Monday, September 19, 2016

bengkel latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya

Bengkel kepimpinan anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants

Bengkel kepimpinan untuk anak muda Rohingya dianjurkan oleh teman-teman saya @asean young public servants pimpinan Regine GuevaraMarikris D. De Guzman dan rakan-rakan.
Adli Zakuan /hasan geliga turut menjadi panel bengkel.
Para peserta didedahkan tentang isu pelarian,kebajikan,hak asasi manusia,kepimpinan,advokasi media-digital,anti perhambaan moden.
Pembentang dari Palestin berkongsi tentang advokasi media dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyeru mereka yang membawa isu Rohingya juga agar lebih lantang bersuara memperjuangkan hak-hak mereka.Para pejuang isu Rohingya juga boleh mempelajari pengalaman pejuang anti apartheid di Afrika khususnya dalam menarik perhatian dan sokongan dunia antarabangsa.
Hak minoriti dan kelompok tertindas seperti Rohingya perlu diberi perhatian oleh media global dan disana perlu ada strategi advokasi media yang lebih sistematik dalam membangkitkan kesedaran masyarakat.
"Rohingya people: the most persecuted refugees in the world"

Dalam sesi kumpulan kecil bersama para peserta,mereka menceritakan penderitaan yang mereka pernah alami seperti dinafikan pelbagai hak seperti pendidikan,perkerjaan,melarikan diri dari ancaman terhadap keselamatan diri dengan menaiki bot yang padat muatan hingga ada yang kesakitan,sukar bernafas dan meninggal dunia dalam perjalanan melarikan diri ke luar negara.Bot terlampau padat dengan pelarian,sukar untuk duduk selesa,sukar tidur dan ancaman petir,ombak lautan dan waktu malam gelap gelita tanpa makanan minuman yang mencukupi.



Hari kedua/terakhir bengkel kepimpinan untuk anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants.
Hari ini mereka diajar tentang fotografi,advokasi media,kempen,soal pengurusan organisasi dan perancangan pelan tindakan program untuk anak muda Rohingya.




Penggerak utama acara bengkel latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya(14-15 Ogos 2016) di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras tempoh hari(bengkel 2 hari),3 anak muda Filipina Regine Guevara Marikris D. De Guzman Joey Dela Cruz .
Dari Filipina mereka datang menganjurkan acara di Kuala Lumpur untuk anak muda Rohingya dan mereka berkerjasama dengan beberapa organisasi/NGO di Malaysia serta melibatkan juga anak muda Malaysia dalam acara ini.
Mereka yang mengatur konsep bengkelnya,menulis surat/menghubungi pelbagai organisasi,mencari peserta,dana/tajaan sendiri ,dan bersusah payah datang ke Kuala Lumpur berkampung bersama anak muda Rohingya.
Dulu Cikgu Azmi kain pelikat anjur demonstrasi bantahan kepada kerajaan Myanmar dan tanda sokongan kepada Rohingya,mengutip dana membantu Rohingya .Tun Dr Mahathir Mohamad pula menganjurkan seminar antarabangsa isu Rohingya .
Dan 3 anak muda Filipina ini pula menganjurkan bengkel yang mengajar tentang isu hak asasi,hak imigren,advokasi media,membuat kempen-banner-fotografi,latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya.

No comments:

Post a Comment