Tuesday, September 20, 2016

Kembara di Jakarta-Bandung

7 Ogos 2016(bermalam di KIia 2 sambil menonton acara Sukan Olimpik sambil membaca pelbagai buku hasil dapatan di acara World Islamic Economy Forum di Jakarta dan acara Peacetival di Bandung sambil berkenalan dengan para pengembara seluruh dunia sambil menulis.....)
Selamat tiba di tanah air(bunyi macam dah lama duduk di luar negara) selepas kembara yang menginpirasikan sekitar Jakarta-Bandung.
Bermula dari penangguhan pesawat Lion Air hampir 4 jam di KLIA yang menyebabkan saya tidak dapat mengikuti acara Global Entrepreneurship Community(walaupun saya mengundang sekitar 30 orang/lebih rakan-rakan di Jakarta yang hadir ke acara ini dan menanti mencari saya seperti Pokemon Go),berkenalan dengan Wan Zaleha Radzi(selebriti-pengacara yang sama-sama sertai WIEF),rombongan belia Melaka yang akan mengikuti acara anjuran UNESCO,pelancong Oman yang mengajak saya kembara ke Oman pula dan ramai lagi sementara menanti penerbangan di KLIA),mengikuti acara World Islamic Economy Forum yang dihadiri PM Najib,Presiden Jokowi,Ahok,Ibu Sri Mulyani,Tun Musa Hitam dll atas nama Jaringan Anak Muda bersama Anna Maria bos baru di World Halal Development(Whad),Italy dan rakan seperjuangan Ahmad Zahir,pertemuan bersama Dr Afifi Al Akiti,Ilham BJ Habibie ,berkenalan dengan selebriti terkenal Indonesia,Ayu Azhari dan anaknya yang sama-sama lepak di lobi hotel,rakan kepada rakan di Fb dari Afrika Roshan Isaac,rakan di acara Interfaith Summit Bali Dewi Anggeraini,rakan di acara seminar Fethullah Gulen di Turki Zulfahmi,rakan Acheh Irad Narukaya,2 ibu angkat Cina Kristian Indonesia Ibu Linda dan Ibu Maya,rakan Indonesia yang berkenalan dalam pesawat sejak 5_6 tahun lalu Lisa,rakan dalam group whatsapp untuk acara Global Entrepreneurship Community,2 rakan baru Kyrgstan pencipta apps dan rakan-rakan baru di World Islamic Economy Forum),mengikuti program bersama wakil Presiden Indonesia,Jusuf Kalla,Prof Dr Din Syamsuddin,ke Bandung mengikuti acara makan malam peserta Peacetival ,Asia Pacific Youth Conference dan acara Peactival(menyertai Gerakan Islam Cinta secara rasmi,sesi Talk the Peace bersembang lama dengan Ali Fauzi(pakar pembuat bom JI,pengkader pembuat bom JI ,adik beradik Ali Ghufron,Ali Imron,Amrozi yang terlibat dalam siri letupan bom-bang Feby mangsa bom JW Marriot) dan pra pelancaran Peace Generation Malaysia (sempena Bandung Youth Festival)dan terserempak dengan Walikota Bandung Pak Ridwan Kamil di perkarangan kediamannya(beliau menaiki basikal dengan pakaian lengkap bersongkok ala Sukarno),bermalam di rumah 2 pengasas Peace Generation,Irfan Amalee dan Eric Lincoln, dan sebagainya yang meninggalkan kenangan indah dalam kembara kali ini.

Nasihat Dato Jaafar Rahim kepada Jaringan Anak Muda

9 Ogos 2016,Kediaman Dato Jaafar Rahim,Ampang Jaya
Habis kelas Bahasa Sepanyol kami ke kediaman Dato Jaafar Rahim,penasihat Jaringan Anak Muda yang sentiasa mengikuti perkembangan kami termasuk di acara di Indonesia baru-baru ini.
Perkembangan Jaringan Anak Muda (yang pada awalnya hanyalah sekumpulan kecil anak muda yang berkongsi minat yang sama mengikuti pelbagai acara-kembara-seminar-kesukarelawanan-acara belia sebelum dicipta kumpulan Facebook:Jaringan Anak Muda yang menjadi tempat kami merancang-berkongsi idea dan siri pertemuan di pelbagai restoran,siri diskusi-bedah buku dan sesi retreat JAM dimana kami sekitar 7 orang berkampung untuk merancang beberapa agenda dalam keadaan kewangan terbatas dan sebagainya hinggalah menganjurkan beberapa program anak muda(motivasi pelajar,futsal dll),menjual buku-pakaian dll sebelum masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing(walaupun masih berhubung melalui Facebook dan Whatsapp) dan akibat pelbagai kekangan kami sekadar mengikuti acara anjuran pelbagai pihak namun ia masih bertahan bahkan yang terbaru Peace Generation di Bandung Indonesia(pimpinan Irfan Amalee) mengamanahkan Jaringan Anak Muda untuk membuka cawangan Peace Generation di Malaysia.
Dato Jaafar Rahim meminta kami agar merancang halatuju dengan lebih baik (walaupun dalam kekangan kewangan khususnya) dan beliau akan sentiasa menyokong usaha kami .Kata beliau kami harus sentiasa berfikiran besar ,memiliki agenda besar ,merancang dengan lebih teratur termasuk visi-misi-falsafah pergerakannya dan apa yang telah Jaringan Anak Muda lakukan harus diketahui oleh pihak media dan anak-anak muda memandangkan ia sesuatu yang unik dan baik .Bagi beliau yang mengikuti perjalanan Jaringan Anak Muda,tema utama Jaringan Anak Muda ini ialah ILMU dan biar orang mengenalinya sebagai satu gerakan ilmu yang digerakkan oleh anak muda/berjiwa muda(walaupun dalam kelompok kecil)
Dato Jaafar Rahim yang mengikuti siri kembara kami juga dan sentiasa mengingatkan kami agar sentiasa menulis catatan kembara(termasuk menulis dan menghasilkan buku sendiri) juga mengharapkan segala catatan kami (yang banyak tersimpan didalam blog) disiarkan dan direkodkan-didokumentasikan juga sejarah/koleksi perjalanan kembara Jaringan Anak Muda sejak penubuhannya dahulu.

