Monday, September 19, 2016

Di Malaysian Turkish Dialogue Society



14 September 2016,Malaysian Turkish Dialogue Society,Titiwangsa(9 pagi-10 pagi,6-7 malam)
Marahkan nasi lemak tak berapa sedap,makcik penjual nasi lemak dilempang pipinya oppps marahkan teh tarik yang terlebih manis,mamak disepak diterajangnya oppps marahkan nyamuk,kelambu dibakar!
Tamat bacaan satu lagi buku berkenaan pemikiran Fethullah Gulen yang kini dituduh pengganas .Sebelum membuat apa-apa tuduhan, semak dahulu pemikiran dan hasil gerak kerja seseorang itu ya.Peace!


Time International School

14 September 2016,Time International School,Segambut(10.30-11.30 pagi)
Time International School,salah sebuah sekolah antarabangsa yang dibina oleh mereka yang terinspirasi dengan pemikiran Fethullah Gulen.Gulen apabila ditanya berapa jumlah sekolah yang dimilikinya hanya menjawab beliau tidak memiliki sekolah dan tidak mengetahui berapa jumlah sekolah yang didirikan di seluruh dunia oleh mereka yang terinspirasi dengan idea-pemikirannya.
Beliau melontarkan idea buah fikirnya melalui tulisan,siri ceramah kelompok dan ternyata pemikirannya menginspirasi ramai orang yang sanggup "melabur" untuk sistem pendidikan yang berkualiti.
Untuk membeli makanan minuman di kafe sekolah ini mereka menggunakan kad Touch n Go dan tidak lagi menerima "cash".
Pelbagai anugerah inovasi-rekacipta,Matematik, Sains dan Teknologi di peringkat Olympiad antarabangsa pernah dimenangi oleh para pelajar sekolah ini.
Kemudahan sukan,seni budaya,inovasi-kreativiti,lawatan sambil belajar,kemahiran seperti menemubual,menulis,muzik dan sebagainya diberi perhatian secukupnya di sekolah ini.
Untung mereka yang sejak muda lagi diberi pendedahan antarabangsa.
Wasif Wan's photo.

Sunday, September 18, 2016

Pilihanraya Kampus:Perjuangkan agenda mahasiswa

Pilihanraya Kampus:Perjuangkan agenda mahasiswa

Oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
(Jaringan Anak Muda)
wasiferdogan@gmail.com

Pilihanraya kampus yang berlangsung saban tahun wajar menjadi salah satu medan latihan kepimpinan buat para mahasiswa. Pelbagai kemahiran memimpin,ilmu pengurusan organisasi,ketrampilan diri dan sebagainya yang mampu mengilap potensi mahasiswa sepatutnya dapat diraih oleh mahasiswa melalui penganjuran pilihanraya kampus ini.Walaupun begitu kita tidak dapat menafikan realiti bahawa kadangkala pilihanraya kampus khususnya di kampus utama sering hangat dengan pelbagai isu menjelang persaingan merebut pengaruh dalam kalangan pimpinan pelbagai organisasi mahasiswa.

Mahasiswa walaupun tidak disekat sepenuhnya untuk melibatkan diri dalam politik sewajarnya mengelakkan diri dari campur tangan politik kepartian secara melampau sebaliknya perlu lebih bebas bergerak atas nama mahasiswa.Bergerak bebas atas nama mahasiswa tanpa terpaksa tunduk kepada tekanan mana-mana parti politik memungkinkan organisasi mahasiswa itu akan lebih diterima secara meluas oleh lebih ramai mahasiswa di kampus.Kecenderungan untuk terlampau terikat dan tunduk bahkan dilihat lebih mesra kepada sesebuah parti politik atau barisan/pakatan/kerjasama kepartian tertentu  menyebabkan organisasi mahasiswa tidak mampu bersuara dengan lebih bebas atas nama mahasiswa.Oleh kerana itu organisasi mahasiswa harus menjaga jarak dengan mana-mana parti politik walaupun tidak menolak untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menjayakan agenda yang menguntungkan mahasiswa keseluruhannya.Agenda untuk mahasiswa perlu diutamakan berbanding agenda peribadi atau agenda kelompok-kelompok tertentu.

