.
Ketika di sekolah rendah, dalam kelas guru saya
berpesan kepada kami semua 'jadi seperti Dr Mahathir'.
Mengikuti keluarga ke acara-acara di PWTC,saya
diperkenalkan dengan jasa-jasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Malaysia.
Ketika di sekolah menengah,saya membaca buku beliau
Dilema Melayu milik ayah saya dan saya ditegur oleh seorang sahabat 'Mengapa
baca buku Mahathir?Dia zalim'
Ketika itu gelombang reformasi 98 dan begitu ramai
yang membenci beliau.
Ketika heboh beliau mahu meletak jawatan,saya
menaiki bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan hadir ke acara beliau di PWTC dan
berpeluang bersalaman buat pertama kali dengan beliau.(tamat acara tersebut
terus pulang ke Kelantan pada malam hari untuk hadir kelas keesokan paginya)
Selepas membaca sejarah beliau(dan juga DSAI) saya
mula mendalami lebih lanjut berkenaan pemikiran Tun Dr Mahathir dan mula
mengikuti acara-acara yang menampilkan beliau.
Menjadi sekretariat acara Muslim Unity Convention di
PWTC(Tun Dr Mahathir penasihatnya),saya mula berpeluang bertemu beliau.
Acara-acara besar anjuran Perdana Global Peace
Foundation dan pelbagai pihak yang lain, saya pasti akan hadir untuk mendengar
ucapan beliau.
Sewaktu bersama PKPIM,saya sempat ke Yayasan
Kepimpinan Perdana bertemu pimpinannya dan ke perpustakaannya yang banyak
koleksi buku milik Tun Dr Mahathir didalamnya.
Sewaktu bersama PBMUM pernah memperkenalkan diri dan
persatuan serta bersembang sebentar dengan beliau ketika hadir satu acara di
Kuala Lumpur.
Sewaktu hari raya Aidilfitri,sempat beraya di rumah
beliau di Seri Kembangan.
Ketika menetap di Putrajaya lebih kerap
bertemu-terserempak dengan beliau sewaktu solat Jumaat di Masjid Putra dan
pernah ke kediaman beliau di Putrajaya.
Di acara International Conference The "New
World Order" di Putrajaya semalam ,saya sempat bersembang-sembang lama
dengan seorang saudara saya yang berkerja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak
tahun 1984 .
Menurut beliau Tun Dr Mahathir selalu membeli
buku,membaca buku khususnya berkaitan Sejarah,terjemahan Al Quran,bangun awal
pagi memulakan kerjanya,tidak tidur selepas subuh dan sangat mementingkan
penjagaan kesihatan terutamanya bab makanan.
Sempat bergambar berdua dengan Tun Dr Mahathir
semalam dan saya hairan lagi ajaib bagaimana "datuk saya" ini yang
sudah berusia melebihi 90 tahun ini masih kuat berkerja.
Semoga Tun Dr Mahathir terus dikurniakan kesihatan
dan terus berbakti kepada kemanusiaan keseluruhannya.
International Conference The New World Order
Saya berkesempatan menghadiri acara International
Conference The New World Order yang diadakan di PICC Putrajaya.Acara ini
menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyampai ucaptama program dan
dihadiri oleh ramai tokoh pejuang keamanan.
Sewaktu menghadiri acara ini saya sempat bertemu dengan
Pak Din Syamsuddin,Ketua Umum Muhammadiyah dari Indonesia dan Prof Johan
Galtung,seorang tokoh pejuang keamanan yang saya pernah menulis berkenaan
beliau secara ringkas dalam blog saya sebelum ini.
Dalam acara ini beberapa isu diperbahaskan misalnya
berkenaan perang nuklear,’Wahabi’,masalah air dunia,Islam dan keamanan,manipulasi
agama,Arab spring,peranan Israel-USA-CIA,konflik di Palestin,Iraq,Syria,Afghanistan,hubungan
Russia-China,peranan media dan keganasan ISIS-ISIL-AlQaeda,Ben Laden.
Turut dibahaskan berkenaan The New Middle East ,usaha
Turky-Iran-Arab Saudi menjadi kuasa dunia,krisis Syria-Lubnan-Israel dan yang
agak menarik juga berkenaan US New Grand Strategy For The Middle East.
No comments:
Post a Comment