WIEF

Pasca program itu jauh lebih berat bebannya berbanding sebelum/ketika program jika kita benar-benar serius untuk mencapai target penyertaan kita ke sesuatu program.
Kali pertama mengetahui WIEF melalui sifu jaringan saya,Nurudin yang meminta saya menyertai WIEF sebagai LO(tetapi saya tidak sempat mengikutinya),dan kali pertama mengikuti WIEF di Kuala Lumpur tahun lalu sebagai delegasi sebelum minit-minit akhir dapat mengikuti WIEF di Jakarta tempoh hari daftar atas nama Jaringan Anak Muda.
Tun Musa Hitam memberi perhatian penuh kepada anak muda untuk menyertai WIEF ini dan menubuhkan WIEF Young Leaders Network selain menyediakan slot acara MOCAFEST.
Program besar bersifat antarabangsa seperti ini menjadi fokus @jaringan anak muda sebagai pendedahan awal untuk pengantarabangsaan anak muda sejak awal-awal lagi.

WIEF ada World Islamic Economy Forum,ada WIEF Businesswomen Network,(WIEF Regional Online Marketing Workshop,WBN Mentorship Programme,WIEF Businesswomen Forum dll),WIEF Young Leaders Network(WIEF Idealab,WIEF Young Fellows,WIEF Internship Programme,WIEF Marketplace of Creative Arts Festival,dll),WIEF Education Trust( WIEF Graduates Entrepreneurship Training,WIEF Social Entrepreneurship Challenge dll), .....

Peace Gen Malaysia

11-12 Ogos 2016,Ampang Point(11.10 malam -1 pagi)
Bersama #jaringananakmuda Effendy Zulkifly (AYPC)Albark Yunus Bat(Peace Gen Malaysia)Ahmad Zahir (WHAD)dan tetamu istimewa Datuk Jaafar Abdul Rahim membincangkan projek terbaru kami hasil kembara di Bandung tempoh hari.

Mesyuarat awal penaja penubuhan Peace Generation di Malaysia selepas mendapat amanah daripada pengasas Peace Generation di Bandung ,Irfan Amalee dan Eric Lincoln baru-baru ini.

Antara usaha negara Malaysia menangani ancaman keganasan ialah melalui penubuhan Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015 (SMATA), Global Movement of Moderates (GMM), Regional Digital Counter-Messaging Communications Centre,
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 serta kerjasama dengan Interpol dan juga kini sebagai Presiden United Nations Security Council disamping mengembangkan modul ‘Integrated Deradicalisation Module for Detainees' .
Di peringkat anak muda Malaysia yang menjadi sasaran utama indoktrinasi fahaman ekstrimis ,kami cuba menyahut usaha menangani keganasan dengan bekerjasama dengan rakan-rakan kami di Indonesia melalui Peace Generation.

'Hizmet'

Disini kami dilatih untuk sentiasa berkhidmat kepada orang lain,rajin membaca buku ,mengembara bersama mereka,fokus kepada gerakan pendidikan,semangat persaudaraan-persahabatan-kekeluargaan,memiliki misi dan falsafah hidup yang jelas,merancang program jangka panjang dan pemikiran strategik .......

Monday, September 19, 2016

melawan kelompok radikal ekstrimis

Respon dari kalangan yang hadir mereka mahu lebih ramai anak muda terlibat dalam pelbagai acara khususnya bagi melawan kelompok radikal ekstrimis dan menangani isu-isu keganasan dan memperjuangkan keamanan sejagat.
Isu keamanan merupakan isu universal yang perlu diperjuangkan bersama dan jaringan yang lebih luas antara para pendokong keamanan perlu dibuat demi menewaskan jaringan kelompok pro keganasan yang telah berjaya mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga membuatkan mereka terperangkap dan tertipu dengan perjuangan palsu.

bersama 2 orang penulis buku 'Blue Ocean Strategy' , W. Chan Kim dan Renée Mauborgne .