Organisasi mahasiswa perlu memberi fokus utama kepada isu-isu yang paling dekat di hati mahasiswa berbanding isu-isu lain.Memang tidak dinafikan wujud pelbagai isu saban hari namun tidak kesemua isu perlu dijuarai sepenuhnya oleh organisasi mahasiswa.Organisasi mahasiswa perlu membuat kajian terperinci tentang keutamaan isu dalam kalangan mahasiswa dan tidak bersifat terlampau gelojoh,terburu-buru,bahkan membuta tuli dalam memperjuangkan sesuatu isu.Kajian penyelidikan,fakta-fakta,data dan sebagainya harus menjadi keutamaan sesuai dengan taraf sebagai seorang mahasiswa universiti.Malas dan culas dalam membuat kajian inilah yang akan menyebabkan organisasi mahasiswa kehilangan fokus seterusnya bersifat syok sendiri lantas mengabaikan isu-isu yang paling penting dan paling dekat di hati mahasiswa.Kajian lapangan di peringkat kampus misalnya perlu diberi keutamaan dalam mengenal pasti isu-isu utama yang menjadi keprihatinan para mahasiswa di kampus.

Kualiti  keilmuan mahasiswa sangat perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi mahasiswa.Kita tidak mahu universiti kita melahirkan mahasiswa yang tidak benar-benar serius mendalami dan menguasai pelbagai cabang ilmu.Pelbagai program tersusun secara sistematik yang mampu meningkatkan tahap penguasaan ilmu,daya fikir,dan keintelektualan mahasiswa kita perlu diusahakan dan dirangka sebaiknya oleh organisasi mahasiswa.Gerakan keilmuan dan keintelektualan mahasiswa ini perlu dirancang rapi di setiap fakulti,kolej kediaman dan memerlukan jaringan yang kukuh antara pelbagai organisasi dan persatuan yang wujud di kampus universiti.Sokongan dan kerjasama dari pihak pentadbiran universiti dan kolej kediaman untuk mengaktifkan pelbagai program ilmu juga perlu digerakkan dan ini memerlukan komitmen yang serius oleh organisasi mahasiswa dalam mendekati pimpinan pentadbiran universiti dan kolej kediaman.Hubungan baik antara organisasi mahasiswa dengan pimpinan pentadbiran universiti dan kolej kediaman ini mampu memudahkan perancangan organisasi mahasiswa dalam menghidupkan pelbagai bentuk kegiatan keilmuan mahasiswa.

Untuk menjayakan pelbagai agenda mahasiswa ini,semua organisasi mahasiswa perlu bersatu teguh dan mengelakkan sebarang bentuk perpecahan dan pertelagahan sesama sendiri dalam membentuk gelombang kekuatan mahasiswa.Sebarang perbezaan pandangan dan kepelbagaian method serta gerak kerja perlu ditangani sebaik mungkin dengan penuh semangat persaudaraan mahasiswa.Perpecahan sesama sendiri akan membantutkan apa jua gerak kerja demi manfaat mahasiswa keseluruhannya.Menjelang perlaksanaan pilihanraya kampus dan perebutan pengaruh di kampus inilah saat yang memungkinkan perpecahan sesama sendiri berlaku jika organisasi mahasiswa tidak mempunyai jiwa besar dan kesatuan dalam kerangka besar perjuangan agenda untuk mahasiswa.Oleh kerana itu organisasi mahasiswa perlu disedarkan dengan agenda yang jauh lebih besar pengisian pasca pilihanraya kampus .Pengisian pasca pilihanraya kampus inilah yang perlu difikirkan oleh pimpinan  organisasi mahasiswa dan tanpa usaha berfikir secara sistematik dan penuh perancangan strategik inilah sebarang bentuk agenda mahasiswa tidak mungkin berjaya direalisasikan.

