Monday, September 19, 2016

bengkel latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya

Bengkel kepimpinan anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants

Bengkel kepimpinan untuk anak muda Rohingya dianjurkan oleh teman-teman saya @asean young public servants pimpinan Regine GuevaraMarikris D. De Guzman dan rakan-rakan.
Adli Zakuan /hasan geliga turut menjadi panel bengkel.
Para peserta didedahkan tentang isu pelarian,kebajikan,hak asasi manusia,kepimpinan,advokasi media-digital,anti perhambaan moden.
Pembentang dari Palestin berkongsi tentang advokasi media dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyeru mereka yang membawa isu Rohingya juga agar lebih lantang bersuara memperjuangkan hak-hak mereka.Para pejuang isu Rohingya juga boleh mempelajari pengalaman pejuang anti apartheid di Afrika khususnya dalam menarik perhatian dan sokongan dunia antarabangsa.
Hak minoriti dan kelompok tertindas seperti Rohingya perlu diberi perhatian oleh media global dan disana perlu ada strategi advokasi media yang lebih sistematik dalam membangkitkan kesedaran masyarakat.
"Rohingya people: the most persecuted refugees in the world"

Dalam sesi kumpulan kecil bersama para peserta,mereka menceritakan penderitaan yang mereka pernah alami seperti dinafikan pelbagai hak seperti pendidikan,perkerjaan,melarikan diri dari ancaman terhadap keselamatan diri dengan menaiki bot yang padat muatan hingga ada yang kesakitan,sukar bernafas dan meninggal dunia dalam perjalanan melarikan diri ke luar negara.Bot terlampau padat dengan pelarian,sukar untuk duduk selesa,sukar tidur dan ancaman petir,ombak lautan dan waktu malam gelap gelita tanpa makanan minuman yang mencukupi.



Hari kedua/terakhir bengkel kepimpinan untuk anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants.
Hari ini mereka diajar tentang fotografi,advokasi media,kempen,soal pengurusan organisasi dan perancangan pelan tindakan program untuk anak muda Rohingya.




Penggerak utama acara bengkel latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya(14-15 Ogos 2016) di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras tempoh hari(bengkel 2 hari),3 anak muda Filipina Regine Guevara Marikris D. De Guzman Joey Dela Cruz .
Dari Filipina mereka datang menganjurkan acara di Kuala Lumpur untuk anak muda Rohingya dan mereka berkerjasama dengan beberapa organisasi/NGO di Malaysia serta melibatkan juga anak muda Malaysia dalam acara ini.
Mereka yang mengatur konsep bengkelnya,menulis surat/menghubungi pelbagai organisasi,mencari peserta,dana/tajaan sendiri ,dan bersusah payah datang ke Kuala Lumpur berkampung bersama anak muda Rohingya.
Dulu Cikgu Azmi kain pelikat anjur demonstrasi bantahan kepada kerajaan Myanmar dan tanda sokongan kepada Rohingya,mengutip dana membantu Rohingya .Tun Dr Mahathir Mohamad pula menganjurkan seminar antarabangsa isu Rohingya .
Dan 3 anak muda Filipina ini pula menganjurkan bengkel yang mengajar tentang isu hak asasi,hak imigren,advokasi media,membuat kempen-banner-fotografi,latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya.