16 Ogos 2016,Putrajaya International Convention Centre

Salah seorang yang bertuah bersama Effendy Zulkifly Smile Zuan kerana dapat menghadiri acara International Conference on Blue Ocean Strategy yang menampilkan penulis buku 'Blue Ocean Strategy' iaitu W. Chan Kim dan Renée Mauborgne di Putrajaya International Convention Center(PICC).
Mereke berdua merupakan Fellow kepada World Economic Forum di Davos dan memimpin INSEAD Blue Ocean Strategy Institute.
Buku Blue Ocean Strategy yang diterbitkan oleh Harvard Business Review sejak tahun 2005 menjadi rujukan Perdana Menteri dalam merangka dasar pentadbiran-perkhidmatan awam negara.
Acara dihadiri oleh PM,TPM,Panglima ATM,Ketua Polis Negara,SU Komanwel,SU OIC,KSN dan ramai lagi.
Turut diadakan ialah pameran booth kementerian-agensi kerajaan dan projek-projek negara seperti UTC,RTC,IM4U,MAGIC dan banyak lagi,

Di acara International Conference on Blue Ocean Strategy ,saya dan rakan-rakan berpeluang untuk mendengar syarahan,beramah mesra,bergambar bersama 2 orang penulis buku 'Blue Ocean Strategy' iaitu W. Chan Kim dan Renée Mauborgne .
Mereke berdua merupakan Fellow kepada World Economic Forum di Davos dan memimpin INSEAD Blue Ocean Strategy Institute.
Buku Blue Ocean Strategy yang diterbitkan oleh Harvard Business Review sejak tahun 2005 menjadi rujukan Perdana Menteri dalam merangka dasar pentadbiran-perkhidmatan awam negara.

bengkel latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya

Bengkel kepimpinan anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants

Bengkel kepimpinan untuk anak muda Rohingya dianjurkan oleh teman-teman saya @asean young public servants pimpinan Regine GuevaraMarikris D. De Guzman dan rakan-rakan.
Adli Zakuan /hasan geliga turut menjadi panel bengkel.
Para peserta didedahkan tentang isu pelarian,kebajikan,hak asasi manusia,kepimpinan,advokasi media-digital,anti perhambaan moden.
Pembentang dari Palestin berkongsi tentang advokasi media dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyeru mereka yang membawa isu Rohingya juga agar lebih lantang bersuara memperjuangkan hak-hak mereka.Para pejuang isu Rohingya juga boleh mempelajari pengalaman pejuang anti apartheid di Afrika khususnya dalam menarik perhatian dan sokongan dunia antarabangsa.
Hak minoriti dan kelompok tertindas seperti Rohingya perlu diberi perhatian oleh media global dan disana perlu ada strategi advokasi media yang lebih sistematik dalam membangkitkan kesedaran masyarakat.
"Rohingya people: the most persecuted refugees in the world"

Dalam sesi kumpulan kecil bersama para peserta,mereka menceritakan penderitaan yang mereka pernah alami seperti dinafikan pelbagai hak seperti pendidikan,perkerjaan,melarikan diri dari ancaman terhadap keselamatan diri dengan menaiki bot yang padat muatan hingga ada yang kesakitan,sukar bernafas dan meninggal dunia dalam perjalanan melarikan diri ke luar negara.Bot terlampau padat dengan pelarian,sukar untuk duduk selesa,sukar tidur dan ancaman petir,ombak lautan dan waktu malam gelap gelita tanpa makanan minuman yang mencukupi.



Hari kedua/terakhir bengkel kepimpinan untuk anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants.
Hari ini mereka diajar tentang fotografi,advokasi media,kempen,soal pengurusan organisasi dan perancangan pelan tindakan program untuk anak muda Rohingya.




Penggerak utama acara bengkel latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya(14-15 Ogos 2016) di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras tempoh hari(bengkel 2 hari),3 anak muda Filipina Regine Guevara Marikris D. De Guzman Joey Dela Cruz .
Dari Filipina mereka datang menganjurkan acara di Kuala Lumpur untuk anak muda Rohingya dan mereka berkerjasama dengan beberapa organisasi/NGO di Malaysia serta melibatkan juga anak muda Malaysia dalam acara ini.
Mereka yang mengatur konsep bengkelnya,menulis surat/menghubungi pelbagai organisasi,mencari peserta,dana/tajaan sendiri ,dan bersusah payah datang ke Kuala Lumpur berkampung bersama anak muda Rohingya.
Dulu Cikgu Azmi kain pelikat anjur demonstrasi bantahan kepada kerajaan Myanmar dan tanda sokongan kepada Rohingya,mengutip dana membantu Rohingya .Tun Dr Mahathir Mohamad pula menganjurkan seminar antarabangsa isu Rohingya .
Dan 3 anak muda Filipina ini pula menganjurkan bengkel yang mengajar tentang isu hak asasi,hak imigren,advokasi media,membuat kempen-banner-fotografi,latihan kepimpinan untuk anak muda Rohingya.

