Tuesday, May 19, 2015
Friday, May 1, 2015
Ulasan buku 'Politik untuk Kemanusiaan''
Ulasan buku ''Politik untuk Kemanusiaan:Mainstream
baru Gerakan Politik Indonesia'' tulisan Tamsil Linrung
oleh
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad
wasiferdogan@gmail.com
FB: wasif wan
Saya
mendapat buku ini hadiah daripada penulisnya sendiri iaitu Pak Tamsil Linrung
ketika kunjungan saya dan rakan-rakan ‘Jaringan Anak Muda’ dan ‘Asean
YouthPrenuer Community’ ke sekolah antarabangsa seliaan beliau,Insan Cendekia
Madani di Tangerang,Indonesia.
Ketika
berbicara panjang bersama beliau,beliau banyak menekankan aspek pendidikan ,
pembentukan karakter pelajar dan soal kemanusiaan .Walaupun beliau
berpengalaman luas dalam kancah
politik(pernah bersama Partai Amanat Nasional(PAN),Partai Keadilan
Sejahtera(PKS),pernah bertanding pemilihan WaliKota Makassar dan banyak lagi),beliau
tetap memberi fokus utama kepada pendidikan dan perjuangan kemanusiaan dan kewujudan
sekolah antarabangsa berasrama penuh, Insan Cendekia Madani ini menjadi bukti
betapa serius beliau dalam soal pendidikan dan kemanusiaan.
\
Buku tulisan
beliau ini ‘Politik untuk Kemanusiaan:Mainstream baru Gerakan Politik
Indonesia’ juga membicarakan persoalan kemanusiaan dan seperti yang diungkapkan
beliau dalam Pengantar Penulis :-‘Politik sering dianggap sebagai satu medan
aktualisasi sehingga ia kerap hadir tanpa substansi’ dan oleh kerana itulah
beliau menekankan aspek ‘substansi’ ini.
Walaupun
ramai yang beranggapan ‘politik itu kotor’ dan usaha gerak kerja kemanusiaan tidak mampu digarap menerusi wadah
politik namun beliau tetap mengatakan bahawa:‘Masih
ada politisi langka yang tulus bekerja untuk rakyat.Tidak melulu politik itu
kotor’
Namun beliau
mengharapkan sebuah gerakan itu perlu meletakkan keutamaan terhadap permasalah
politik umat dan menurut beliau ‘..sebuah
gerakan atau organisasi harus menjadikan perhatian terhadap permasalahan
politik umat sebagai prioritas utama agenda kerja mereka’
Saya
tertarik apabila membaca buku ini dalam Bagian 1-Purifikasi Politik dan dalam
bahagian Pengantarnya,Pak Tamsil membawa catatan Ibnu Batutah dalam karyanya ‘Tuhfah an Nuzhar fi Gharaibil Amshar wa
‘Ajaibil Asfar’@‘ Hadiah berharga dari pengalaman menyaksikan negeri-negeri
asing dan menjalani perjalanan-perjalanan ajaib’ yang mencatatkan kisah kerajaan Samudera-Pasai dan bagaimana
kehidupan Sultan Malik Azh-Zhahir yang digambarkan misalnya duduk diantara
ribuan jamaah masjid-rakyatnya dan berpakaian serba putih serta tiada tempat
khusus bagi Sultan tersebut dan Ibnu Batutah mencatatkan bahawa:‘Rupanya kebiasaan di Kerajaan Samudera-Pasai
kala itu,di masjid di hadapan Allah swt,penguasa dan rakyat tiada berbeda’
Mengulas
perkara ini Pak Tamsil mengatakan:
‘Kekuasaan menjadi tidak superior
ditangannya bahkan beliau tak segan berbaur dengan masyarakatnya di masjid
jami’-tanpa tempat khusus,dan bahkan menggunakan pakaian yang sama seperti
rakyatnya.Sultan memahami bahwa manusia di hadapan Allah Yang Maha Kuasa adalah
sama.Menakjubkan,pemimpin tertinggi yang sebenarnya memiliki kekuasaan absolute
di dalam sistem kerajaan,menanggalkan kekuasaannya dan dengan penuh kesadaran
menghamparkan sajadah kesetaraan dihadapan Allah s.w.t.’
Kata beliau
lagi :‘Kekuasaan hanya alat untuk
mewujudkan kedamaian,keselarasan,harmoni dan kesejahteraan bagi rakyatnya’
Pak Tamsil cuba
menjelaskan bagaimana kedudukan sultan atau pemimpin dengan rakyat yang
seolah-olah tidak mempunyai jurang perbezaan dan memiliki hubungan erat serta
tidak wujud kasta yang menghalang usaha perjuangan kesetaraan antara sesama
manusia.