Thursday, February 11, 2016

Kembara Istanbul 2013

Ketika itu saya sedang bertugas di pejabat di Bandar Baru Bangi sebelum mendapat tahu ada kenalan Turki yang datang ke pejabat saya.Kami sudah lama tidak bertemu  dan beliau sebenarnya ingin bertemu saya juga.Sebaik sahaja kami bertemu,beliau bertanya kepada saya 'wasif,kamu free minggu depan?' Saya menjawab 'iya.ada apa ya?' .Beliau memberitahu saya lagi 'Kami mahu menghantar awak ke Turki untuk mewakili Malaysia ke seminar berkenaan Fethullah Gulen di Istanbul.Tiket-penginapan semua kami tanggung'

zzzzzzzzzzzzzzzz


Di lapangan terbang Istanbul,sahabat saya Fatih mengambil saya dan membawa saya bertemu peserta seminar dari Indonesia sebelum kami bersama-sama ke tempat penginapan kami.

Acara ini disertai oleh para peserta dari seluruh pelusuk dunia dan hanya saya seorang dari Malaysia dan 4 orang dari Indonesia.

Seminar memberi fokus kepada pembentangan berkaitan pemikiran tokoh Turki terkenal iaitu Fethullah Gulen.

Kami juga di bawa melawat ke beberapa tempat seperti:-
-Masjid Biru
-Haghia Sophia
-Fatih University
-Suleyman Sah University
-Pejabat media Zaman
-Pejabat penerbitan Kaynak
-Pusat penyedidikan di Camlica
-Journalist and Writer Foundation


Di Fatih University.


Di Masjid Biru


Di pejabat 'Zaman' ,syarikat media .
Bersama teman-teman Indonesia yang turut serta dalam acara seminar .







Di Suleyman Syah University








Bersama Faiz Ali,sahabat yang belajar dan berniaga di Turki.
Bersama Osman,sahabat IYG yang juga merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Turki,Ahmed Davutoglu
















Friday, May 1, 2015

Ulasan buku 'Politik untuk Kemanusiaan''



Ulasan buku ''Politik untuk Kemanusiaan:Mainstream baru Gerakan Politik Indonesia'' tulisan Tamsil Linrung

oleh

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad
wasiferdogan@gmail.com
FB: wasif wan

Saya mendapat buku ini hadiah daripada penulisnya sendiri iaitu Pak Tamsil Linrung ketika kunjungan saya dan rakan-rakan ‘Jaringan Anak Muda’ dan ‘Asean YouthPrenuer Community’ ke sekolah antarabangsa seliaan beliau,Insan Cendekia Madani di Tangerang,Indonesia.

Ketika berbicara panjang bersama beliau,beliau banyak menekankan aspek pendidikan , pembentukan karakter pelajar dan soal kemanusiaan .Walaupun beliau berpengalaman luas  dalam kancah politik(pernah bersama Partai Amanat Nasional(PAN),Partai Keadilan Sejahtera(PKS),pernah bertanding pemilihan WaliKota Makassar dan banyak lagi),beliau tetap memberi fokus utama kepada pendidikan dan perjuangan kemanusiaan dan kewujudan sekolah antarabangsa berasrama penuh, Insan Cendekia Madani ini menjadi bukti betapa serius beliau dalam soal pendidikan dan kemanusiaan.
\
Buku tulisan beliau ini ‘Politik untuk Kemanusiaan:Mainstream baru Gerakan Politik Indonesia’ juga membicarakan persoalan kemanusiaan dan seperti yang diungkapkan beliau dalam Pengantar Penulis :-‘Politik sering dianggap sebagai satu medan aktualisasi sehingga ia kerap hadir tanpa substansi’ dan oleh kerana itulah beliau menekankan aspek ‘substansi’ ini.

