Monday, April 27, 2015

Kembara di Maghribi

Tahun 2011 dahulu saya sempat kembara di Maghribi dan mengikuti satu acara pemuda di sana.

Saya sempat ke Casablanca,Rabat,Marrakesh,Fes,dan Tangier.

Tangier ini bersempadan dengan Sepanyol.


 Sahabat dari Turki berkongsi pengalaman beliau mengikuti misi kemanusiaan Freedom Frotilla dan ditembak di badannya.
Makanan Maghribi.


 Penasihat Raja Maghribi.Kami mendapat pelbagai hadiah buku tulisan beliau.




 Di Tangier sempadan Maghribi-Sepanyol bersama sahabat serombongan .




 Kami berkesempatan ke salah sebuah makam Ibn Battutah sang pengembara('salah sebuah' kerana dikatakan ada juga di tempat yang lain)








 Bersama para pelajar Malaysia di Maghribi.



Sunday, April 26, 2015

ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People's Forum

Saya sempat mengikuti acara ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People's Forum yang diadakan di Wisma MCA,KL dan dihadiri oleh lebih 1000 orang perwakilan NGO-masyarakat madani dari kesemua negara-negara ASEAN.



 Bersama Pengarah ASEAN People's Forum
Bersama sahabat yang merupakan Presiden sebuah persatuan Rohingya di Malaysia
 Sombath Somphone,aktivis hak asasi manusia dari Laos yang hilang entah ke mana.Semoga beliau ditemui semula.
Bersama |Anas Alam Faizli,penulis buku Rich Malaysia,Poor Malaysians
 Mantan Menteri Luar Malaysia,Tan Seri Syed Hamid Albar,anak 'Singa Umno' Syed Jaafar Albar.Zaman beliau sebagai Menteri Luar Malaysia,banyak perubahan positif yang beliau telah lakukan.Kini beliau memberi fokus dalam isu OIC-ASEAN khususnya nasib Rohingya.

Beliau bertanggungjawab dalam membawa Myanmar ke dalam ASEAN dan junta tentera Malaysia cukup menyegani beliau dan ketika beliau melawat tempat pelarian Rohingya di sana,tentera Myanmar memberi kerjasama kepada rombongan beliau walaupun ada suara yang membantah kunjungan beliau ke sana.Beliau bersama NGO Humaniti berpakat dengan mantan SU ASEAN,Dr Surin Pitsuwan@Abdul Halim,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa mantan pimpinan ASEAN untuk memperjuangkan nasib Rohingya  dan menyeru semakan semula terhadap dasar tidak campur tangan negara ASEAN yang mereka perjuangkan dahulu memandangkan isu Rohingnya ini sudah menjadi isu sejagat apatahlagi pelarian Rohingya kini melarikan diri ke pelbagai negara ASEAN terutamanya Malaysia.

 Bersama Astora Jabat(penulis-wartawan 'kontroversi' isu-isu agama suatu ketika dahulu,Alissa Wahid,anak allahyarham Gus Dur@Abdurrahman Wahid,mantan Presiden Indonesia dan teman-teman Jaringan Gusdurian dari Indonesia.Kami sempat merakam temubual kami bersama Astora Jabat dan Alissa Wahid.
 Bersama pimpinan ajaran Bahai,Jaringan Gusdurian dan Datin Masni Ali dari Brunei Darussalam
 Sempat menembual Datin Masni Ali dari Brunei Darussalam yang aktif dalam isu AIDS,anti dadah di Brunei.Beliau berkongsi pengalaman beliau dalam menangani isu dadah dan mencadangkan anak muda memberikan fokus kepada hal kesukarelawanan.

 Para peserta ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People's Forum mengadakan 'protes aman' berjalan kaki berarak dari Wisma MCA ke suatu kawasan lapang di Jalan Dang Wangi untuk menghadiri acara penutup ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People's Forum yang diadakan secara santai di kawasan lapang .








Pameran gambar kaligrafi Islam anjuran Kedutaan India

 Saya,saufi Jelani,Humaidi dan Saiful Ridwan berkesempatan mengikuti acara pameran gambar kaligrafi Islam anjuran Kedutaan India.Pameran ini diadakan di Muzium Seni Asia,Universiti Malaya dan ia menampilkan gambar koleksi kaligrafi dari pakar kaligrafi terkenal di India .

Acara ini turut diadakan bersempana dengan  dengan acara Festival of India in Malaysia 2015 anjuran Kedutaan India di Malaysia.