Pemimpin tidak menggunakan jawatan atau kekuasaan yang dimilikinya
untuk membeza-bezakan darjat rakyat seolah-olah mereka lebih mulia daripada
rakyat dan kuasa yang dimilikinya bukan untuk digunakan untuk meraih kekayaan
peribadi atau mengaut keuntungan hasil kekayaan negara sebaliknya dimanfaatkan
sepenuhnya demi memperjuangkan nasib rakyat.
Pak Tamsil
juga membawa kisah Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa berkhidmat kepada umat
keseluruhannya dan menurut beliau :-‘Umar
bin Abdul Aziz sangat menyadari bawah memimpin berarti berkhidmat kepada umat.Beliau
memperlihatkan totalitas pengabdian dan pelayanan yang sama sekali jauh dari
tendensi pribadi.Mengesampingkan kebutuhan keluarga demi umat yang dipimpinnya’
Dalam buku
ini juga Pak Tamsil menyelar sikap sesetengah pemimpin yang seolah-olah berlakon
di hadapan rakyat dan berpura-pura mengambil berat soal kebajikan rakyat
walaupun ia hanyalah satu ‘pencitraan’ atau dibuat-dibuat semata-mata untuk
meraih sokongan rakyat.
Mengulas
perkara ini Pak Tamsil mengatakan :-
‘Kepemimpinan adalah karakter.Bukan
pencitraan.Betapa banyak orang yang kita saksikan tersiksa karena mencoba
mengkhianati orisinalitasnya dengan mencoba ‘meminjam’ wajah yang bukan
miliknya untuk sekadar melakukan downing grade agar ia-terlihat-membumi bersama
pemilik kedaulatan demokrasi:rakyat’
Pak Tamsil
juga mengupas persoalan misi kepemimpinan manusia dan menyentuh persoalan
kebebasan manusia dalam melakukan sesuatu di atas bumi ini.Menurut beliau:-
‘Misi kepemimpinan manusia untuk
memakmurkan bumi,menebar kasih sayang,mewujudkan kesejahteraan,dan menciptakan
keteraturan sehingga terjalin sinergi dan harmoni yang menghindarkan manusia
dari berbagai mudharat,harus beriringan dengan pemahaman bahwa manusia tidak
boleh bertindak sebebas-bebasnya di muka bumi ini’
Dalam mewujudkan
‘politik untuk kemanusiaan’ ini,Pak Tamsil memberi penekanan terhadap para
pemimpin dan bagaimana kuasa yang ada pada mereka dapat memberi kesejahteraan
kepada rakyat keseluruhannya.Krisis kepimpinan yang berlaku di seluruh dunia
kini banyak memberi mudarat kepada rakyat dan rakyat menjadi mangsa kerakusan
sesetengah pemimpin yang mahu mempertahankan kedudukan atau mengejar kekuasaan
sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak menguntungkan rakyat.
Jarang kita
mendengar orang mengatakan berkenaan usaha memperbaiki bangsa dengan dimulai
dengan memperbaiki parti politik.Parti politik samada parti pemerintah mahupun
parti pembangkang pula sering membahaskan persoalan memperbaiki negara sehingga
kadangkala lupa membahaskan berkenaan usaha memperbaiki parti politik itu
sendiri.
Dan parti politik juga sering dilihat hanya mewakili kepentingan
kelompok tertentu dan tidak lagi dilihat mewakili kepentingan rakyat
keseluruhannya.Peranan parti politik harus diperluaskan lagi dalam membawa
kehendak dan aspirasi rakyat dan bukan lagi dilihat sekadar mengejar
undi,kerusi dan kekuasaan semata-mata.
Demikianlah tanggapan saya ketika membaca
tulisan bertajuk ‘ Menyegarkan perspektif politik’ dalam buku ini.Pak Tamsil
dalam tulisan tersebut mengatakan:-
‘Tidak berlebihan jika ada upaya
besar memperbaiki bangsa ini dengan memulainya dari perbaikan parpol.Kita mesti
menyelamatkan parpol sebagai sarana komunikasi politik dan articulator
kepentingan rakyat agar tidak tersandera oleh kepentingan kelompok.Parpol
sebagai wadah untuk mentransmisi kehendak rakyat atau konstituen harus terus
didorong agar mampu berperan secara fungsional ,bukan terjebak dibawah ketiak
kekuasaan.
