Monday, September 19, 2016

Malam Merdeka 2016

Dato Lat Kampung Boy
Karya beliau menceritakan kisah sebenar kampung-kampung dan membawa mesej perpaduan antara kaum-agama di Malaysia.

Bersama "The Pocket Rocket Man ",Mohammad Azizul Hasni bin Awang,pemenang pingat Gangsa di Sukan Olimpik 2016,Rio De Janeiro,Brazil
Beliau pernah menduduki ranking pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Sejarah menarik beliau selain meraih pingat Gangsa di Olimpik baru-baru ini ialah bagaimana beliau meneruskan kayuhan walaupun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm sewaktu bertanding acara Keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011 dan beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga!

Chef Wan dan Wasif Wan



Chef Wan dan Wasif Wan :)
Chef Wan yang baru pulang dari China menghadiri satu festival makanan yang menampilkan chef-chef ternama seluruh dunia menceritakan kisah bagaimana orang China memuji beliau sebagai chef terbaik.Bukan sebab apa tetapi sebab menjamu hadirin yang hadir makan masakannya berbanding chef-chef lain.

Kata Chef Wan memang sebagai tukang masak agak susah menyediakan makanan bermula dari mencari bahan-bahan masakan tetapi bagi beliau ,beliau akan seronok menjamu hadirin yang hadir ke acara masakan beliau sepertimana seorang tuan rumah yang akan menjamu makanan terbaik untuk tetamu istimewa yang datang berkunjung ke rumahnya.
Notakakikubukankakimu:Berbangga pernah menjadi penyalin resipi makanan masakan Chef Wan dihadapan tv walaupun sampai sekarang tak pandai-pandai masak macam Chef Wan.

AGM dan ulangtahun My Perintis

3 September 2016,Impact Hub,Sentul
AGM dan ulangtahun My Perintis di Impact Hub .My perintis mengadakan pelbagai acara bersama tokoh negarawan,program perniagaan-keusahawanan sosial,dan latihan kepimpinan.
Impact Hub menyediakan ruang untuk industri kreatif dan inovasi .

Acara Seni di Rumah Titi

4 September 2016,Rumah Titi,Titiwangsa
Bersama Pak Yassin Salleh,Tan Sri Johan Jaafar ,Abg Roslan,Smile Zuan dan Tofan sewaktu acara seni bersama Malaysia-Indonesia(rombongan dari Riau) diserikan dengan bacaan sajak,gesekan biola,nyanyian muzik,tayangan filem dan sebagainya.
Wasif Wan's photo.

Taklimat biasiswa Chevening UK

6 September 2016,Razak School of Government,Putrajaya
Taklimat biasiswa Chevening UK dianjurkan oleh British High Commission Kuala Lumpur,Razak School of Government dan JPA.
Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam-PTD,aktivis belia,ahli akademik,dan mereka yang berminat memohon biasiswa Master Chevening di UK.
Jaringan alumni Chevening ini sangat kuat dan mereka yang mendapat biasiswa Chevening ini sangat bertuah kerana memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak diberi oleh mana-mana pihak .

Image may contain: 19 people , people smiling6 September 2016,Razak School of Government,Putrajaya
Taklimat biasiswa Chevening UK.
Antara yang hadir sewaktu taklimat Chevening semalam,sifu Nuruddin,FaisalAziz,Hasnul Hanif .
Nuruddin kembara lama di Arab Saudi,Brunei,Amerika Syarikat sebelum ini,Faisal Aziz dan Hasnul aktivis mahasiswa belia di peringkat Asean,Komanwel bahkan mewakili Malaysia menjawat jawatan dalam organisasi Belia Komanwel.
Hasil pertemuan bersama pimpinan Razak School of Government juga mereka mengalu-alukan kerjasama aktivis belia dengan Razak School of Government khususnya dalam soal penerangan dasar-dasar kerajaan Malaysia .
Razak School of Government ini pernah menganjurkan sesi bersama Recep Tayyip Erdogan,Tariq Ramadhan,Tun Daim Zainuddin,Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi.
Bertempat di Menara Prisma,Putrajaya ,Razak School of Government juga memiliki perpustakaan dimana terdapat pelbagai buku rujukan berkenaan dasar-dasar kerajaan,soal kepimpinan dan mereka juga menerbitkan siri syarahan-ucapan tokoh-tokoh yang pernah diundang oleh mereka.

Pangkor Dialogue

Kami ke acara Pangkor Dialogue di Ipoh tempoh hari menaiki ETS dari Kl Sentral jam 7 pagi dan tiba di Ipoh sekitar jam 9.20 pagi dan terus ke acara perasmian Pangkor Dialogue dan siri syarahan utama pagi itu dan pulang ke Kuala Lumpur malam harinya selepas acara makan malam dan penyampaian anugerah Pangkor Dialogue.
Kemudahan pengangkutan awam yang semakin baik semakin pantas banyak membantu perjalanan lancar urusan seharian.Siap sepenuhnya MRT pelbagai fasa nanti akan lebih memudahkan urusan kita dan siapa yang lambat pasti akan ketinggalan.Apatahlagi tidak lama lagi kita akan memiliki laluan pantas Kuala Lumpur ke Singapura.
Saya bergurau dengan rakan-rakan semalam saya menanti laluan pantas Kuala Lumpur terus ke Istanbul,Moscow,Seoul,Beijing,Mekah,Washington dll pula. :)
"Hang pi mana,wasif?"
"Sarapan pagi depan Blue Mosque sekejap,lepas tu makan tengahari dengan kawan di Moscow dulu sebelum ada mesyuarat di Washington sebentar dan jumpa makan malam di mamak Impian Maju,Bangi malam ini ya" :)

5 September 2016,Ipoh,Perak Darul Ridzuan
Naik ETS KL-Ipoh sebentar menghadiri acara Pangkor Dialogue di Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Misi"rahsia" berjaya .
Terima kasih Dato Sri Dzulkarnain Taib,CEO Yayasan Media Hebat.

