nampaknya, kembara ini saya masih ketinggalan berseorangan di belakang. Masih tak mampu mengejar kepantasan kalian semua. Tahniah moga jaringan yang terbina itu memberi manfaat buat seisi ummah.

    ReplyDelete