Perkongsian pembentangan modul Peace Generation

16 Ogos 2016,Sungai Tangkas
Perkongsian pembentangan modul Peace Generation oleh Albark Yunus Batyang telah mengikuti penuh kem latihan modul keamanan untuk guru-fasilitator anjuran Peace Generation di Bandung,Indonesia.
Tayangan video ucapan kelompok ekstrimis untuk mengetahui corak pemikiran mereka dan disusuli dengan tayangan video kelompok pro keamanan seperti Peace Generation di Bandung.
Kehadiran tetamu istimewa kami,Nuruddin sifu utama jaringan kami yang baru pulang dari kembara ilmu di Madinah,Brunei dan Amerika Syarikat (sekitar 3-4 tahun).
Tamat acara International Conference on Blue Ocean Strategy di Putrajaya yang sama-sama kami ikuti,kami teruskan pula dengan sesi perkongsian modul ini.
Kami mendapat persetujuan Irfan Amalee dan Eric Lincoln pengasas Peace Generation untuk menubuhkan cawangan Peace Generation di Malaysia.
Effendy Zulkifly juga berkongsi pengalaman dan kisah anak muda Malaysia yang cuba direkrut untuk mengikuti misi perang di luar negara dan ancaman fahaman ekstrimis dalam kalangan anak muda Malaysia.
Peace Generation Malaysia pimpinan Albark nanti akan memperkembangkan lagi modul pendidikan keamanan Peace Generation dan merangka siri latihan dengan fokus utama kepada anak muda.
Ancaman fahaman ekstrimis dalam kalangan anak muda Malaysia perlu diberi perhatian serius dan isu keganasan ini merupakan isu besar yang jika tidak ditangani sejak awal lagi akan mengancam keselamatan kita sendiri.Dan melawan fahaman ekstrimis perlulah secara sistematik,berstrategi dan penuh hikmah.

Hidup mesti bergerak pantas

Hidup mesti bergerak pantas.Kadangkala orang lain tidak mampu mengejar kita yang jauh lebih pantas dan kita tidak boleh mengikut rentak orang yang jauh lebih lambat daripada kita sebaliknya kita yang harus tetap lebih pantas dan biarkan orang yang lambat itu mengejar kita.

Bersama Dr Gamal Albinsaid,pengasas Klinik Asuransi Sampah

18 Ogos 2016,Saloma Bistro-MATIC
Di acara Asia Student Summit di Kuala Lumpur bersama rakan kami ,Dr Gamal Albinsaid(baru berusia 26 tahun) dari Indonesia (berkenalan pertama kali sewaktu 1 ASEAN Entrepreneurship Summit 2015)yang merupakan pengasas Klinik Asuransi Sampah,usahawan sosial berjaya yang menerima penghargaan The Prince of Wales Young Sustainability Entrepreneur dari Putera Charles atas idea kreatifnya menubuhkan Klinik Asuransi Sampah di Kota Malang.Beliau datang ke Kuala Lumpur untuk hadir ke acara International Conference on Blue Ocean Strategy sebagai salah seorang pembentangnya.Beliau pernah menerima anugerah Ashoka YoungChangeMaker 2012, Finalis Tabriz International Medical Science Congress di Iran,Finalis International Student Medical Congress Kosice di Slovakia dan pelbagai lagi anugerah.
Klinik Asuransi Sampah menyelesaikan 3 masalah utama seperti isu ekonomi,sampah dan soal kesihatan dimana ia membantu kelompok miskin yang tidak mampu membiayai kos rawatan kesihatan dengan sistem pembayaran sampah .
Bayar guna sampah?Ya,mereka yang tidak berkemampuan boleh membayar kos rawatan perubatan menggunakan sampah kering seperti botol plastik, kertas dan sebagainya dan dengan "sampah" itu menggunakan sistem pengurusan sampah-sisa pepejal ia dikitar semula hingga mampu menjana kewangan.Ia memiliki sistem dan modul perniagaan yang tersendiri yang berupaya menghasilkan keuntungan dan keuntungannya juga disumbang kembali kepada masyarakat.