Perkongsian pembentangan modul Peace Generation

16 Ogos 2016,Sungai Tangkas
Perkongsian pembentangan modul Peace Generation oleh Albark Yunus Batyang telah mengikuti penuh kem latihan modul keamanan untuk guru-fasilitator anjuran Peace Generation di Bandung,Indonesia.
Tayangan video ucapan kelompok ekstrimis untuk mengetahui corak pemikiran mereka dan disusuli dengan tayangan video kelompok pro keamanan seperti Peace Generation di Bandung.
Kehadiran tetamu istimewa kami,Nuruddin sifu utama jaringan kami yang baru pulang dari kembara ilmu di Madinah,Brunei dan Amerika Syarikat (sekitar 3-4 tahun).
Tamat acara International Conference on Blue Ocean Strategy di Putrajaya yang sama-sama kami ikuti,kami teruskan pula dengan sesi perkongsian modul ini.
Kami mendapat persetujuan Irfan Amalee dan Eric Lincoln pengasas Peace Generation untuk menubuhkan cawangan Peace Generation di Malaysia.
Effendy Zulkifly juga berkongsi pengalaman dan kisah anak muda Malaysia yang cuba direkrut untuk mengikuti misi perang di luar negara dan ancaman fahaman ekstrimis dalam kalangan anak muda Malaysia.
Peace Generation Malaysia pimpinan Albark nanti akan memperkembangkan lagi modul pendidikan keamanan Peace Generation dan merangka siri latihan dengan fokus utama kepada anak muda.
Ancaman fahaman ekstrimis dalam kalangan anak muda Malaysia perlu diberi perhatian serius dan isu keganasan ini merupakan isu besar yang jika tidak ditangani sejak awal lagi akan mengancam keselamatan kita sendiri.Dan melawan fahaman ekstrimis perlulah secara sistematik,berstrategi dan penuh hikmah.

Hidup mesti bergerak pantas

Hidup mesti bergerak pantas.Kadangkala orang lain tidak mampu mengejar kita yang jauh lebih pantas dan kita tidak boleh mengikut rentak orang yang jauh lebih lambat daripada kita sebaliknya kita yang harus tetap lebih pantas dan biarkan orang yang lambat itu mengejar kita.

Bersama Dr Gamal Albinsaid,pengasas Klinik Asuransi Sampah

18 Ogos 2016,Saloma Bistro-MATIC
Di acara Asia Student Summit di Kuala Lumpur bersama rakan kami ,Dr Gamal Albinsaid(baru berusia 26 tahun) dari Indonesia (berkenalan pertama kali sewaktu 1 ASEAN Entrepreneurship Summit 2015)yang merupakan pengasas Klinik Asuransi Sampah,usahawan sosial berjaya yang menerima penghargaan The Prince of Wales Young Sustainability Entrepreneur dari Putera Charles atas idea kreatifnya menubuhkan Klinik Asuransi Sampah di Kota Malang.Beliau datang ke Kuala Lumpur untuk hadir ke acara International Conference on Blue Ocean Strategy sebagai salah seorang pembentangnya.Beliau pernah menerima anugerah Ashoka YoungChangeMaker 2012, Finalis Tabriz International Medical Science Congress di Iran,Finalis International Student Medical Congress Kosice di Slovakia dan pelbagai lagi anugerah.
Klinik Asuransi Sampah menyelesaikan 3 masalah utama seperti isu ekonomi,sampah dan soal kesihatan dimana ia membantu kelompok miskin yang tidak mampu membiayai kos rawatan kesihatan dengan sistem pembayaran sampah .
Bayar guna sampah?Ya,mereka yang tidak berkemampuan boleh membayar kos rawatan perubatan menggunakan sampah kering seperti botol plastik, kertas dan sebagainya dan dengan "sampah" itu menggunakan sistem pengurusan sampah-sisa pepejal ia dikitar semula hingga mampu menjana kewangan.Ia memiliki sistem dan modul perniagaan yang tersendiri yang berupaya menghasilkan keuntungan dan keuntungannya juga disumbang kembali kepada masyarakat.

