Kepimpinan
Anak Muda ASEAN: Kerjasama Jaringan Anak Muda Indonesia-Malaysia
Oleh
Wan
Mohamad Wasif Wan Mohamad
FB:wasif
wan
Email:
wasiferdogan@gmail.com
Indonesia dan Malaysia pernah melahirkan
pemimpin negarawan bertaraf Asia dan Dunia seperti Sukarno,Abdur
Rahman Wahid@Gus Dur bagi Indonesia dan Tun Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim
bagi Malaysia.Mereka dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin yang
berkarisma,memperjuangkan keamanan sejagat dan keharmonian antara pelbagai kaum
dan agama disamping tegas mempertahankan prinsip negara masing-masing dan
membina hubungan baik antara negara-negara.
Indonesia dan Malaysia berkongsi latar belakang
sejarah ,budaya dan gabungan kerjasama
antara kedua negara mampu mewujudkan satu kekuatan di peringkat Dunia
Melayu-Nusantara dan ASEAN.
Hubungan kekeluargaan yang wujud antara rakyat
Indonesia-Malaysia disamping faktor agama-bangsa serumpun memudahkan proses
kerjasama dan gabungan tenaga dalam memperkasakan hal ehwal ekonomi/perniagaan-pelancongan
dan pendidikan misalnya.
Krisis kecil antara rakyat kedua-dua negara
kadangkala diperbesar-besarkan oleh pihak yang kurang pendidikan dan kesedaran
sivik serta pihak yang tidak bertanggungjawab dan mahu mengambil kesempatan ke
atas perselisihan faham antara kedua-dua negara dalam hal-hal tertentu.
Kematangan dalam fikiran dan tindakan dan keupayaan
untuk mengendalikan sebarang perbezaan pandangan secara harmoni menjadi
keperluan terdesak bagi mengelak
sebarang pertelingkahan dan ia memerlukan komitmen yang jelas khususnya
dari kelompok cerdik pandai dan generasi
baru rakyat Indonesia dan Malaysia.
Dengan semangat baru ASEAN,kelompok muda Indonesia
dan Malaysia wajar memimpin satu gerakan kerakyatan dari akar umbi untuk
memperjuangkan keamanan sejagat,perpaduan rakyat,nilai-nilai kemanusiaan dan
dunia yang lebih baik.
Konflik peperangan,pertempuran,pertumpahan
darah,permusuhan,pertelagahan,dan sebarang bentuk keganasan perlu dilawan
sebaik mungkin secara bersama dan penuh semangat kekeluargaan.
ASEAN perlu dipimpin generasi baru yang cintakan
ilmu,kedamaian,keamanan,keharmonian,persahabatan,persaudaraan,perpaduan,kesatuan,dan
sentiasa menyebarkan perasaan cinta sesama manusia.
Biarpun wujud perbezaan antara negara-negara ASEAN
namun kita perlu sedar wujud juga titik persamaan antara negara-negara ASEAN
dan mencari titik persamaan inilah yang
wajar diperjuangkan oleh para pelapis kepimpinan anak muda ASEAN.
Pemimpin muda ASEAN perlu membentuk satu jaringan
persaudaraan yang mantap semenjak awal lagi bagi merancang pelbagai projek anak
muda ASEAN yang mampu memberikan manfaat
kepada warga ASEAN keseluruhannya.
Latihan kepimpinan kepada anak muda ASEAN dan
program pertukaran pelajar-program kebudayaan misalnya wajar diperluaskan lagi
dan ia memerlukan komitmen bersama untuk membentuk dan merangka modul latihan
kepimpinan anak muda ASEAN yang boleh juga dimasukkan dalam silibus
pembelajaran pendidikan di peringkat sekolah/universiti di negara-negara ASEAN.
Usaha jangka panjang khususnya dalam latihan
kepimpinan ini diharapkan dapat membentuk pemikiran generasi baru ASEAN yang
komited terhadap aspirasi bersama ASEAN.
Dalam rangka semangat ASEAN juga di peringkat anak
muda Indonesia dan Malaysia juga wajar diwujudkan satu jaringan anak muda yang
kukuh dan mampu berkerjasama dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,latihan
kepimpinan,program seni budaya,perniagaan-keusahawanan,kesukarelawanan-misi
kemanusiaan,sastera dan sebagainya.
Jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ini nanti
mampu menjadi agen perpaduan dan kedamaian antara rakyat kedua-dua negara dan
menggerakkan pelbagai program bersama yang melambangkan rasa kebersamaan.
Jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ini juga boleh
melantik tokoh pemikir-intelektual-cendekiawan dari kedua-dua negara untuk
menjadi panel pemikir dan pakar rujuk-mentor yang mampu memberi khidmat nasihat
kepada jaringan anak muda ini.
Jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ini boleh
dianggotai oleh anak muda Indonesia-Malaysia dari pelbagai latar belakang
pendidikan , mahasiswa Indonesia di Malaysia atau mahasiswa Malaysia di
Indonesia,wakil-wakil persatuan pelajar Indonesia-Malaysia dan sesiapa sahaja
yang berminat.
ASEAN perlu lebih ke hadapan untuk melahirkan lebih
ramai pemimpin muda pelapis kepimpinan negara sekarang dan fokus utama perlu
diberikan untuk mencetak dan melatih seramai mungkin anak muda di negara-negara
ASEAN yang memiliki tahap kualiti yang tinggi sebagai seorang
pemimpin.
Kewujudan kerjasama jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ,dua negara
jiran yang berdekatan pula mampu membuka jalan
dan pintu kepada ASEAN yang lebih baik.
Semoga lahir lebih ramai pemimpin
muda ASEAN yang berkualiti dan mampu memimpin ASEAN ke arah dunia yang lebih
baik.
No comments:
Post a Comment