Monday, September 19, 2016

Rujukan pimpinan mahasiswa?

Entahlah .
Rujukan pimpinan mahasiswa kini masih lagi mantan aktivis mahasiswa pro demonstrasi jalanan bukannya mantan
aktivis mahasiswa pro "demonstrasi intelektual"
Mentor mereka masih lagi pimpinan parti politik bukannya seniman -budayawan- intelektual- ahli akademik.
Mereka masih selesa terikat dibawah bumbung dan naungan kelompok parti tertentu berbanding aktivis yang tidak terikat dengan mana mana parti politik :yang bebas mengikuti acara anjuran mana mana parti politik,dan bebas bertemu mana mana pimpinan politik.
Entahlah.
Notakakikubukankakimu:Membebel seorang diri sambil memerhati burung yang terbang bebas MERDEKA !

Pertemuan Belia dan Ilmuwan Muda

Antara yang hadir dan menyampaikan nasihat kepada anak muda sewaktu acara pertemuan Belia dan Ilmuwan Muda semalam ialah :-
-Tan Sri Abu Zahar Ujang (mantan Yang Dipertua Dewan Negara)
-Tan Sri Dato Dr Abdul Aziz Abdur Rahman(mantan Pengarah Urusan-Ketua Pegawai Eksekutif MAS,penasihat Persekutuan dan pegawai Undang Undang MAGERAN(Majlis Gerakan Negara)sewaktu darurat 1969)
-Tan Sri Samshuri bin Arshad (mantan Timbalan Ketua Polis Negara)
-Datuk Dr Mohd Ghazali Md Noor(Pengerusi Alumni Bank Pembangunan Islam(IDB berpusat di Jeddah),Pengarah Perancangan Strategik "IDB 1440 H Vision)
-Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (mantan Pengarah Pendidikan,pimpinan UITM,UPSI,PNB,Sime Derby,Guthrie dll)
Secara umumnya mereka menasihat generasi muda agar:-
-Menyokong kesepakatan dan kerjasama antara para pemimpin dan para ilmuwan
-Mempertahankan institusi penting negara yang sedia ada tanpa menafikan kepentingan menambahbaik apa yang sedia ada
-Sentiasa bersatu padu dan mengelakkan perpecahan sesama sendiri
-Menolak sebarang politik kotor dan percubaan mengubah prinsip yang disepakati dalam pembangunan negara sejak merdeka
-Mendalami soal perlembagaan negara dan menolak apa jua yang mencabuli perlembagaan negara
-Mempelajari soal kepimpinan dan kepengikutan yang baik serta belajar dari sejarah kepimpinan tokoh terdahulu
-Menghayati sejarah kebangkitan dan keruntuhan sesuatu tamadun serta bersedia memimpin dunia global dan membina peradaban
-Merubah sikap diri dan memantapkan jatidiri
Orang muda kena pertimbangkan nasihat-nasihat orang tua ini.Mereka ini sentiasa memikirkan MASA HADAPAN anak cucu mereka .SEJARAH dan MASA LALU jangan sesekali dilupakan.Kita akan ketinggalan MASA KINI dan SEKARANG jika tidak belajar daripada SEJARAH dan tidak memikirkan MASA HADAPAN.
Gabungkan KEBIJAKSANAAN orang tua dan SEMANGAT anak muda.

Malam Merdeka 2016

Dato Lat Kampung Boy
Karya beliau menceritakan kisah sebenar kampung-kampung dan membawa mesej perpaduan antara kaum-agama di Malaysia.

Bersama "The Pocket Rocket Man ",Mohammad Azizul Hasni bin Awang,pemenang pingat Gangsa di Sukan Olimpik 2016,Rio De Janeiro,Brazil
Beliau pernah menduduki ranking pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Sejarah menarik beliau selain meraih pingat Gangsa di Olimpik baru-baru ini ialah bagaimana beliau meneruskan kayuhan walaupun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm sewaktu bertanding acara Keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011 dan beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga!

Chef Wan dan Wasif Wan



Chef Wan dan Wasif Wan :)
Chef Wan yang baru pulang dari China menghadiri satu festival makanan yang menampilkan chef-chef ternama seluruh dunia menceritakan kisah bagaimana orang China memuji beliau sebagai chef terbaik.Bukan sebab apa tetapi sebab menjamu hadirin yang hadir makan masakannya berbanding chef-chef lain.

Kata Chef Wan memang sebagai tukang masak agak susah menyediakan makanan bermula dari mencari bahan-bahan masakan tetapi bagi beliau ,beliau akan seronok menjamu hadirin yang hadir ke acara masakan beliau sepertimana seorang tuan rumah yang akan menjamu makanan terbaik untuk tetamu istimewa yang datang berkunjung ke rumahnya.
Notakakikubukankakimu:Berbangga pernah menjadi penyalin resipi makanan masakan Chef Wan dihadapan tv walaupun sampai sekarang tak pandai-pandai masak macam Chef Wan.

AGM dan ulangtahun My Perintis

3 September 2016,Impact Hub,Sentul
AGM dan ulangtahun My Perintis di Impact Hub .My perintis mengadakan pelbagai acara bersama tokoh negarawan,program perniagaan-keusahawanan sosial,dan latihan kepimpinan.
Impact Hub menyediakan ruang untuk industri kreatif dan inovasi .

Acara Seni di Rumah Titi

4 September 2016,Rumah Titi,Titiwangsa
Bersama Pak Yassin Salleh,Tan Sri Johan Jaafar ,Abg Roslan,Smile Zuan dan Tofan sewaktu acara seni bersama Malaysia-Indonesia(rombongan dari Riau) diserikan dengan bacaan sajak,gesekan biola,nyanyian muzik,tayangan filem dan sebagainya.
Wasif Wan's photo.

Taklimat biasiswa Chevening UK

6 September 2016,Razak School of Government,Putrajaya
Taklimat biasiswa Chevening UK dianjurkan oleh British High Commission Kuala Lumpur,Razak School of Government dan JPA.
Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam-PTD,aktivis belia,ahli akademik,dan mereka yang berminat memohon biasiswa Master Chevening di UK.
Jaringan alumni Chevening ini sangat kuat dan mereka yang mendapat biasiswa Chevening ini sangat bertuah kerana memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak diberi oleh mana-mana pihak .

Image may contain: 19 people , people smiling6 September 2016,Razak School of Government,Putrajaya
Taklimat biasiswa Chevening UK.
Antara yang hadir sewaktu taklimat Chevening semalam,sifu Nuruddin,FaisalAziz,Hasnul Hanif .
Nuruddin kembara lama di Arab Saudi,Brunei,Amerika Syarikat sebelum ini,Faisal Aziz dan Hasnul aktivis mahasiswa belia di peringkat Asean,Komanwel bahkan mewakili Malaysia menjawat jawatan dalam organisasi Belia Komanwel.
Hasil pertemuan bersama pimpinan Razak School of Government juga mereka mengalu-alukan kerjasama aktivis belia dengan Razak School of Government khususnya dalam soal penerangan dasar-dasar kerajaan Malaysia .
Razak School of Government ini pernah menganjurkan sesi bersama Recep Tayyip Erdogan,Tariq Ramadhan,Tun Daim Zainuddin,Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi.
Bertempat di Menara Prisma,Putrajaya ,Razak School of Government juga memiliki perpustakaan dimana terdapat pelbagai buku rujukan berkenaan dasar-dasar kerajaan,soal kepimpinan dan mereka juga menerbitkan siri syarahan-ucapan tokoh-tokoh yang pernah diundang oleh mereka.