Bersama Don Tapscott

Kenangan bersama Don Tapscott beberapa tahun yang lalu.
"Don is one of the world’s leading authorities on innovation, media, and the economic and social impact of technology and advises business and government leaders around the world. In 2013, Thinkers50 ranked Don fourth among the world’s most influential management thinkers and was awarded the Global Solutions Award for launching and leading the Global Solution Networks program based at the Rotman School of Management, University of Toronto.
He has authored or co-authored 15 widely read books including the 1992 best seller Paradigm Shift. His 1995 hit The Digital Economy changed thinking around the world about the transformational nature of the Internet and two years later he defined the Net Generation and the “digital divide” in Growing Up Digital. His 2000 work, Digital Capital, introduced seminal ideas like “the business web” and was described by BusinessWeek as “pure enlightenment.” Wikinomics: How Mass Collaboration Changes Everything was the best selling management book in 2007 and translated into over 25 languages"

Bersama Her Excellency Victoria Treadellt, British High Commissioner ke Malaysia



Di acara International Conference on Blue Ocean Strategy di Picc,Putrajaya tempoh hari kami terserempak dengan Her Excellency
Victoria Treadellt, British High Commissioner ke Malaysia ,bekas British High Commissioner ke New Zealand dan Samoa serta pernah sebagai Gabenor Pitcairn Islands.
Dalam satu acara sebelum ini kami pernah berjumpa dan beliau sempat memberitahu stafnya "Saya lahir di negara dia dan dia lahir di negara saya" :) ."Ipoh Mali !" .Beliau lahir di Ipoh,Perak.

Saya dan @effendy zulkifly memberitahu beliau perkembangan terbaru projek kami khususnya berkenaan Peace Generation dan beliau dengan respon positif juga kritisnya bertanya kepada kami bagaimana kami mahu menangani ancaman keganasan-pemikiran ekstrimis dalam kalangan anak muda dan apa strategi-modul yang digunapakai nanti?Selepas menerangkan sedikit latar belakang Peace Generation dan modul yang dirangka rakan kami pengasas Peace Generation,Irfan Amalee dan Eric Lincoln(keturunan Abraham Lincoln) di Bandung,beliau lantas mengatakan sangat berminat mengetahuinya lebih lanjut dan sambil memberi kad nama beliau,beliau berpesan agar kami menghubungi dan berjumpa dengan beliau nanti.
Notakakikubukankakimu:Bina hubungan baik dengan duta-duta/kedutaan

mesyuarat projek pendidikan Malaysia -Indonesia-Kemboja



21 Ogos 2016,NU Sentral
Jadi jurugambar,penterjemah perbedaan istilah Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia,pencatat isi penting mesyuarat,penghabis makanan-minuman orang-orang tua yang makan minum sedikit dll untuk mesyuarat projek pendidikan Malaysia -Indonesia-Kemboja :)
Tetamu dari Indonesia dari Universitas Muhammadiyah Surabaya-Malang-dll termasuk Rektor-profesornya ingin menghantar mahasiswa jurusan pendidikan mereka untuk praktikal pendidikan di Kemboja dan mereka berkerjasama dengan Prof Md Zin ,pakar kajian Champ -Kemboja melalui yayasan pendidikannya(projek pendidikan yayasan)
Dari Indonesia mereka mengadakan lawatan ke Thailand dan mereka tiba di Kuala Lumpur tengahari tadi dan akan pulang ke Indonesia esok pagi.Di imigresen,mereka ditanya kenapa sebentar sahaja di Kuala Lumpur dan jawab mereka "singgah sebentar makan di Kuala Lumpur,pak" :)
Mesyuarat membincangkan kerjasama untuk menempatkan para guru Indonesia di Kemboja,peluang biasiswa pendidikan Malaysia-Indonesia,kemahiran keusahawanan mahasiswa,membantu kelompok miskin Kemboja pelbagai kaum-pelbagai agama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti,pemberdayaan masyarakat melalui pertanian serta masa depan anak-anak mahasiswa Indonesia-Malaysia-Kemboja.
Wahai anak murid -mahasiswa,hargailah usaha mulia para gurumu yang sentiasa merancang projek pendidikan demi masa depanmu tanpa engkau ketahuinya dan kadangkala engkau menaruh kebencian kepada mereka tanpa engkau sedari mereka sentiasa mencintaimu.
Notakakikubukankakimu:NU Sentral bukan milik NU di Indonesia :)

Bersama Prof. Dr. Azirah Hashim (Pengarah ,Asia Europe Institute,Universiti Malaya)



20 Ogos 2016,Asia Europe Institute,Universiti Malaya
Lobi awal projek terbaru kami kepada Prof. Dr. Azirah Hashim (Pengarah ,Asia Europe Institute,Universiti Malaya).Beliau berminat dengan modul keamanan yang dirangka oleh Peace Generation pimpinan Irfan Amalee dan Eric Lincoln ini.AEI pimpinan beliau menganjurkan pelbagai acara seperti Asean Korea Young Scholar Workshop dan Asia Europe Institute-ASEM Summer Camp baru-baru ini dan beliau sedang merangka pelbagai acara akan datang.


