Wartawan ‘Jaringan Anak Muda’ sempat mengadakan temubual bersama saudara
Saiful Ridwan Mohd Said yang pernah mengikuti Kembara ASEAN Jaringan Anak Muda
di Indonesia baru-baru ini .Beliau juga pernah mengikuti rombongan Grup
Penjejak Tamadun Dunia(GPTD) membuat lawatan dan kajian sejarah di Selatan
Thailand.Temubual ini bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan konsep
ASEAN,harapan kepada kepimpinan Malaysia yang memimpin ASEAN,peranan anak muda
dalam menjayakan konsep ASEAN dan pelbagai perkara berkenaan ASEAN.
Berikut ialah hasil temubual tersebut.
Terima kasih saudara
atas kesudian untuk ditemubual dan membicarakan persoalan ASEAN .Apa pandangan saudara
tentang konsep ASEAN?
Konsep ASEAN ini sangat bagus dalalm mewujudkan ASEAN yang
lebih baik,damai dan menjamin keselamatan antara negara-negara ASEAN.Ekonomi
negara-negara ASEAN mampu menjadi semakin kuat dan perkongsian pendidikan serta
pertukaran kepakaran dan teknologi antara negara ASEAN wajar dimanfaatkan.Kelebihan
dan kekuatan yang dimiliki setiap negara dapat juga dimanfaatkan demi kebaikan
komuniti ASEAN.
Malaysia mula
memimpin ASEAN pada tahun 2015 ini dan apa harapan saudara buat kepimpinan Malaysia
sekarang ini dalam usaha menerajui ASEAN pada kali ini?
Harapan saya agar Malaysia dapat memainkan peranan untuk
menangani konflik yang berlaku seperti di Mindanao,Selatan Thailand dan nasib penduduk Rohingya
dan kita mengharapkan Malaysia mampu menjadi negara pendamai bagi konflik yang
berlaku tersebut dan masyarakat Malaysia menyedari tentang isu-isu yang berlaku
di sekitar negara ASEAN memandangkan kita lebih dekat dan mampu untuk memahami
isu tersebut dengan lebih baik.
Saya mengharapkan walaupun memiliki budaya berbeza ,kita
mampu mewujudkan konsep ‘Budaya ASEAN’
yang sentiasa menekankan aspek persamaan.
Kerjasama yang kukuh antara pemimpin tertinggi negara ASEAN
dan tokoh-tokoh berpengaruh di setiap negara ASEAN wajar dimanfaatkan untuk
kedamaian dan keamanan.
Saya suka mencadangkan agar dibuat kajian berkenaan apa jua sejarah
yang berlaku di negara ASEAN misalnya terhadap kajian tempat-tempat bersejarah
di pelbagai negara ASEAN dan saya sempat ke Selatan Thailand dahulu untuk
melawat tempat bersejarah disana dan melihat khazanah kitab tokoh ilmuwan di
sana.Saya merasakan Malaysia juga wajar memberi perhatian dan pertolongan untuk
menyelamatkan khazanah kitab tokoh ilmuwan disana.
Bagaimana pula
pandangan saudara tentang peranan anak muda dalam membantu menjayakan konsep
ASEAN ini?
Anak muda boleh membuat kajian-kajian terhadap tokoh-tokoh
yang ada di ASEAN ini disamping mengadakan siri kembara ke negara-negara ASEAN
untuk mempelajari sesuatu tentang budaya-tradisi di setiap negara ASEAN.Apabila
kita kembara ke pelbagai negara dan belajar tentang perbezaan budaya antara
negara ASEAN,kita akan lebih bersikap terbuka dan bertolak ansur terhadap apa
jua perbezaan yang wujud.
Perbezaan antara
negara- negara ASEAN tetap wujud tetapi bagaimana anak muda dapat menanganinya
dengan baik?
Anak muda perlu banyak berdialog dan bersama-sama untuk
menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.Anak muda perlu sentiasa menekankan
aspek kedamaian dan persaudaraan serta tidak mudah
terprovokosi untuk saling
bermusuhan antara satu sama lain.
Apa aktiviti yang
wajar dijalankan oleh Malaysia sempena memimpin ASEAN ini?
Kita wajar mengaktifkan lagi program-program sukan dan
budaya di peringkat ASEAN.Selain itu juga dengan bencana alam yang sering
berlaku di pelbagai negara ASEAN ini,saya mengharapkan lebih banyak program bantuan
kemanusiaan-misi sukarelawan di peringkat ASEAN digerakkan dan melibatkan
anak-anak muda.
Usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk negara
ASEAN juga boleh diadakan dengan bantuan kerjasama NGO-NGO di setiap negara
ASEAN dan tumpuan juga perlu diberikan kepada aspek pendidikan dan ekonomi.Anak
muda ASEAN wajar melibatkan diri dalam hal keusahawana dan perniagaan dan
melebarkan sayap perniagaan mereka di pelbagai negara ASEAN.
Konflik peperangan
yang berlaku di Timur Tengah jika tidak ditangani lebih awal boleh berlaku juga
di negara ASEAN.Pada pandangan saudara,bagaimana kita boleh terus mewujudkan
kedamaian dan keamanan di negara-negara ASEAN?
Kita perlu memberi tumpuan utama kepada pendidikan anak muda
dan memberi kefahaman yang mencukupi kepada mereka terhadap apa jua isu yang boleh menggugat kestabilan negara-negara
ASEAN.Saya lebih suka kita menekankan aspek dialog misalnya dialog antara agama
dikalangan anak-anak muda ASEAN.
Bagaimana kita mahu
menyebarkan semangat ASEAN ini kepada
masyarakat di peringkat akar umbi?
Kita perlu memanfaatkan ruang media seperti di
Facebook,radio,tv untuk menerapkan semangat ASEAN ini dan ruang media ini perlu
digunakan untuk menonjolkan kebaikan-kebaikan yang wujud dikalangan penduduk
negara ASEAN.Usahlah kita memperbesar-besarkan isu negatif dan keburukan yang
ada dikalangan kita.Ini menuntut kerjasama yang erat dikalangan pengamal media di
negara-negara ASEAN dan para wartawan misalnya perlulah sentiasa melaporkan
berita-berita yang positif,benar dan penuh semangat ASEAN.
No comments:
Post a Comment