Saya,saufi Jelani,Humaidi dan Saiful Ridwan berkesempatan mengikuti acara pameran gambar kaligrafi Islam anjuran Kedutaan India.Pameran ini diadakan di Muzium Seni Asia,Universiti Malaya dan ia menampilkan gambar koleksi kaligrafi dari pakar kaligrafi terkenal di India .
Acara ini turut diadakan bersempana dengan dengan acara Festival of India in Malaysia 2015 anjuran Kedutaan India di Malaysia.
Sunday, April 26, 2015
Simposium Pengetahuan Ilmu Pribumi :Epistemologi Melayu
Saya berkesempatan hadir ke acara Simposium Pengetahuan
Peribumi Melayu-Epistemologi Ilmu Melayu yang diadakan di Akademi Pengajian
Melayu,Universiti Malaya pada 15 April 2015 yang lalu.
Akademi Pengajian Melayu(APM) ini sering mengadakan siri
seminar-diskusi yang membahaskan apa jua yang berkaitan dunia Melayu dan
ilmu-ilmunya yang sangat menakjubkan walaupun ia sering diabaikan oleh kita
semua.
Saya sempat mengikuti slot perbahasan berkenaan seni bina
Melayu.Dalam sesi ini pembentang mengupas berkenaan keindahan seni bina Melayu
yang punya ciri yang tersendiri.
Ini mengingatkan saya kepada rumah senibina Melayu moyang
saya di Baling,Kedah dimana rumah itu pernah didatangi tetamu dari Jerman yang
cukup kagum dengan senibina Melayu khususnya bagaimana senibina tingkap rumah
Melayu yang mempunyai corong-corong diatasnya yang membolehkan angin dan udara
dari luar masuk melalui corong-corong tersebut dan menyejukkan ruang halaman
rumah tanpa menggunakan ‘aircond’.
Saya juga mendengar pembentangan Prof Harun Md Piah yang
banyak mengkaji manuskrip lama melayu khususnya dalam bidang perubatan.Saya
pernah ke rumahnya dahulu dalam satu jamuan kesyukuran anjuran beliau dan
beliau berkongsi pengalaman beliau mengkaji manuskrip berkenaan perubatan
Melayu zaman dahulu.
Dalam simposium ini
juga beliau mengupas berkenaan ilmu pengasih dan ilmu ramalan orang
Melayu zaman dahulu. Hadirin ketawa apabila beliau memaklumkan hasil kajian
beliau kitab ‘kamasutra’ Melayu itu
lebih hebat dari ‘kamasutra’ Sanskrit.
Terdapat begitu banyak ilmu pengetahuan Melayu yang sudah
diabaikan generasi sekarang ini padahal ilmu-ilmu itu dapat memajukan kita dan
kadang-kadang ilmu tersebut tidak dimiliki oleh orang lain .
Misalnya suatu masa
dahulu orang lain berasa takjub dengan kemampuan orang Melayu dalam membina
kapal/perahu tanpa menggunakan sebarang pelan ,lakaran yang mendalam dan ilmu
berkenaan penyelaman ,bagaimana orang Melayu dahulu mampu menyelam dalam
sungai,laut dan sebagainya.
Turut menjadi pembentang dalam simposium ini ialah wakil
dari negara Samoa, Tamasailau Suaalii Sauni yang kini mengajar di Victoria
University of Wellington dalam ‘Pacific Studies and Samoan Studies Program’.
Beliau sempat memberitahu para hadirin tentang acara budaya
yang diadakan oleh VUSSA Victoria University Samoan Students Assocation yang
memperlihatkan tentang budaya Samoa bahkan menurut beliau pernah diadakan
sebelum ini satu seminar antarabangsa yang turut mengupas berkenaan Melayu
iaitu ‘3 rd International Seminar on Malay,Maori and Pacific Islands’ .
Beliau
menekankan aspek ilmu-sains dan budaya dan mengupas berkenaan apa yang
dipanggil sebagai ‘universal truth vs local truth’ ,identiti tempatan dan
beberapa hal berkenaan budaya di Samoa dan negara jirannya seperti Tonga,Fiji,New
Zealand,dan pulau Hawaii.
Prof Hashim Awang pula menjelaskan bagaimana kekuatan daya cipta Melayu dahulu dan bagaimana orang Melayu
begitu pandai dalam hal anyaman,melukis,menenun,mengukir dan dalam bidang sastera.
Menurut beliau orang Melayu dahulu cekap dalam hal kebolehan
dan kebijaksanaan,bahasa dan kehidupan mereka yang
berdamping dengan alam.
Beliau menjelaskan soal pendekatan gunaan-moral-firasat yang
mengandungi pengetahuan,penggunaan bahasa kiasan,budi bahasa-yang tersurat dan
yang tersirat,penggunaan metafora/lambang dan pendekatan agama –dakwah,sosio
masyarakat-estetik dan rujukan terhadap Al-Quran .
Banyak lagi khazanah intelektual Melayu yang tidak digali
lagi dan ia memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam disamping acara
pembentangan kajian sebegini perlu lebih kerap diadakan dan diperluaskan lagi
agar ilmu –ilmu tersebut terus dipelajari oleh generasi sekarang ini.
Menemubual Raja Ahmad Aminullah
Saya dan saufi Jelani sempat menemubual Raja Ahmad Aminullah .Temubual ini berkisar persoalan buku tulisan beliau 'Minda Tertawan' ,kesenian di Malaysia,budaya dan lain-lain berkenaan anak muda.
Temubual santai ini akan dicatatkan dan dibukukan nanti bersama temubual sahabat saya yang lain dipimpin oleh Tofan,Zikri dan beberapa orang lagi.
Baca Puisi Pena-ITBM-DBP dan Baca Puisi Madrasah Seni anjuran PAKSI
Bersama Tofan,Saufi Jelani mengikuti Raja Ahmad Aminullah ke 2 acara pada malam hari yang sama.Baca Puisi Pena-ITBM-DBP diadakan di Rumah Pena di KL manakala acara Baca Puisi Madrasah Seni di adakan di Madrasah Tarbiyah di Kampung Bandar Dalam, Gombak.Baca Puisi Madrasah Seni pada kali ini diadakan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Sasterawan Negara Dato A Samad Said.
'Lori' buku milik ITBM.
Dato Baha Zain didalam 'lori buku' milik ITBM
Orang kuat seni-buku-penulisan
Prof Arbaak .Buku terbaru beliau dilancarkan pada malam baca puisi ini.
'Anbakri'.Pernah menjadi SU kepada allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
'Abu Urwah YB Saari Sungip turut hadir membaca puisi.
Subscribe to:
Posts (Atom)