Kami mencadangkan kepada beliau penganjuran acara bertemakan pengajian keamanan untuk anak muda Asia-Eropah.Prof Dr Azirah juga memberitahu kami bahawa di AEI juga terdapat kajian berkaitan isu keganasan antarabangsa .Mengikut beliau sewaktu sesi penggulungan AEI ASEM Summer Camp semalam beliau mahu melibatkan lebih ramai lagi peserta untuk mengikuti acara anjuran AEI dan kami menawarkan bantuan untuk mendapatkan para peserta dari pelbagai negara khususnya anak muda dari jaringan kami di negara ASEAN,Turki dan dunia Arab.
Kadang kala penganjur kurang mengetahui bagaimana mahu mempromosi lebih aktif dan mendapatkan peserta dari pelbagai negara untuk acara yang mereka anjurkan dan itulah "kemahiran" kami yang kami boleh tawarkan dan kongsikan.

Bersama Tun Dr Siti Hasmah

24 Ogos 2016,Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya


Selepas @saufi jelani bersembang dengan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Dr Siti Hasmah,giliran saya pula untuk bersembang dengan Tun Siti Hasmah.Kami memberitahu beliau tentang kajian bukan akademik,pembacaan kami berkenaan pemikiran Tun Dr Mahathir dan siri program syarahan Tun Dr Mahathir yang kami ikuti sejak 4-5 tahun ini termasuk seminar bertemakan anti perang,Mahathir Global Peace,dan program Perdana Global Peace Foundation pimpinan Tun Dr Mahathir.Kami memberitahu Tun Siti Hasmah juga berkenaan kerjasama kami dengan rakan-rakan kami di Bandung,Indonesia melalui Peace Generation pimpinan Irfan Amalee yang juga pernah menjadi penceramah dalam Mahathir Global Peace.
Saya memberitahu beliau juga bagaimana buku-buku di perpustakaan Yayasan Kepimpinan Perdana (milik Tun Dr Mahathir dan yayasan) yang banyak membantu kami memahami pemikiran Tun Dr Mahathir.Tun Siti Hasmah menasihatkan kami agar lebih kerap berkunjung ke perpustakaan ini dan berkerjasama dengan Yayasan Kepimpinan Perdana yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang berminat untuk mengkaji berkenaan kepimpinanan kesemua Perdana Menteri Malaysia.

Bersama Tan Sri Sanusi Junid.

4 Ogos 2016,Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya
Bersama mantan Menteri Besar Kedah yang terkenal dengan idea "gila" "kreatif""luar kotak" ,Tan Sri Sanusi Junid.
Kami bersembang berkenaan Acheh dimana keluarga Tan Sri yang keturunan Acheh terlibat dalam gerakan di Acheh.Tan Sri juga memberitahu bagaimana peranan kuasa asing yang campur tangan dalam hal dalaman Acheh dan membantu menyalurkan senjata sehingga rakyat Acheh berperang bergaduh sesama sendiri dahulu.Dari isu kemerdekaan Acheh membawa kepada isu perniagaan kedai runcit Acheh dimana saya memberitahu beliau sekitar Kajang-Bangi termasuk Sungai Ramal Dalam kedai runcit disini dikuasai warga Acheh dan Tan Sri memberitahu kami ada kenalan beliau dari Acheh yang juga tinggal sekitar Sungai Ramal Dalam.
Kami memberitahu beliau juga bahawa kami beberapa kali mengikuti acara ADEP Acheh Development di Universiti Malaya.

Kenalan baru geng Nation Building School

24 Ogos 2016,Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya
Kenalan baru geng Nation Building School yang turut hadir acara syarahan Tun Dr Mahathir Mohamad .
Mereka mahu mengetahui hal kepimpinan dan ingin mengetahui bagaimana mereka boleh turut serta ke pelbagai acara kepimpinan di peringkat Asean-Antarabangsa.
Kami mencadangkan mereka sentiasa mengikuti perkembangan acara kepimpinan pemuda di seluruh dunia yang "berlambak" dalam internet,berkongsi pengalaman mengikuti pelbagai acara di Turki,Maghribi,Indonesia,Arab Saudi,Brunei,Singapura dan lain-lain,mencadangkan mereka mengikuti acara Model United Nations,dan menyertai Jaringan Anak Muda untuk maklumat lanjut pelbagai acara.

