Kami ke acara Pangkor Dialogue di Ipoh tempoh hari menaiki ETS dari Kl Sentral jam 7 pagi dan tiba di Ipoh sekitar jam 9.20 pagi dan terus ke acara perasmian Pangkor Dialogue dan siri syarahan utama pagi itu dan pulang ke Kuala Lumpur malam harinya selepas acara makan malam dan penyampaian anugerah Pangkor Dialogue.
Kemudahan pengangkutan awam yang semakin baik semakin pantas banyak membantu perjalanan lancar urusan seharian.Siap sepenuhnya MRT pelbagai fasa nanti akan lebih memudahkan urusan kita dan siapa yang lambat pasti akan ketinggalan.Apatahlagi tidak lama lagi kita akan memiliki laluan pantas Kuala Lumpur ke Singapura.
Saya bergurau dengan rakan-rakan semalam saya menanti laluan pantas Kuala Lumpur terus ke Istanbul,Moscow,Seoul,Beijing,Mekah,Washington dll pula. :)
"Hang pi mana,wasif?"
"Sarapan pagi depan Blue Mosque sekejap,lepas tu makan tengahari dengan kawan di Moscow dulu sebelum ada mesyuarat di Washington sebentar dan jumpa makan malam di mamak Impian Maju,Bangi malam ini ya" :)
5 September 2016,Ipoh,Perak Darul Ridzuan
Naik ETS KL-Ipoh sebentar menghadiri acara Pangkor Dialogue di Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Misi"rahsia" berjaya .
Terima kasih Dato Sri Dzulkarnain Taib,CEO Yayasan Media Hebat.
Terima kasih Dato Sri Dzulkarnain Taib,CEO Yayasan Media Hebat.
Tahniah buat kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan pimpinan YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir atas penganjuran Pangkor Dialogue ini.
Bersama Prof Muhammad Yunus (Grameen Bank) , Fredrik Härén “The Idea Book" dan Shane Dallas "The Travel Camel" :)
Misi berjaya hati riang gumbira terus pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Perak Darul Ridzuan bertuah kerana memiliki Sultan yang berpendidikan tinggi,cinta ilmu dan menghormati ilmuwan,memiliki Menteri Besar yang mantap latar belakang pendidikan-akademiknya ,seorang pemikir strategik dan mempunyai wawasan masa depan,serta memiliki gandingan kerjasama yang utuh antara para pemimpin dan ilmuwan.
Kedudukan lokasi Perak juga sangat strategik antara 2 negeri maju di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Penganjuran Pangkor Dialogue 2016 yang disifatkan sebagai "Davos of Asia",pengistiharan
Ipoh sebagai "Social Business City" dengan kehadiran Prof Muhammad Yunus (pengasas Grameen Bank,pemenang Nobel Peace Prize) dan "Satellite event" sepanjang Pangkor Dialogue juga membuktikan kesungguhan pimpinan kerajaan negeri Perak dalam melakukan perubahan antaranya melalui program:-
Ipoh sebagai "Social Business City" dengan kehadiran Prof Muhammad Yunus (pengasas Grameen Bank,pemenang Nobel Peace Prize) dan "Satellite event" sepanjang Pangkor Dialogue juga membuktikan kesungguhan pimpinan kerajaan negeri Perak dalam melakukan perubahan antaranya melalui program:-
-NGO Convention 2016 dengan pelancaran "NGO Strategic Action Plan 2016-2020"
- Persidangan Kedua Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya
-Sehati anjuran MAGIC
-Building A Social Business City anjuran Yayasan Bina Upaya
-Pangkor Dialogue Awards
(Economy,Woman,Youth,Technology Environment,Social
Lifetime Achievement Awards,Philanthropist of the year)
(Economy,Woman,Youth,Technology Environment,Social
Lifetime Achievement Awards,Philanthropist of the year)
-Sustainable Tourism at Perak
-The important role of education in achieving sustainable and inclusive green growth
-Asean Medtech Innovation Park(AMTOP) Iniatiative Launching
-Increasing Awareness on Waqf for education
-Green Technology driving community innovation
-Global halal market and halal industry development in Perak
Fredrik Haren dalam syarahannya sewaktu acara Pangkor Dialogue menyatakan berbanding di Barat,di Asia tidak ramai yang mempunyai minda kreatif dan inovasi.Di Asia menurut beliau ramai yang lebih suka meniru-menyalin idea orang lain.Beliau membangkitkan isu "Copyright", "Copy right " dan
"Copying right" sambil bergurau seolah-olah di Asia memang orang lebih suka meniru-menyalin bahkan "menciplak" .
"Copying right" sambil bergurau seolah-olah di Asia memang orang lebih suka meniru-menyalin bahkan "menciplak" .
Dato Sri Dzulkarnain Taib,Presiden-CEO Yayasan Media Hebat terus bangkit bertanyakan soalan pertama kepada beliau pada sesi tersebut dan menjelaskan bahawa di Asia juga ramai yang kreatif dan inovatif dan beliau membidas dengan bertanyakan apakah kemungkinan juga hasil penjajahan Barat sekian lama yang menyebabkan Asia dianggap tidak kreatif dan inovatif?
Kita di Asia tidak perlu terlalu merendahdiri seolah-olah kita langsung tidak kreatif-inovatif berbanding di Barat sesuai dengan jiwa merdeka dan minda yang tidak tertawan-terbelenggu.Kita harus optimis dan yakin diri bahawa kita di Asia juga mampu untuk lebih maju dalam hal kreativiti-inovasi .
No comments:
Post a Comment