Sunday, April 26, 2015

Simposium Pengetahuan Ilmu Pribumi :Epistemologi Melayu



Saya berkesempatan hadir ke acara Simposium Pengetahuan Peribumi Melayu-Epistemologi Ilmu Melayu yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya pada 15 April 2015 yang lalu.

Akademi Pengajian Melayu(APM) ini sering mengadakan siri seminar-diskusi yang membahaskan apa jua yang berkaitan dunia Melayu dan ilmu-ilmunya yang sangat menakjubkan walaupun ia sering diabaikan oleh kita semua.

Saya sempat mengikuti slot perbahasan berkenaan seni bina Melayu.Dalam sesi ini pembentang mengupas berkenaan keindahan seni bina Melayu yang punya ciri yang tersendiri.

Ini mengingatkan saya kepada rumah senibina Melayu moyang saya di Baling,Kedah dimana rumah itu pernah didatangi tetamu dari Jerman yang cukup kagum dengan senibina Melayu khususnya bagaimana senibina tingkap rumah Melayu yang mempunyai corong-corong diatasnya yang membolehkan angin dan udara dari luar masuk melalui corong-corong tersebut dan menyejukkan ruang halaman rumah tanpa menggunakan ‘aircond’.

Tetamu dari Jerman itu dikhabarkan mengambil contoh senibina Melayu rumah moyang saya itu dan membina rumahnya di Jerman dengan pengaruh senibina Melayu juga.

Saya juga mendengar pembentangan Prof Harun Md Piah yang banyak mengkaji manuskrip lama melayu khususnya dalam bidang perubatan.Saya pernah ke rumahnya dahulu dalam satu jamuan kesyukuran anjuran beliau dan beliau berkongsi pengalaman beliau mengkaji manuskrip berkenaan perubatan Melayu zaman dahulu.

Dalam simposium ini  juga beliau mengupas berkenaan ilmu pengasih dan ilmu ramalan orang Melayu zaman dahulu. Hadirin ketawa apabila beliau memaklumkan hasil kajian beliau  kitab ‘kamasutra’ Melayu itu lebih hebat dari ‘kamasutra’  Sanskrit.

Terdapat begitu banyak ilmu pengetahuan Melayu yang sudah diabaikan generasi sekarang ini padahal ilmu-ilmu itu dapat memajukan kita dan kadang-kadang ilmu tersebut tidak dimiliki oleh orang lain .

Misalnya suatu masa dahulu orang lain berasa takjub dengan kemampuan orang Melayu dalam membina kapal/perahu tanpa menggunakan sebarang pelan ,lakaran yang mendalam dan ilmu berkenaan penyelaman ,bagaimana orang Melayu dahulu mampu menyelam dalam sungai,laut dan sebagainya.

Satu slot pembentangan simposium ini membahaskan berkenaan ilmu persenjataan Melayu dan mengupas berkenaan ilmu persilatan Melayu,penggunaan keris dan kerambit.


Turut menjadi pembentang dalam simposium ini ialah wakil dari negara Samoa, Tamasailau Suaalii Sauni yang kini mengajar di Victoria University of Wellington dalam ‘Pacific Studies and Samoan Studies Program’.

Beliau sempat memberitahu para hadirin tentang acara budaya yang diadakan oleh VUSSA Victoria University Samoan Students Assocation yang memperlihatkan tentang budaya Samoa bahkan menurut beliau pernah diadakan sebelum ini satu seminar antarabangsa yang turut mengupas berkenaan Melayu iaitu ‘3 rd International Seminar on Malay,Maori and Pacific Islands’ .

Beliau menekankan aspek ilmu-sains dan budaya dan mengupas berkenaan apa yang dipanggil sebagai ‘universal truth vs local truth’ ,identiti tempatan dan beberapa hal berkenaan budaya di Samoa dan negara jirannya seperti Tonga,Fiji,New Zealand,dan pulau Hawaii.

Prof Hashim Awang pula menjelaskan bagaimana kekuatan daya  cipta Melayu dahulu dan bagaimana orang Melayu begitu pandai dalam hal anyaman,melukis,menenun,mengukir dan dalam bidang sastera.

Menurut beliau orang Melayu dahulu cekap dalam hal kebolehan dan kebijaksanaan,bahasa dan kehidupan  mereka  yang berdamping dengan alam.

Beliau menjelaskan soal pendekatan gunaan-moral-firasat yang mengandungi pengetahuan,penggunaan bahasa kiasan,budi bahasa-yang tersurat dan yang tersirat,penggunaan metafora/lambang dan pendekatan agama –dakwah,sosio masyarakat-estetik dan rujukan terhadap Al-Quran .

Banyak lagi khazanah intelektual Melayu yang tidak digali lagi dan ia memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam disamping acara pembentangan kajian sebegini perlu lebih kerap diadakan dan diperluaskan lagi agar ilmu –ilmu tersebut terus dipelajari oleh generasi sekarang ini.






Menemubual Raja Ahmad Aminullah


 Saya dan saufi Jelani sempat menemubual Raja Ahmad Aminullah .Temubual ini berkisar persoalan buku tulisan beliau 'Minda Tertawan' ,kesenian di Malaysia,budaya dan lain-lain berkenaan anak muda.