"maraton program tanpa henti" Jaringan Anak Muda

1-24 Ogos 2016 "maraton program tanpa henti" Jaringan Anak Muda 
Bukan sekadar program,bukan sekadar jaringan....
(1 -4 Ogos)World Islamic Economy Forum,Jakarta,Indonesia
(5-6 Ogos)Bandung Peacetival anjuran Peace Generation,Bandung,Indonesia
(7 Ogos) Mesyuarat bersama Dato Tun Lela Koperasi Pahang di Bandung
(8 Ogos) Mesyuarat susulan WIEF di Kuala Lumpur
(9 Ogos)Peperiksaan kelas Bahasa Sepanyol(Pertengahan) anjuran Kedutaan Venezuela,mesyuarat JAM bersama Dato Jaafar Rahim
(10 Ogos) Mesyuarat bersama Pak Zahir-WHAD Italy-Indonesia
(11 Ogos) Mesyuarat Jaringan Anak Muda-WHAD-AYPC-Peace Generation bersama Dato Jaafar Rahim
(12 Ogos) Perkongsian Peace Generation -Asean YouthPreneur Community anjuran Rotary Club,Kampung Baru,mesyuarat di Malaysian Turkish Dialogue Society(MTDS)
(13 Ogos) Mesyuarat Jam-Peace Generation-AYPC di Bangi
(14 Ogos) Mesyuarat Awqaf New Zealand di Bandar Baru Bangi
(14-15 Ogos)Bengkel kepimpinan anak muda Rohingya anjuran Asean Young Public Servants
(16 Ogos)International Conference on Blue Ocean Strategy,Putrajaya dan bengkel perkongsian modul keamanan Peace Generation Malaysia
(17 Ogos)International Conference Towards A Diamond Era of Asean and China anjuran Institute of China Studies-Kedutaan Republik Rakyat China
(18 Ogos)Asia Student Summit anjuran Indonesia Youth Leader Alliance,Sambutan kemerdekaan Indonesia anjuran Kedutaan Indonesia
(19 Ogos) Sesi dialog bersama.Setiausaha Agung Komanwel,Rt Hon Patricia Scotland anjuran Commonwealth Youth Council
(20 Ogos)2 nd AEI-ASEM Summer School anjuran Asia Europe Institute
(21 Ogos) Mesyuarat bersama rombongan Rektor Universiti Veteran Bangun Nusantara,Universiti Muhammadiyah Malang dan Surabaya-Prof Md Zin Kemboja
(22 Ogos) Ziarah Raja Ahmad Aminullah di IJN,Mesyuarat bersama pegawai Kementerian Belia dan Sukan
(23 Ogos) Seminar Brexit and Malaysia A New Opportunity anjuran MATRADE,MITI dan British High Commision Kuala Lumpur,perjumpaan dengan wakil Universiti Gajah Mada,Yogyakarta-IYRES KBS(bengkel pemuda dan keganasan)
(24 Ogos) Syarahan Perdana oleh Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya,sembang santai bersama Tun Siti Hasmah,Tan Sri Sanusi Junid dan pertemuan bersama pimpinan Nation Building School.

Rujukan pimpinan mahasiswa?

Entahlah .
Rujukan pimpinan mahasiswa kini masih lagi mantan aktivis mahasiswa pro demonstrasi jalanan bukannya mantan
aktivis mahasiswa pro "demonstrasi intelektual"
Mentor mereka masih lagi pimpinan parti politik bukannya seniman -budayawan- intelektual- ahli akademik.
Mereka masih selesa terikat dibawah bumbung dan naungan kelompok parti tertentu berbanding aktivis yang tidak terikat dengan mana mana parti politik :yang bebas mengikuti acara anjuran mana mana parti politik,dan bebas bertemu mana mana pimpinan politik.
Entahlah.
Notakakikubukankakimu:Membebel seorang diri sambil memerhati burung yang terbang bebas MERDEKA !

Pertemuan Belia dan Ilmuwan Muda

Antara yang hadir dan menyampaikan nasihat kepada anak muda sewaktu acara pertemuan Belia dan Ilmuwan Muda semalam ialah :-
-Tan Sri Abu Zahar Ujang (mantan Yang Dipertua Dewan Negara)
-Tan Sri Dato Dr Abdul Aziz Abdur Rahman(mantan Pengarah Urusan-Ketua Pegawai Eksekutif MAS,penasihat Persekutuan dan pegawai Undang Undang MAGERAN(Majlis Gerakan Negara)sewaktu darurat 1969)
-Tan Sri Samshuri bin Arshad (mantan Timbalan Ketua Polis Negara)
-Datuk Dr Mohd Ghazali Md Noor(Pengerusi Alumni Bank Pembangunan Islam(IDB berpusat di Jeddah),Pengarah Perancangan Strategik "IDB 1440 H Vision)
-Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (mantan Pengarah Pendidikan,pimpinan UITM,UPSI,PNB,Sime Derby,Guthrie dll)
Secara umumnya mereka menasihat generasi muda agar:-
-Menyokong kesepakatan dan kerjasama antara para pemimpin dan para ilmuwan
-Mempertahankan institusi penting negara yang sedia ada tanpa menafikan kepentingan menambahbaik apa yang sedia ada
-Sentiasa bersatu padu dan mengelakkan perpecahan sesama sendiri
-Menolak sebarang politik kotor dan percubaan mengubah prinsip yang disepakati dalam pembangunan negara sejak merdeka
-Mendalami soal perlembagaan negara dan menolak apa jua yang mencabuli perlembagaan negara
-Mempelajari soal kepimpinan dan kepengikutan yang baik serta belajar dari sejarah kepimpinan tokoh terdahulu
-Menghayati sejarah kebangkitan dan keruntuhan sesuatu tamadun serta bersedia memimpin dunia global dan membina peradaban
-Merubah sikap diri dan memantapkan jatidiri
Orang muda kena pertimbangkan nasihat-nasihat orang tua ini.Mereka ini sentiasa memikirkan MASA HADAPAN anak cucu mereka .SEJARAH dan MASA LALU jangan sesekali dilupakan.Kita akan ketinggalan MASA KINI dan SEKARANG jika tidak belajar daripada SEJARAH dan tidak memikirkan MASA HADAPAN.
Gabungkan KEBIJAKSANAAN orang tua dan SEMANGAT anak muda.

