Monday, September 19, 2016

Bersama Her Excellency Victoria Treadellt, British High Commissioner ke Malaysia



Di acara International Conference on Blue Ocean Strategy di Picc,Putrajaya tempoh hari kami terserempak dengan Her Excellency
Victoria Treadellt, British High Commissioner ke Malaysia ,bekas British High Commissioner ke New Zealand dan Samoa serta pernah sebagai Gabenor Pitcairn Islands.
Dalam satu acara sebelum ini kami pernah berjumpa dan beliau sempat memberitahu stafnya "Saya lahir di negara dia dan dia lahir di negara saya" :) ."Ipoh Mali !" .Beliau lahir di Ipoh,Perak.

Saya dan @effendy zulkifly memberitahu beliau perkembangan terbaru projek kami khususnya berkenaan Peace Generation dan beliau dengan respon positif juga kritisnya bertanya kepada kami bagaimana kami mahu menangani ancaman keganasan-pemikiran ekstrimis dalam kalangan anak muda dan apa strategi-modul yang digunapakai nanti?Selepas menerangkan sedikit latar belakang Peace Generation dan modul yang dirangka rakan kami pengasas Peace Generation,Irfan Amalee dan Eric Lincoln(keturunan Abraham Lincoln) di Bandung,beliau lantas mengatakan sangat berminat mengetahuinya lebih lanjut dan sambil memberi kad nama beliau,beliau berpesan agar kami menghubungi dan berjumpa dengan beliau nanti.
Notakakikubukankakimu:Bina hubungan baik dengan duta-duta/kedutaan

mesyuarat projek pendidikan Malaysia -Indonesia-Kemboja



21 Ogos 2016,NU Sentral
Jadi jurugambar,penterjemah perbedaan istilah Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia,pencatat isi penting mesyuarat,penghabis makanan-minuman orang-orang tua yang makan minum sedikit dll untuk mesyuarat projek pendidikan Malaysia -Indonesia-Kemboja :)
Tetamu dari Indonesia dari Universitas Muhammadiyah Surabaya-Malang-dll termasuk Rektor-profesornya ingin menghantar mahasiswa jurusan pendidikan mereka untuk praktikal pendidikan di Kemboja dan mereka berkerjasama dengan Prof Md Zin ,pakar kajian Champ -Kemboja melalui yayasan pendidikannya(projek pendidikan yayasan)
Dari Indonesia mereka mengadakan lawatan ke Thailand dan mereka tiba di Kuala Lumpur tengahari tadi dan akan pulang ke Indonesia esok pagi.Di imigresen,mereka ditanya kenapa sebentar sahaja di Kuala Lumpur dan jawab mereka "singgah sebentar makan di Kuala Lumpur,pak" :)
Mesyuarat membincangkan kerjasama untuk menempatkan para guru Indonesia di Kemboja,peluang biasiswa pendidikan Malaysia-Indonesia,kemahiran keusahawanan mahasiswa,membantu kelompok miskin Kemboja pelbagai kaum-pelbagai agama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti,pemberdayaan masyarakat melalui pertanian serta masa depan anak-anak mahasiswa Indonesia-Malaysia-Kemboja.
Wahai anak murid -mahasiswa,hargailah usaha mulia para gurumu yang sentiasa merancang projek pendidikan demi masa depanmu tanpa engkau ketahuinya dan kadangkala engkau menaruh kebencian kepada mereka tanpa engkau sedari mereka sentiasa mencintaimu.
Notakakikubukankakimu:NU Sentral bukan milik NU di Indonesia :)

Bersama Prof. Dr. Azirah Hashim (Pengarah ,Asia Europe Institute,Universiti Malaya)



20 Ogos 2016,Asia Europe Institute,Universiti Malaya
Lobi awal projek terbaru kami kepada Prof. Dr. Azirah Hashim (Pengarah ,Asia Europe Institute,Universiti Malaya).Beliau berminat dengan modul keamanan yang dirangka oleh Peace Generation pimpinan Irfan Amalee dan Eric Lincoln ini.AEI pimpinan beliau menganjurkan pelbagai acara seperti Asean Korea Young Scholar Workshop dan Asia Europe Institute-ASEM Summer Camp baru-baru ini dan beliau sedang merangka pelbagai acara akan datang.