Bersama Don Tapscott

Kenangan bersama Don Tapscott beberapa tahun yang lalu.
"Don is one of the world’s leading authorities on innovation, media, and the economic and social impact of technology and advises business and government leaders around the world. In 2013, Thinkers50 ranked Don fourth among the world’s most influential management thinkers and was awarded the Global Solutions Award for launching and leading the Global Solution Networks program based at the Rotman School of Management, University of Toronto.
He has authored or co-authored 15 widely read books including the 1992 best seller Paradigm Shift. His 1995 hit The Digital Economy changed thinking around the world about the transformational nature of the Internet and two years later he defined the Net Generation and the “digital divide” in Growing Up Digital. His 2000 work, Digital Capital, introduced seminal ideas like “the business web” and was described by BusinessWeek as “pure enlightenment.” Wikinomics: How Mass Collaboration Changes Everything was the best selling management book in 2007 and translated into over 25 languages"

Bersama Her Excellency Victoria Treadellt, British High Commissioner ke Malaysia



Di acara International Conference on Blue Ocean Strategy di Picc,Putrajaya tempoh hari kami terserempak dengan Her Excellency
Victoria Treadellt, British High Commissioner ke Malaysia ,bekas British High Commissioner ke New Zealand dan Samoa serta pernah sebagai Gabenor Pitcairn Islands.
Dalam satu acara sebelum ini kami pernah berjumpa dan beliau sempat memberitahu stafnya "Saya lahir di negara dia dan dia lahir di negara saya" :) ."Ipoh Mali !" .Beliau lahir di Ipoh,Perak.

Saya dan @effendy zulkifly memberitahu beliau perkembangan terbaru projek kami khususnya berkenaan Peace Generation dan beliau dengan respon positif juga kritisnya bertanya kepada kami bagaimana kami mahu menangani ancaman keganasan-pemikiran ekstrimis dalam kalangan anak muda dan apa strategi-modul yang digunapakai nanti?Selepas menerangkan sedikit latar belakang Peace Generation dan modul yang dirangka rakan kami pengasas Peace Generation,Irfan Amalee dan Eric Lincoln(keturunan Abraham Lincoln) di Bandung,beliau lantas mengatakan sangat berminat mengetahuinya lebih lanjut dan sambil memberi kad nama beliau,beliau berpesan agar kami menghubungi dan berjumpa dengan beliau nanti.
Notakakikubukankakimu:Bina hubungan baik dengan duta-duta/kedutaan

mesyuarat projek pendidikan Malaysia -Indonesia-Kemboja



21 Ogos 2016,NU Sentral
Jadi jurugambar,penterjemah perbedaan istilah Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia,pencatat isi penting mesyuarat,penghabis makanan-minuman orang-orang tua yang makan minum sedikit dll untuk mesyuarat projek pendidikan Malaysia -Indonesia-Kemboja :)
Tetamu dari Indonesia dari Universitas Muhammadiyah Surabaya-Malang-dll termasuk Rektor-profesornya ingin menghantar mahasiswa jurusan pendidikan mereka untuk praktikal pendidikan di Kemboja dan mereka berkerjasama dengan Prof Md Zin ,pakar kajian Champ -Kemboja melalui yayasan pendidikannya(projek pendidikan yayasan)
Dari Indonesia mereka mengadakan lawatan ke Thailand dan mereka tiba di Kuala Lumpur tengahari tadi dan akan pulang ke Indonesia esok pagi.Di imigresen,mereka ditanya kenapa sebentar sahaja di Kuala Lumpur dan jawab mereka "singgah sebentar makan di Kuala Lumpur,pak" :)
Mesyuarat membincangkan kerjasama untuk menempatkan para guru Indonesia di Kemboja,peluang biasiswa pendidikan Malaysia-Indonesia,kemahiran keusahawanan mahasiswa,membantu kelompok miskin Kemboja pelbagai kaum-pelbagai agama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti,pemberdayaan masyarakat melalui pertanian serta masa depan anak-anak mahasiswa Indonesia-Malaysia-Kemboja.
Wahai anak murid -mahasiswa,hargailah usaha mulia para gurumu yang sentiasa merancang projek pendidikan demi masa depanmu tanpa engkau ketahuinya dan kadangkala engkau menaruh kebencian kepada mereka tanpa engkau sedari mereka sentiasa mencintaimu.
Notakakikubukankakimu:NU Sentral bukan milik NU di Indonesia :)