Catatan Ziarah Karyawan Pendeta Zaaba
di UPSI
Ziarah
Karyawan Pendeta Zaaba berlangsung di UPSI,Tanjung Malim baru-baru ini.Ziarah
Karyawan cetusan Pak Yassin Salleh ini merupakan acara Ziarah Karyawan yang
ketiga selepas kali pertama ia diadakan di Ulu Legong,Baling ,Kedah(Ziarah
Karyawan Utara) dan kali kedua di kediaman Pak Habib Syed Hussein Al-Attas di
Janda Baik,Pahang(Ziarah Karyawan Habib Hussein Al-Attas).
Ziarah
Karyawan Pendeta Zaaba kali ini turut diisi dengan acara forum-bicara
cendekiawan yang mengupas tentang pemikiran allahyarham Zaaba.
Dr Bazrul (UPSI)
Beliau
menceritakan bagaimana Zaaba menulis berkenaan ‘Quran dengan ilmu zaman
sekarang’ yang memperlihatkan keluasan pemikiran Zaaba dalam memahami pelbagai
cabang ilmu pengetahuan dan menafsir makna Al-Quran dengan tafsiran yang
kontemporari dan terbuka.
Penguasaan
Zaaba dalam ilmu bahasa-tatabahasa turut dihuraikan dan bagaimana beliau
menulis beberapa karya berkenaan ilmu bahasa.
Zaaba bagi
beliau merupakan seorang ahli bahasa,ahli
budaya dan ahli agama dan juga boleh dianggap sebagai seorang sasterawan ,ulama,pemimpin
dan beliau menyatakan bahawa terdapat 3 orang intelektual gergasi nusantara yang menguasai pelbagai
cabang ilmu pengetahuan iaitu:-
1)Raja Ali
Haji
2)Zaaba
3)Hamka
Dato Dr
Awang Sariyan memuji penganjuran Ziarah karyawan ini dan mencadangkan agar
Tanjung Malim ini juga digelar sebagai Tanjung Muallim sesuai dengan kewujudan
Universiti Pendidikan Sultan Idris disini yang melatih para guru-pendidik.
Bagi beliau
juga sastera perlu dikembalikan ke tempat yang sewajarnya dan strategi
memperkasakannya antara lain ialah melalui desakan rakyat atau gerakan rakyat.Gerakan
rakyat itu nanti akan mewakili suara rakyat namun perlu direstui pemerintah dan
ia sangat perlu untuk memantapkan perjuangan ilmu bahasa dan sastera di tanah
air kita.
Sastera yang
boleh membantu menghaluskan budi masyarakat kita menurut beliau perlu terus
diperjuangkan dan ia memerlukan suatu kesatuan pemikiran dalam kalangan para
pejuang sastera dan beliau mengharapkan juga para penulis muda memainkan
peranan yang lebih besar dalam memperjuangkan sastera di tanah air kita.
Prof Madya Azhar Wahid
Prof Madya
Azhar pula mengupas pemikiran Zaaba khususnya berkaitan ‘Perangai bergantung
kepada diri sendiri’ yang pernah ditulis oleh allahyarham Zaaba.Beliau berharap
semua pihak terus mengkaji dan menyebarluaskan karya-karya allahyarham Zaaba
ini.
Prof Adnan Awang
Prof Adnan
Awang memulakan pembentangan beliau dengan memetik kata-kata Zaaba iaitu:-
‘’Akal weh sekalian berfikir cuba
Kebaharuan alam sentiasa tiba’’
Menurut
beliau ,Zaaba sangat memberi penekanan kepada hal-hal berikut iaitu:-
1)Kebangkitan
Islam
2)Keadilan Pendidikan
3)Ekonomi
Melayu
4)Perjuangan
Kebangsaan
Zaaba
menurut beliau merupakan seorang yang sangat rajin membaca-mengkaji-menulis dan
mempunyai hubungan jaringan yang rapat dengan tokoh-tokoh di luar negara.
Menurut
kajian beliau,Zaaba cuba membina hubungan dan mengikuti perkembangan tokoh-
tokoh seperti Rasyid Ridha,Hoca Kamarudin di India,Sheikh Tahir Jalaludin dan
ramai lagi.
Bahkan
tulisan Zaaba sendiri menurut beliau
pernah disiarkan dalam Islamic Review di
London,England.