Kami mencadangkan kepada beliau penganjuran acara bertemakan pengajian keamanan untuk anak muda Asia-Eropah.Prof Dr Azirah juga memberitahu kami bahawa di AEI juga terdapat kajian berkaitan isu keganasan antarabangsa .Mengikut beliau sewaktu sesi penggulungan AEI ASEM Summer Camp semalam beliau mahu melibatkan lebih ramai lagi peserta untuk mengikuti acara anjuran AEI dan kami menawarkan bantuan untuk mendapatkan para peserta dari pelbagai negara khususnya anak muda dari jaringan kami di negara ASEAN,Turki dan dunia Arab.
Kadang kala penganjur kurang mengetahui bagaimana mahu mempromosi lebih aktif dan mendapatkan peserta dari pelbagai negara untuk acara yang mereka anjurkan dan itulah "kemahiran" kami yang kami boleh tawarkan dan kongsikan.

Bersama Tun Dr Siti Hasmah

24 Ogos 2016,Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya


Selepas @saufi jelani bersembang dengan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Dr Siti Hasmah,giliran saya pula untuk bersembang dengan Tun Siti Hasmah.Kami memberitahu beliau tentang kajian bukan akademik,pembacaan kami berkenaan pemikiran Tun Dr Mahathir dan siri program syarahan Tun Dr Mahathir yang kami ikuti sejak 4-5 tahun ini termasuk seminar bertemakan anti perang,Mahathir Global Peace,dan program Perdana Global Peace Foundation pimpinan Tun Dr Mahathir.Kami memberitahu Tun Siti Hasmah juga berkenaan kerjasama kami dengan rakan-rakan kami di Bandung,Indonesia melalui Peace Generation pimpinan Irfan Amalee yang juga pernah menjadi penceramah dalam Mahathir Global Peace.
Saya memberitahu beliau juga bagaimana buku-buku di perpustakaan Yayasan Kepimpinan Perdana (milik Tun Dr Mahathir dan yayasan) yang banyak membantu kami memahami pemikiran Tun Dr Mahathir.Tun Siti Hasmah menasihatkan kami agar lebih kerap berkunjung ke perpustakaan ini dan berkerjasama dengan Yayasan Kepimpinan Perdana yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang berminat untuk mengkaji berkenaan kepimpinanan kesemua Perdana Menteri Malaysia.

Bersama Tan Sri Sanusi Junid.

4 Ogos 2016,Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya
Bersama mantan Menteri Besar Kedah yang terkenal dengan idea "gila" "kreatif""luar kotak" ,Tan Sri Sanusi Junid.
Kami bersembang berkenaan Acheh dimana keluarga Tan Sri yang keturunan Acheh terlibat dalam gerakan di Acheh.Tan Sri juga memberitahu bagaimana peranan kuasa asing yang campur tangan dalam hal dalaman Acheh dan membantu menyalurkan senjata sehingga rakyat Acheh berperang bergaduh sesama sendiri dahulu.Dari isu kemerdekaan Acheh membawa kepada isu perniagaan kedai runcit Acheh dimana saya memberitahu beliau sekitar Kajang-Bangi termasuk Sungai Ramal Dalam kedai runcit disini dikuasai warga Acheh dan Tan Sri memberitahu kami ada kenalan beliau dari Acheh yang juga tinggal sekitar Sungai Ramal Dalam.
Kami memberitahu beliau juga bahawa kami beberapa kali mengikuti acara ADEP Acheh Development di Universiti Malaya.