Malam Merdeka 2016

Dato Lat Kampung Boy
Karya beliau menceritakan kisah sebenar kampung-kampung dan membawa mesej perpaduan antara kaum-agama di Malaysia.

Bersama "The Pocket Rocket Man ",Mohammad Azizul Hasni bin Awang,pemenang pingat Gangsa di Sukan Olimpik 2016,Rio De Janeiro,Brazil
Beliau pernah menduduki ranking pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Sejarah menarik beliau selain meraih pingat Gangsa di Olimpik baru-baru ini ialah bagaimana beliau meneruskan kayuhan walaupun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm sewaktu bertanding acara Keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011 dan beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga!

Chef Wan dan Wasif Wan



Chef Wan dan Wasif Wan :)
Chef Wan yang baru pulang dari China menghadiri satu festival makanan yang menampilkan chef-chef ternama seluruh dunia menceritakan kisah bagaimana orang China memuji beliau sebagai chef terbaik.Bukan sebab apa tetapi sebab menjamu hadirin yang hadir makan masakannya berbanding chef-chef lain.

Kata Chef Wan memang sebagai tukang masak agak susah menyediakan makanan bermula dari mencari bahan-bahan masakan tetapi bagi beliau ,beliau akan seronok menjamu hadirin yang hadir ke acara masakan beliau sepertimana seorang tuan rumah yang akan menjamu makanan terbaik untuk tetamu istimewa yang datang berkunjung ke rumahnya.
Notakakikubukankakimu:Berbangga pernah menjadi penyalin resipi makanan masakan Chef Wan dihadapan tv walaupun sampai sekarang tak pandai-pandai masak macam Chef Wan.

AGM dan ulangtahun My Perintis

3 September 2016,Impact Hub,Sentul
AGM dan ulangtahun My Perintis di Impact Hub .My perintis mengadakan pelbagai acara bersama tokoh negarawan,program perniagaan-keusahawanan sosial,dan latihan kepimpinan.
Impact Hub menyediakan ruang untuk industri kreatif dan inovasi .

Acara Seni di Rumah Titi

4 September 2016,Rumah Titi,Titiwangsa
Bersama Pak Yassin Salleh,Tan Sri Johan Jaafar ,Abg Roslan,Smile Zuan dan Tofan sewaktu acara seni bersama Malaysia-Indonesia(rombongan dari Riau) diserikan dengan bacaan sajak,gesekan biola,nyanyian muzik,tayangan filem dan sebagainya.
Wasif Wan's photo.

Taklimat biasiswa Chevening UK

6 September 2016,Razak School of Government,Putrajaya
Taklimat biasiswa Chevening UK dianjurkan oleh British High Commission Kuala Lumpur,Razak School of Government dan JPA.
Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam-PTD,aktivis belia,ahli akademik,dan mereka yang berminat memohon biasiswa Master Chevening di UK.
Jaringan alumni Chevening ini sangat kuat dan mereka yang mendapat biasiswa Chevening ini sangat bertuah kerana memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak diberi oleh mana-mana pihak .

Image may contain: 19 people , people smiling6 September 2016,Razak School of Government,Putrajaya
Taklimat biasiswa Chevening UK.
Antara yang hadir sewaktu taklimat Chevening semalam,sifu Nuruddin,FaisalAziz,Hasnul Hanif .
Nuruddin kembara lama di Arab Saudi,Brunei,Amerika Syarikat sebelum ini,Faisal Aziz dan Hasnul aktivis mahasiswa belia di peringkat Asean,Komanwel bahkan mewakili Malaysia menjawat jawatan dalam organisasi Belia Komanwel.
Hasil pertemuan bersama pimpinan Razak School of Government juga mereka mengalu-alukan kerjasama aktivis belia dengan Razak School of Government khususnya dalam soal penerangan dasar-dasar kerajaan Malaysia .
Razak School of Government ini pernah menganjurkan sesi bersama Recep Tayyip Erdogan,Tariq Ramadhan,Tun Daim Zainuddin,Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi.
Bertempat di Menara Prisma,Putrajaya ,Razak School of Government juga memiliki perpustakaan dimana terdapat pelbagai buku rujukan berkenaan dasar-dasar kerajaan,soal kepimpinan dan mereka juga menerbitkan siri syarahan-ucapan tokoh-tokoh yang pernah diundang oleh mereka.