16 Ogos 2016,Sungai Tangkas
Perkongsian pembentangan modul Peace Generation oleh Albark Yunus Batyang telah mengikuti penuh kem latihan modul keamanan untuk guru-fasilitator anjuran Peace Generation di Bandung,Indonesia.
Tayangan video ucapan kelompok ekstrimis untuk mengetahui corak pemikiran mereka dan disusuli dengan tayangan video kelompok pro keamanan seperti Peace Generation di Bandung.
Kehadiran tetamu istimewa kami,Nuruddin sifu utama jaringan kami yang baru pulang dari kembara ilmu di Madinah,Brunei dan Amerika Syarikat (sekitar 3-4 tahun).
Tamat acara International Conference on Blue Ocean Strategy di Putrajaya yang sama-sama kami ikuti,kami teruskan pula dengan sesi perkongsian modul ini.
Kami mendapat persetujuan Irfan Amalee dan Eric Lincoln pengasas Peace Generation untuk menubuhkan cawangan Peace Generation di Malaysia.
Effendy Zulkifly juga berkongsi pengalaman dan kisah anak muda Malaysia yang cuba direkrut untuk mengikuti misi perang di luar negara dan ancaman fahaman ekstrimis dalam kalangan anak muda Malaysia.
Peace Generation Malaysia pimpinan Albark nanti akan memperkembangkan lagi modul pendidikan keamanan Peace Generation dan merangka siri latihan dengan fokus utama kepada anak muda.
Ancaman fahaman ekstrimis dalam kalangan anak muda Malaysia perlu diberi perhatian serius dan isu keganasan ini merupakan isu besar yang jika tidak ditangani sejak awal lagi akan mengancam keselamatan kita sendiri.Dan melawan fahaman ekstrimis perlulah secara sistematik,berstrategi dan penuh hikmah.
No comments:
Post a Comment