Kenalan baru geng Nation Building School

24 Ogos 2016,Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya
Kenalan baru geng Nation Building School yang turut hadir acara syarahan Tun Dr Mahathir Mohamad .
Mereka mahu mengetahui hal kepimpinan dan ingin mengetahui bagaimana mereka boleh turut serta ke pelbagai acara kepimpinan di peringkat Asean-Antarabangsa.
Kami mencadangkan mereka sentiasa mengikuti perkembangan acara kepimpinan pemuda di seluruh dunia yang "berlambak" dalam internet,berkongsi pengalaman mengikuti pelbagai acara di Turki,Maghribi,Indonesia,Arab Saudi,Brunei,Singapura dan lain-lain,mencadangkan mereka mengikuti acara Model United Nations,dan menyertai Jaringan Anak Muda untuk maklumat lanjut pelbagai acara.

"maraton program tanpa henti" Jaringan Anak Muda

1-24 Ogos 2016 "maraton program tanpa henti" Jaringan Anak Muda 
Bukan sekadar program,bukan sekadar jaringan....
(1 -4 Ogos)World Islamic Economy Forum,Jakarta,Indonesia
(5-6 Ogos)Bandung Peacetival anjuran Peace Generation,Bandung,Indonesia
(7 Ogos) Mesyuarat bersama Dato Tun Lela Koperasi Pahang di Bandung
(8 Ogos) Mesyuarat susulan WIEF di Kuala Lumpur
(9 Ogos)Peperiksaan kelas Bahasa Sepanyol(Pertengahan) anjuran Kedutaan Venezuela,mesyuarat JAM bersama Dato Jaafar Rahim
(10 Ogos) Mesyuarat bersama Pak Zahir-WHAD Italy-Indonesia
(11 Ogos) Mesyuarat Jaringan Anak Muda-WHAD-AYPC-Peace Generation bersama Dato Jaafar Rahim
(12 Ogos) Perkongsian Peace Generation -Asean YouthPreneur Community anjuran Rotary Club,Kampung Baru,mesyuarat di Malaysian Turkish Dialogue Society(MTDS)
(13 Ogos) Mesyuarat Jam-Peace Generation-AYPC di Bangi
(14 Ogos) Mesyuarat Awqaf New Zealand di Bandar Baru Bangi
(14-15 Ogos)Bengkel kepimpinan anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants
(16 Ogos)International Conference on Blue Ocean Strategy,Putrajaya dan bengkel perkongsian modul keamanan Peace Generation Malaysia
(17 Ogos)International Conference Towards A Diamond Era of Asean and China anjuran Institute of China Studies-Kedutaan Republik Rakyat China
(18 Ogos)Asia Student Summit anjuran Indonesia Youth Leader Alliance,Sambutan kemerdekaan Indonesia anjuran Kedutaan Indonesia
(19 Ogos) Sesi dialog bersama.Setiausaha Agung Komanwel,Rt Hon Patricia Scotland anjuran Commonwealth Youth Council
(20 Ogos)2 nd AEI-ASEM Summer School anjuran Asia Europe Institute
(21 Ogos) Mesyuarat bersama rombongan Rektor Universiti Veteran Bangun Nusantara,Universiti Muhammadiyah Malang dan Surabaya-Prof Md Zin Kemboja
(22 Ogos) Ziarah Raja Ahmad Aminullah di IJN,Mesyuarat bersama pegawai Kementerian Belia dan Sukan
(23 Ogos) Seminar Brexit and Malaysia A New Opportunity anjuran MATRADE,MITI dan British High Commision Kuala Lumpur,perjumpaan dengan wakil Universiti Gajah Mada,Yogyakarta-IYRES KBS(bengkel pemuda dan keganasan)
(24 Ogos) Syarahan Perdana oleh Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya,sembang santai bersama Tun Siti Hasmah,Tan Sri Sanusi Junid dan pertemuan bersama pimpinan Nation Building School.