Memperkasa pendidikan tinggi negara:halusi kritikan para ilmuwan
oleh
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad
FB: wasif wan
wasiferdogan@gmail.com
Membaca rencana ‘Universiti kita ketandusan idea’ tulisan Profesor A. Murad Merican ,Profesor Ilmu Kemanusiaan ,Universiti Teknologi Petronas dan rencana ‘Pendidikan: Mencari kebenaran’ tulisan Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ,Naib Canselor Universiti Sains Malaysia membuatkan saya berfikir lebih mendalam tentang masa depan pendidikan tinggi di universiti-universiti tanah air.
Kritikan membina terhadap institusi pendidikan tanah air daripada ilmuwan tanah air perlulah diberi perhatian oleh semua pihak.Tiada tujuan lain mereka melontarkan pandangan mereka melainkan mahu memperkasakan dan mengangkat maruah institusi pendidikan negara .
Sebagai anak muda yang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi tanah air,saya dapat merasakan keprihatinan Profesor A.
Murad Merican dalam memperkasakan bidang-bidang ilmu yang kelihatan
terpinggir seperti ilmu sains sosial,ilmu kemanusiaan termasuklah ilmu
yang seringkali dianggap sukar,tidak membumi,terlalu melangit,hanya ilmu
teori dan konseptual semata-mata iaitu pengajian falsafah.
Profesor A. Murad Merican dalam rencananya ‘Universiti kita ketandusan idea’ menulis :-
‘’Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University,
Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan
Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan
memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu
kemanusiaan, termasuk falsafah. Sedangkan universiti-universiti di
Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut.Malah di antara
kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai
Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu
keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan
bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian
pemikiran dan idea?’’
Mahasiswa,pelajar
dan anak muda Malaysia keseluruhannya perlu diajar ilmu-ilmu yang
membuatkan mereka mempunyai daya fikir yang kritis,kekuatan
berhujah,berdebat berasaskan ilmu,memiliki keberanian untuk bertanya dan
mencari jawapan terhadap sebarang persoalan serta mempunyai keupayaan
mencetuskan idea dan gagasan besar yang memberi kesan kepada perubahan
masyarakat keseluruhannya.
Institusi
pengajian tinggi negara jangan sesekali mengabaikan subjek –subjek
seperti falsafah,sejarah,sastera,psikologi dan beberapa subjek ilmu
kemanusiaan yang lain dan hanya terlampau memberi fokus kepada
subjek-subjek yang berkaitan sains dan teknologi.
Anak
–anak muda yang dididik dengan ilmu-ilmu kemanusiaan ini mampu dibentuk
watak,syaksiah ,akhlak dan peribadinya menjadi manusia yang bermanfaat
kepada manusia lainnya.
Di
tengah-tengah kemelut keruntuhan akhlak yang sering diperkatakan kini
wajar sekali anak-anak muda diajar cara berfikir yang benar agar haluan
hidup mereka lebih terarah .Hanya anak muda yang memiliki kekuatan
berfikir dengan kaedah yang benar mampu memiliki keupayaan untuk
mengelak dari terjerumus ke kancah krisis kecelaruan pemikiran yang
wujud kini.
Pendidikan yang menyeluruh dengan penekanan kepada proses pembinaan dan pengutuhan insan diharapkan mampu mengembalikan makna dan hakikat pendidikan di institusi pengajian tinggi negara.
Dato Dr Siddiq Fadzil dalam mukadimah penulis buku ‘Pendidikan Al-Hikmah dan misi pencerahan(terbitan bersama Akademi Kajian Ketamadunan dan Kolej Dar Al-Hikmah) telah mengungkapkan hal berikut:-
‘Krisis
yang sedang berlaku dinilai cukup berat kerana telah merebak sampai ke
jantung pendidikan itu sendiri sehingga pendidikan telah kehilangan
esensinya sebagai proses pembinaan dan pengutuhan insan.