Walaupun ramai yang beranggapan ‘politik itu kotor’ dan usaha gerak kerja  kemanusiaan tidak mampu digarap menerusi wadah politik namun beliau tetap mengatakan bahawa:‘Masih ada politisi langka yang tulus bekerja untuk rakyat.Tidak melulu politik itu kotor’

Namun beliau mengharapkan sebuah gerakan itu perlu meletakkan keutamaan terhadap permasalah politik umat dan menurut beliau ‘..sebuah gerakan atau organisasi harus menjadikan perhatian terhadap permasalahan politik umat sebagai prioritas utama agenda kerja mereka’

Saya tertarik apabila membaca buku ini dalam Bagian 1-Purifikasi Politik dan dalam bahagian Pengantarnya,Pak Tamsil membawa catatan Ibnu Batutah dalam karyanya ‘Tuhfah an Nuzhar fi Gharaibil Amshar wa ‘Ajaibil Asfar’@‘ Hadiah berharga dari pengalaman menyaksikan negeri-negeri asing dan menjalani perjalanan-perjalanan ajaib’ yang mencatatkan kisah  kerajaan Samudera-Pasai dan bagaimana kehidupan Sultan Malik Azh-Zhahir yang digambarkan misalnya duduk diantara ribuan jamaah masjid-rakyatnya dan berpakaian serba putih serta tiada tempat khusus bagi Sultan tersebut dan Ibnu Batutah mencatatkan bahawa:‘Rupanya kebiasaan di Kerajaan Samudera-Pasai kala itu,di masjid di hadapan Allah swt,penguasa dan rakyat tiada berbeda’

Mengulas perkara ini Pak Tamsil mengatakan:

‘Kekuasaan menjadi tidak superior ditangannya bahkan beliau tak segan berbaur dengan masyarakatnya di masjid jami’-tanpa tempat khusus,dan bahkan menggunakan pakaian yang sama seperti rakyatnya.Sultan memahami bahwa manusia di hadapan Allah Yang Maha Kuasa adalah sama.Menakjubkan,pemimpin tertinggi yang sebenarnya memiliki kekuasaan absolute di dalam sistem kerajaan,menanggalkan kekuasaannya dan dengan penuh kesadaran menghamparkan sajadah kesetaraan dihadapan Allah s.w.t.’

Kata beliau lagi :‘Kekuasaan hanya alat untuk mewujudkan kedamaian,keselarasan,harmoni dan kesejahteraan bagi rakyatnya’

Pak Tamsil cuba menjelaskan bagaimana kedudukan sultan atau pemimpin dengan rakyat yang seolah-olah tidak mempunyai jurang perbezaan dan memiliki hubungan erat serta tidak wujud kasta yang menghalang usaha perjuangan kesetaraan antara sesama manusia.

Pemimpin tidak menggunakan jawatan atau kekuasaan yang dimilikinya untuk membeza-bezakan darjat rakyat seolah-olah mereka lebih mulia daripada rakyat dan kuasa yang dimilikinya bukan untuk digunakan untuk meraih kekayaan peribadi atau mengaut keuntungan hasil kekayaan negara sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya demi memperjuangkan nasib rakyat.  

Pak Tamsil juga membawa kisah Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa berkhidmat kepada umat keseluruhannya dan menurut beliau :-‘Umar bin Abdul Aziz sangat menyadari bawah memimpin berarti berkhidmat kepada umat.Beliau memperlihatkan totalitas pengabdian dan pelayanan yang sama sekali jauh dari tendensi pribadi.Mengesampingkan kebutuhan keluarga demi umat yang dipimpinnya’

Dalam buku ini juga Pak Tamsil menyelar sikap sesetengah pemimpin yang seolah-olah berlakon di hadapan rakyat dan berpura-pura mengambil berat soal kebajikan rakyat walaupun ia hanyalah satu ‘pencitraan’ atau dibuat-dibuat semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Mengulas perkara ini Pak Tamsil mengatakan :-