Zaaba juga
pernah mengasaskan Persatuan Persuratan Melayu Kuala Lumpur,cuba menyatukan
para guru-guru Melayu dalam kesatuan guru dan pernah meluahkan hasrat untuk
melihat kelahiran sistem pendidikan ‘gabungan Universiti Oxford dan Universiti
Al-Azhar’
Zaaba banyak
berjasa dalam soal perjuangan bahasa,kesatuan guru dan persatuan pena-penulisan
dan ini kata Prof Adnan memerlukan satu kajian pemikiran terhadap tokoh seperti
Zaaba ini.
Prof Adnan
juga mengupas berkenaan manusia berjiwa besar ,kisah bagaimana dahulu para guru
dan pegawai kerajaan aktif menulis dan
berani bersuara tidak seperti hari ini yang menurut beliau ramai yang penakut
demi kepentingan perut atau ‘Perutisme’ kata beliau.
Encik Mohd Khair Ngadiron
Pengarah Urusan dan CEO ITBM ,encik Mohd Khair
Ngadiron pula menyampaikan bicaranya berjudul ‘Strategi ITBM Memperkasa
Persuratan Melayu ‘ .Beliau menceritakan usaha ITBM dalam menerbitkan buku-buku
yang berkualiti dan memberi peluang secara meluas kepada para penulis Malaysia
untuk berkarya dan menerbitkan buku-buku mereka.
Malam Muzik Puisi
Ziarah
Karyawan Pendeta Zaaba ini turut dimeriahkan dengan Malam Muzik Puisi yang
menampilkan persembahan muzik dan lagu –lagu puisi,keroncong dan lain-lain.Adi
Cakrawala , Noramin Monsyi Monsyi , Jamilah Abu Bakar (Johan Kebangsaan
Keroncong Remaja) , Sessionist Abu Guitarist, dan Kamal A Jalil,keyboardist
Sweet Charity suatu ketika dahulu dan ramai lagi memeriahkan malam muzik puisi
ini yang turut dihadiri oleh para mahasiswa UPSI.
Baca
Sajak Sampai Subuh
Acara
tradisi Ziarah Karyawan ‘Baca Sajak Sampai Subuh’ terus diadakan pada ziarah
karyawan kali ini.Para peserta sabar menanti sehingga cabutan undi giliran
mereka dipanggil walaupun sehingga lewat pagi.Menanti cabutan undi giliran
peserta ‘Baca Sajak Sampai Subuh’,para peserta sentiasa bersedia dan membuat
segala persiapan sebelum tiba giliran mereka membaca sajak.
Pelbagai
gaya-lontaran suara,tema dan mesej disampaikan menerusi bacaan sajak ini dan
yang lebih menarik lagi apabila yang tua yang muda yang berpengalaman yang
pertama kali membaca sajak bersatu dalam majlis membaca sajak ini.
Kehadiran
kerabat Ziarah Karyawan dari kota Temasik,Singapura,Indonesia dan Thailand
memeriahkan lagi suasana majlis baca sajak yang diadakan secara santai ini.
Dari kota
Temasik,Pak Azmi Mahmud(menantu Buyong Adil yang pernah menuntut di UPSI ini)
mantan Timbalan Editor Berita Harian,wartawan dan pernah dipenjara suatu ketika
dahulu walaupun berumur 77 tahun dengan penuh lantang dan bersemangat membaca
sajak ‘Aku’ karya Chairil Anwar.
Dan bukan
sekadar itu sahaja,Pak Suratman Markasan yang sudah berumur 84 tahun dan pernah
menuntut di UPSI pada tahun 1948-1950 dan aktif dalam bidang bahasa dan sastera
di Singapura turut menyampaikan 3 buah sajak berjudul ‘Manusia tenggelam dalam
lautan nafsu’, ‘Ar Rasyid Maha Penabur Petunjuk’ dan ‘Suara’
Bahkan
seorang Ahli Parlimen Singapura,Pak Yatiman Yusuf yang juga merupakan mantan
duta ke beberapa buah negara turut serta membaca sajak pada malam itu.
Delegasi Temasik diketuai oleh ‘Orang Bertujuh’ turut
memberikan persembahan khas membaca sajak pada acara Baca Sajak Sampai Subuh
ini.
Antara
penyair dari Indonesia yang turut serta dalam acara Baca Sajak Sampai Subuh ini
pula ialah Oppong Lela Jingga,Nurullah , Ahmadi Syarif dan Oke Elkajari.
Para pembaca
sajak dari Malaysia pada acara Baca Sajak Sampai Subuh ini pula dari kalangan
kerabat peserta Ziarah Karyawan Pendeta Zaaba dan mahasiswa mahasiswi dari UPSI
.
No comments:
Post a Comment