Maka ketika itu tidak pelik lahir graduan yang cemerlang akademiknya tetapi kemudiaannya pecah amanah,terlibat dalam rasuah,menipu dan sebagainya
Akibat
tunduk kepada tekanan pasaran seringkali anak muda di Institusi
Pengajian Tinggi negara menjadi mangsa keadaan.Sebilangan Institusi
pengajian tinggi terlampau mengikut rentak tarian pasaran sehingga taraf
‘kualiti’,’rangking’,’universiti cemerlang’ pun diukur mengikut kaca
mata pasaran semata-mata seolah-olah kita tidak memiliki kekuatan
jatidir i untuk mengukur kekuatan dan kelemahan institusi pendidikan
kita sendiri.
‘’Dengan kata lain, apabila kita heret dunia pendidikan ke dalam kancah 'kualiti' secara melulu, mahu tidak mahu pengaruh ekonomi, pasaran dan kepenggunaan serta petunjuk dan ukurannya terpalit bersama. Secara disedari atau tidak, sifat pendidikan beransur-ansur terpengaruh bagaikan sebuah sistem perkilangan yang menggunakan istilah yang lain tetapi membawa maksud yang sama. Paling jelas adalah 'peperiksaan' yang seerti dengan 'kawalan mutu'; 'pelajar' bagaikan 'bahan mentah' yang perlu ditambah nilai, kemudian digelar 'produk' untuk dipasarkan di dunia pekerjaan. 'Pengajar' bertindak sebagai 'operator' ke atas bahan-bahan mentah (pelajar); yang lebih kanan mungkin bertaraf 'mandur', sedangkan 'bilik-bilik darjah' umpama tempat-tempat nilai tambah dilakukan mengikut giliran!
‘’…..Tetapi
pada hakikatnya itulah kesan pendidikan semasa yang menjadikan kita
seorang pembeli dan pengguna yang patuh kepada sogokan pasaran apa saja
yang dilabelkan berkualiti atas tafsirannya. Kita amat cukup 'terdidik'
untuk akur segalanya kerana inilah dunia pendidikan kita. Pendidikan
bukannya lagi untuk mencari kebenaran sebagai matlamat terakhir dalam
erti kata sebenarnya!’’
Kritikan pedas terhadap institusi pendidikan dan para pentadbirnya boleh dibaca dalam koleksi himpunan pidato kependidikan Dato Dr Siddiq Fadzil dalam buku “ Pendidikan Al-Hikmah dan Misi Pencerahan” dan antara kritikannya seperti berikut:-
-‘Implikasi
lain dasar ilmu yang disebut market driven itu ialah beranjaknya fungsi
institusi-institusi pendidikan dari membina manusia kepada mengaut
keuntungan’
-‘’Justeru,di
mana-mana dapat ditemukan pimpinan IPT yang tidak lagi memiliki citra
sebagai sarjana tetapi sudah berubah menjadi pencari dana’’
-‘’Warga
IPT rata-rata tidak lagi berasa bernaung di bawah naungan teduh seorang
sarjana besar,sebaliknya lebih berasa berada di bawah arahan CEO sebuah
syarikat’’
(‘’Tragedi Keilmuan:Quo Vadis IPT!’’,teks ucapan Konvokesyen ke 12 Kolej Dar Al-Hikmah)
’
Dalam arus komersialisasi pendidikan yang semakin deras itulah misi dan
matlamat pendidikan menjadi semakin kabur.Gejala inilah yang
diindikasikan oleh pemakaian istilah ‘’industri pendidikan’ yang pada
hakikatnya adalah istilah ekonomi yang merujuk makna pengeluaran
barangan secara besar-besaran’’
(‘’Era traumatik-pesimistik pasca 11 September dan Perang Teluk 11:Peranan Pendidikan Islam’’,teks ucapan Konvokesyen ke 13 Kolej Dar Al-Hikmah)
Matlamat
pendidikan,tujuan penubuhan institusi pengajian tinggi yang kabur dan
tidak jelaslah yang bakal membunuh hasrat kita untuk mengangkat maruah
dan martabat institusi pengajian tinggi Malaysia.
No comments:
Post a Comment