Tahniah buat kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan pimpinan YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir atas penganjuran Pangkor Dialogue ini.
Bersama Prof Muhammad Yunus (Grameen Bank) , Fredrik Härén “The Idea Book" dan Shane Dallas "The Travel Camel" :)
Misi berjaya hati riang gumbira terus pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Perak Darul Ridzuan bertuah kerana memiliki Sultan yang berpendidikan tinggi,cinta ilmu dan menghormati ilmuwan,memiliki Menteri Besar yang mantap latar belakang pendidikan-akademiknya ,seorang pemikir strategik dan mempunyai wawasan masa depan,serta memiliki gandingan kerjasama yang utuh antara para pemimpin dan ilmuwan.
Kedudukan lokasi Perak juga sangat strategik antara 2 negeri maju di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Penganjuran Pangkor Dialogue 2016 yang disifatkan sebagai "Davos of Asia",pengistiharan
Ipoh sebagai "Social Business City" dengan kehadiran Prof Muhammad Yunus (pengasas Grameen Bank,pemenang Nobel Peace Prize) dan "Satellite event" sepanjang Pangkor Dialogue juga membuktikan kesungguhan pimpinan kerajaan negeri Perak dalam melakukan perubahan antaranya melalui program:-
-NGO Convention 2016 dengan pelancaran "NGO Strategic Action Plan 2016-2020"
- Persidangan Kedua Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya
-Sehati anjuran MAGIC
-Building A Social Business City anjuran Yayasan Bina Upaya
-Pangkor Dialogue Awards
(Economy,Woman,Youth,Technology Environment,Social
Lifetime Achievement Awards,Philanthropist of the year)
-Sustainable Tourism at Perak
-The important role of education in achieving sustainable and inclusive green growth
-Asean Medtech Innovation Park(AMTOP) Iniatiative Launching
-Increasing Awareness on Waqf for education
-Green Technology driving community innovation
-Global halal market and halal industry development in Perak

Fredrik Haren dalam syarahannya sewaktu acara Pangkor Dialogue menyatakan berbanding di Barat,di Asia tidak ramai yang mempunyai minda kreatif dan inovasi.Di Asia menurut beliau ramai yang lebih suka meniru-menyalin idea orang lain.Beliau membangkitkan isu "Copyright", "Copy right " dan
"Copying right" sambil bergurau seolah-olah di Asia memang orang lebih suka meniru-menyalin bahkan "menciplak" .
Dato Sri Dzulkarnain Taib,Presiden-CEO Yayasan Media Hebat terus bangkit bertanyakan soalan pertama kepada beliau pada sesi tersebut dan menjelaskan bahawa di Asia juga ramai yang kreatif dan inovatif dan beliau membidas dengan bertanyakan apakah kemungkinan juga hasil penjajahan Barat sekian lama yang menyebabkan Asia dianggap tidak kreatif dan inovatif?
Kita di Asia tidak perlu terlalu merendahdiri seolah-olah kita langsung tidak kreatif-inovatif berbanding di Barat sesuai dengan jiwa merdeka dan minda yang tidak tertawan-terbelenggu.Kita harus optimis dan yakin diri bahawa kita di Asia juga mampu untuk lebih maju dalam hal kreativiti-inovasi .

Kyoto Asean Forum 2016



8 September 2016,Pullman Kl
Kyoto Asean Forum 2016
Presiden Kyoto University berkongsi berkenaan program penyelidik muda ,pertukaran budaya dan usaha pengantarabangsaan Kyoto University sewaktu makan malam jaringan peserta Kyoto Asean Forum malam tadi.
Beliau mahu lebih ramai penyelidik muda Jepun berkerjasama dengan penyelidik muda Malaysia.
Disebelah beliau ialah Profesor Kayo Inaba,Naib Presiden Kyoto University(bahagian Antarabangsa) yang pernah memenangi
L’Oréal-UNESCO Women in Science Award


Beliau seorang profesor perubatan dan pakar Immunology dan membuat kajian saintifik berkenaan sistem immuni virus- bakteria dan sel kanser.
"Dr. Inaba is one of the world leading scientists of dendritic cell research"
"Prof. Inaba was the first scientist to prove that these cells could be treated outside the body and then reintroduced into the organism to stimulate immune system response. Her discovery marked a turning point in cellular therapy and has already led to a new type of anti-cancer treatment."




Dr Haruo Takeda ,pimpinan Hitachi(R n D) yang membentangkan bagaimana perlu wujud kerjasama yang erat antara pihak industri dan pihak akademik universiti.
Hitachi membuka makmal kajian penyelidikan di Kyoto University dan membuka ruang kepada usaha kajian penyelidikan,inovasi sosial dan perkembangan sains dan teknologi.
Jepun dan syarikat-syarikat utamanya sentiasa melabur besar dalam R n D .
Nak potong perbelanjaan tertentu terpulanglah mengikut tahap kemampuan (kena realistik juga),tetapi tolonglah jangan potong perbelanjaan R n D .
Setuju?

Bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Profesor Muhammad Hashim Kamali di acara Kyoto Asean Forum.