Parti
politik menurut beliau juga ‘.. mesti
hadir sebagai universitas kepemimpinan yang melahirkan anak-anak muda progresif
dan orang-orang tua bijaksana dalam mendorong kepemimpinan holistik’
Dalam
tulisan bertajuk ‘Penguatan dimensi moral’ pula beliau menjelaskan bagaimana
seorang pemimpin itu perlu untuk menunaikan kepentingan rakyat,mendengar keluh
kesah serta memberi solusi penyelesaian terhadap masalah rakyat ,turun ke bawah
ke lapangan untuk menyelami permasalahan rakyat dan bukan hanya di hadapan
kamera sahaja.Kata beliau mengambil contoh kisah kepimpinan Umar :-
‘Setiap pemimpin yang ditunjuk oleh
Umar harus selalu membuka pintu rumahnya,bukan untuk mengajak berdialog dalam
rangka meredam daya kritis mereka,melainkan untuk menunaikan kepentingan
rakyat,mendengar keluh dan kesah serta memberi solusi.Kondisi berbeda jamak
ditampilkan para pemimpin kita di era yang mendewa-dewakan pencitraan.Nyaris
tidak ada pemimpin yang berani turun ke bawah seperti Umar untuk menyelesaikan
rakyat dari belitan masalah.Gaya blusukan pemimpin saat ini lebih dipendari
oleh gemilau kamera yang memoles citra hingga tiba dihadapan publik dengan rupa
sempurna’
Dalam
tulisan ini juga beliau membicarakan berkenaan politik dalam Islam dan bagi
pandangan beliau :
‘Politik dalam Islam bukanlah rimba
belantara yang memberi kebebasan bagi yang diamanahi kuasa untuk bertindak
membabi-buta.Bukan medan pertarungan yang kuat menghardik yang lemah.Juga bukan
untuk menghidupkan under estimate anak muda atas orang-orang
tua.Sebaliknya,politik dalam Islam berkelindan menjadi sebuah rangkaian cinta
yang menguatkan.Pesona keindahan sinergi ini memancar dari team work yang kuat
dan mampu melahirkan prestasi gemilang’
Dalam
tulisan bertajuk ‘Suara adalah amanah’ pula beliau menyelar pengamalan politik
wang dan mengatakan:-
‘..biaya politik menjadi lebih
mahal.Upaya membawa aspirasi untuk menyejahterakan dengan menempuh
kebijakan-kebijakan kalah lebih dini oleh praktik politik uang(money politics)’
Selain
politik wang,beliau juga menjelaskan bagaimana wujud parti politik yang menurut
beliau ‘‘Mengedepankan politik balas
dendam antara berbagai partai,entitas politik,bahkan kadang dilokalisasi
menjadi isu suku,agama,ras dan golongan yang mewakili ideologi politiknya
masing-masing’ dan sikap ini ternyata tidak menguntungkan rakyat ,dan
rakyat terlampau dihidangkan dengan pertelagahan antara parti-parti politik sehingga
tenggelam isu sebenar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat apatahlagi wujud parti politik yang mengeksploitasi isu
kaum dan agama demi kepentingan politik semata-mata.
Pak Tamsil
juga menyokong penuh penglibatan masyarakat dalam pelbagai dasar awam dan bagi
beliau ini dapat membawa ke arah kewujudan ‘good governance’ dan ‘clean
government’ .Dalam tulisan beliau bertajuk ‘Keluar dari mainstream’ beliau
menyatakan:-
‘Keterlibatan masyarakat dalam
berbagai kebijakan publik ,secara sinergis akan mendorong lahirnya pemerintahan
yang baik(good governance) dan pemerintahan yang bersih(clean government) yang
bercirikan efisiensi manajemen,akuntabilitas,tersedianya infrastruktur
hukum,juga adanya sistem informasi yang menjamin akses masyarakat terhadap
informasi yang berisi kebijakan pemerintah’
Pada masa
yang sama beliau juga menekankan aspek pembangunan manusia khususnya dalam kalangan generasi muda dan
mengambil berat tentang sistem pendidikan yang dilihat tidak mampu
mengintegrasi antara kemahiran dan kecerdasan intelektual,emosi dan
spiritual.Mengulas perkara ini beliau menyatakan juga:-
‘Untuk jangka panjang,tantangan
pembangunan kita yang juga harus mendapat perhatian sangat serius adalah
pembangunan manusia.Sebab,manusia adalah variable utama yang menentukan masa
depan bangsa ini.Manusia adalah actor yang bakal membentuk wajah Indonesia di
masa depan.Mau menjadi apa bangsa ini,maka lihatlah seberapa besar perhatian pemerintah
terhadap generasi muda’
‘Ada kegagalan dalam dunia pendidikan
kita yang tidak mampu mengintegrasi antara skill dengan kecerdasan
intelektual,emosional dan spiritual para alumninya’
Subscribe to:
Posts (Atom)