Temubual santai ini akan dicatatkan dan dibukukan nanti bersama temubual sahabat saya yang lain dipimpin oleh Tofan,Zikri dan beberapa orang lagi.



Baca Puisi Pena-ITBM-DBP dan Baca Puisi Madrasah Seni anjuran PAKSI


 Bersama Tofan,Saufi Jelani mengikuti Raja Ahmad Aminullah ke 2 acara pada malam hari yang sama.Baca Puisi Pena-ITBM-DBP diadakan di Rumah Pena di KL manakala acara Baca Puisi Madrasah Seni di adakan di Madrasah Tarbiyah di Kampung Bandar Dalam, Gombak.Baca Puisi Madrasah Seni pada kali ini diadakan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Sasterawan Negara Dato A Samad Said.

 'Lori' buku milik ITBM.

 Dato Baha Zain didalam 'lori buku' milik ITBM
 Orang kuat  seni-buku-penulisan
 Prof Arbaak .Buku terbaru beliau dilancarkan pada malam baca puisi ini.

 'Anbakri'.Pernah menjadi SU kepada allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
 'Abu Urwah YB Saari Sungip turut hadir membaca puisi.







Diskusi 'Ke arah Revolusi Budaya'

 Hadir ke diskusi Mimbar Gerak Budaya di pejabat Gerak Budaya.Diskusi ini menampilkan Dinsman dan YB Amirudin Shari dengan tema 'Ke arah Revolusi Budaya'.

Peranan seniman-budayawan-penulis dibahaskan dalam menggerakan satu 'revolusi budaya' yang dipimpin oleh kelompok budayawan.Kelompok budayawan perlu lebih lantang bersuara dan tidak bergantung kepada mana-mana parti politik dan ini memerlukan sokongan padu daripada masyarakat.


 Pak Yassin Salleh menghadiahkan buku tulisan beliau kepada YB Amirudin
 Bersama Pak Chong 'Gerak Budaya'.Seorang yang ramah dan meminati diskusi-wacana-buku.Buku-buku terbitan Gerak Budaya memang mencerahkan .Ramai yang tidak tahu Pak Chong ini dahulu pernah dikenakan tahanan ISA.
Bersama Dinsman.Pernah bersama-sama ayah saya dalam 'Pengakap Diraja' sewaktu mereka muda-muda dahulu.

Bersama Dato Jaafar Rahim

 Menemubual Dato Jaafar Rahim di rumahnya bersama Saufi Jelani.Dato Jaafar Rahim merupakan 'mentor' kami dalam hal pemikiran kritis,penulisan,pembacaan-buku.Beliau pernah menghadiahkan saya sekotak buku koleksi peribadi beliau .'Wakaf buku' kata beliau.Dan beliau berpesan kepada saya agar membaca buku-buku tersebut.

Saya dan Albark pernah bersembang-berdiskusi lama dengan beliau selepas Isya sehingga jam 3 .30 pagi sebelum tidur di rumah beliau.Setiap kali berjumpa beliau pasti kami akan berdiskusi 2-3 jam dalam pelbagai topik.Beliau sangat menekankan aspek pembacaan buku,sering memetik kata-kata tokoh-petikan buku dan mahu saya menyiapkan seberapa segera penulisan buku saya.Dan beliau sentiasa bertanya tentang perkembangan tulisan-tulisan terbaru dan mahu segera dibukukan.



Temubual saya bersama beliau tempoh hari saya catatkan di sini:- http://wasifwan.blogspot.com/2015/04/temubual-bersama-dato-jaafar-rahim.html


World Halal Summit



 Bertemu sahabat dari World Halal Develeopment (WHD) di Italy.Pengarahnya dikenali buat pertama kali di acara MIHAS 3 tahun yang lalu dan kami akan bertemu setiap kali acara MIHAS-World Halal Forum.Kali ini beliau membawa 2 orang stafnya yang mana salah seorangnya dari keturunan Maghribi tetapi membesar di Italy.

 Forum yang menampilkan menteri-menteri ekonomi/perdagangan dari pelbagai negara dan mengupas persoalan halal
 Booth di MIHAS
 Bersama pengasas World Halal Summit.Dicadangkan penubuhan sayap pemuda World Halal Summit sepertimana wujud sayap pemuda WIEF World Islamic Economy Forum
 Bersama Dr Saim Kayadibi,Pernah mengajar di UM sebelum ke UIAM.Kami pernah bersama-sama mengikuti acara anjuran MILE- Madinah Institute for Leadership and Entreprenurship di Madinah.
 Bertemu kembali sahabat lama dari UM dan UPM.Mereka sering mengikuti pelbagai acara yang berlangsung di KLCC ini .
 Forum yang menampilkan seorang pemikir-mantan Mufti Bosnia Herzegovina.

 Bersama rombongan World Halal Summit dari pelbagai negara


 Berkesempatan bertemu mantan Mufti Bosnia Herzegovina,Dr Mustafa Ceric.Membawa 3 orang sahabat baru dikenali,pelajar perubatan dari Bosnia yang mahu bertemu beliau juga .Mereka mahu memohon biasiswa untuk kos pendidikan mereka di Malaysia.