‘Kepemimpinan adalah karakter.Bukan pencitraan.Betapa banyak orang yang kita saksikan tersiksa karena mencoba mengkhianati orisinalitasnya dengan mencoba ‘meminjam’ wajah yang bukan miliknya untuk sekadar melakukan downing grade agar ia-terlihat-membumi bersama pemilik kedaulatan demokrasi:rakyat’

Pak Tamsil juga mengupas persoalan misi kepemimpinan manusia dan menyentuh persoalan kebebasan manusia dalam melakukan sesuatu di atas bumi ini.Menurut beliau:-

‘Misi kepemimpinan manusia untuk memakmurkan bumi,menebar kasih sayang,mewujudkan kesejahteraan,dan menciptakan keteraturan sehingga terjalin sinergi dan harmoni yang menghindarkan manusia dari berbagai mudharat,harus beriringan dengan pemahaman bahwa manusia tidak boleh bertindak sebebas-bebasnya di muka bumi ini’

Dalam mewujudkan ‘politik untuk kemanusiaan’ ini,Pak Tamsil memberi penekanan terhadap para pemimpin dan bagaimana kuasa yang ada pada mereka dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.Krisis kepimpinan yang berlaku di seluruh dunia kini banyak memberi mudarat kepada rakyat dan rakyat menjadi mangsa kerakusan sesetengah pemimpin yang mahu mempertahankan kedudukan atau mengejar kekuasaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak menguntungkan rakyat.

Jarang kita mendengar orang mengatakan berkenaan usaha memperbaiki bangsa dengan dimulai dengan memperbaiki parti politik.Parti politik samada parti pemerintah mahupun parti pembangkang pula sering membahaskan persoalan memperbaiki negara sehingga kadangkala lupa membahaskan berkenaan usaha memperbaiki parti politik itu sendiri.

Dan parti politik juga sering dilihat hanya mewakili kepentingan kelompok tertentu dan tidak lagi dilihat mewakili kepentingan rakyat keseluruhannya.Peranan parti politik harus diperluaskan lagi dalam membawa kehendak dan aspirasi rakyat dan bukan lagi dilihat sekadar mengejar undi,kerusi dan kekuasaan semata-mata.

Demikianlah tanggapan saya ketika membaca tulisan bertajuk ‘ Menyegarkan perspektif politik’ dalam buku ini.Pak Tamsil dalam tulisan tersebut mengatakan:-

‘Tidak berlebihan jika ada upaya besar memperbaiki bangsa ini dengan memulainya dari perbaikan parpol.Kita mesti menyelamatkan parpol sebagai sarana komunikasi politik dan articulator kepentingan rakyat agar tidak tersandera oleh kepentingan kelompok.Parpol sebagai wadah untuk mentransmisi kehendak rakyat atau konstituen harus terus didorong agar mampu berperan secara fungsional ,bukan terjebak dibawah ketiak kekuasaan.

Parti politik menurut beliau juga ‘.. mesti hadir sebagai universitas kepemimpinan yang melahirkan anak-anak muda progresif dan orang-orang tua bijaksana dalam mendorong kepemimpinan holistik’

Dalam tulisan bertajuk ‘Penguatan dimensi moral’ pula beliau menjelaskan bagaimana seorang pemimpin itu perlu untuk menunaikan kepentingan rakyat,mendengar keluh kesah serta memberi solusi penyelesaian terhadap masalah rakyat ,turun ke bawah ke lapangan untuk menyelami permasalahan rakyat dan bukan hanya di hadapan kamera sahaja.Kata beliau mengambil contoh kisah kepimpinan Umar :-

‘Setiap pemimpin yang ditunjuk oleh Umar harus selalu membuka pintu rumahnya,bukan untuk mengajak berdialog dalam rangka meredam daya kritis mereka,melainkan untuk menunaikan kepentingan rakyat,mendengar keluh dan kesah serta memberi solusi.Kondisi berbeda jamak ditampilkan para pemimpin kita di era yang mendewa-dewakan pencitraan.Nyaris tidak ada pemimpin yang berani turun ke bawah seperti Umar untuk menyelesaikan rakyat dari belitan masalah.Gaya blusukan pemimpin saat ini lebih dipendari oleh gemilau kamera yang memoles citra hingga tiba dihadapan publik dengan rupa sempurna’

Dalam tulisan ini juga beliau membicarakan berkenaan politik dalam Islam dan bagi pandangan beliau :

‘Politik dalam Islam bukanlah rimba belantara yang memberi kebebasan bagi yang diamanahi kuasa untuk bertindak membabi-buta.Bukan medan pertarungan yang kuat menghardik yang lemah.Juga bukan untuk menghidupkan under estimate anak muda atas orang-orang tua.Sebaliknya,politik dalam Islam berkelindan menjadi sebuah rangkaian cinta yang menguatkan.Pesona keindahan sinergi ini memancar dari team work yang kuat dan mampu melahirkan prestasi gemilang’

Dalam tulisan bertajuk ‘Suara adalah amanah’ pula beliau menyelar pengamalan politik wang dan mengatakan:-

‘..biaya politik menjadi lebih mahal.Upaya membawa aspirasi untuk menyejahterakan dengan menempuh kebijakan-kebijakan kalah lebih dini oleh praktik politik uang(money politics)’

Selain politik wang,beliau juga menjelaskan bagaimana wujud parti politik yang menurut beliau ‘‘Mengedepankan politik balas dendam antara berbagai partai,entitas politik,bahkan kadang dilokalisasi menjadi isu suku,agama,ras dan golongan yang mewakili ideologi politiknya masing-masing’ dan sikap ini ternyata tidak menguntungkan rakyat ,dan rakyat terlampau dihidangkan dengan pertelagahan antara parti-parti politik sehingga tenggelam isu sebenar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat apatahlagi  wujud parti politik yang mengeksploitasi isu kaum dan agama demi kepentingan politik semata-mata.
 
Pak Tamsil juga menyokong penuh penglibatan masyarakat dalam pelbagai dasar awam dan bagi beliau ini dapat membawa ke arah kewujudan ‘good governance’ dan ‘clean government’ .Dalam tulisan beliau bertajuk ‘Keluar dari mainstream’ beliau menyatakan:-

‘Keterlibatan masyarakat dalam berbagai kebijakan publik ,secara sinergis akan mendorong lahirnya pemerintahan yang baik(good governance) dan pemerintahan yang bersih(clean government) yang bercirikan efisiensi manajemen,akuntabilitas,tersedianya infrastruktur hukum,juga adanya sistem informasi yang menjamin akses masyarakat terhadap informasi yang berisi kebijakan pemerintah’

Pada masa yang sama beliau juga menekankan aspek pembangunan manusia  khususnya dalam kalangan generasi muda dan mengambil berat tentang sistem pendidikan yang dilihat tidak mampu mengintegrasi antara kemahiran dan kecerdasan intelektual,emosi dan spiritual.Mengulas perkara ini beliau menyatakan juga:- 

‘Untuk jangka panjang,tantangan pembangunan kita yang juga harus mendapat perhatian sangat serius adalah pembangunan manusia.Sebab,manusia adalah variable utama yang menentukan masa depan bangsa ini.Manusia adalah actor yang bakal membentuk wajah Indonesia di masa depan.Mau menjadi apa bangsa ini,maka lihatlah seberapa besar perhatian pemerintah terhadap generasi muda’

‘Ada kegagalan dalam dunia pendidikan kita yang tidak mampu mengintegrasi antara skill dengan kecerdasan intelektual,emosional dan spiritual para alumninya’