Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan
Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang
mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.
Ada yang ke sana
membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi
sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program
khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya
untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang
pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian
orang untuk ke sana dan beberapa kali
juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor
keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap
apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah
kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan untuk mengikuti kembara ke Songkhla-Yala-Narathiwat
kali ini sambil melihat manuskrip kitab melayu lama dan program di rumah anak
yatim daripada En Zul dan Abang Juraij
(Persatuan Pelancongan(MITRA) dan Briged Bakti segera saya sahut walaupun hanya
sehari sebelum mengikuti kembara itu saya baru berjaya memperbaharui passport.Jam
7.45 pagi Jumaat itu saya perbaharui passport di Putrajaya dan siap urusan
perbaharui passport sekitar jam 10.30 pagi sebelum mengikuti beberapa acara di
Putrajaya sempena Putrajaya International Islamic Art (sempat juga ke
perkarangan Istana Kehakiman untuk perbicaraan DSAI)sehingga lewat petang dan
tiba di rumah selepas Maghrib sebelum diambil oleh sahabat baik,Saiful Ridwan
menuju ke Hentian Bas Jalan Reko,Kajang.Di sana saya bertemu sahabat-sahabat
baru serombongan ke Thailand ini.Kesemua kami (diketuai abang Juraij-Briged
Bakti) seramai 11 orang merupakan pelajar pelbagai institusi pengajian(BA dan
Master) seperti UM,UKM,MFI dan maktab perguruan.
Jam 1030 malam kami menaiki bas di hentian bas jalan reko
ini menuju ke Bukit Kayu Hitam,Kedah.
Sekitar jam 6 pagi kami tiba di Bukit Kayu Hitam dan turun
di pusat imigresen sempadan Bukit Kayu
Hitam-Danok (Malaysia-Thailand) dan selepas urusan imigresen kami diambil oleh
wakil pihak sekolah di Sadao menaiki van dan singgah sarapan pagi dahulu di
pekan Danok.Di pekan Danok,Thailand ini suasana tidak ubah seperti Kedah/Perlis
apatahlagi penduduknya yang kami temui masih boleh berbahasa Melayu utara.
Dari pekan Danok kami meneruskan perjalanan ke Madrasah Al-Muhammadiyah
Al-Islamiyyah ,Prutiaw di Sadao dan disana kami berehat-mandi membersihkan diri
sebentar sebelum dijamu sekali lagi dengan makanan Sadao.Di madrasah ini terdapat asrama yang menempatkan
anak yatim dan penduduk miskin yang menuntut ilmu disini.Sambutan menggalakkan
menyebabkan pihak pentadbiran dalam usaha untuk menambah bangunan baru untuk
urusan pendidikan penduduk disini.
Dari Sadao kami ke Chenak dan disana kami menziarahi makam allahyarham Syeikh
Abdul Samad Alpalembangi,tokoh yang mahsyur dengan pelbagai kitabnya di
nusantara ini.Rombongan kami berjaya menjumpai makam ini selepas dibantu oleh
seorang makcik tua penduduk kampung di sana.Perkarangan makam yang daif itu
menurut abang Juraij boleh dibangunkan lagi dengan bantuan dana pelbagai pihak
dan penduduk kampong disana dan ia boleh dijadikan seakan kompleks untuk
mengenang jasa dan perjuangan Syeikh Abdul Samad al palembangi.Menurut kisah
penduduk kampong,Syeikh Abdul Samad al palembangi ini telah mati dibunuh ketika
beliau berusaha berjuang bersama penduduk kampong disana.Syeikh Abdul Samad
alpalembangi ini mengembara ke pelbagai tempat untuk mengajar dan menyebarkan
misi pendidikannya di serata tempat.
Dari Chenok kami meneruskan perjalanan kami ke Songkhla dan
disana kami menziarahi Madrasah Anak Yatim Sartiwit di Songkhla yang
menempatkan ramai anak yatim khususnya anak-anak yatim mangsa tragedi hitam Tak
Bai.Rombongan kami bertemu dengan En Zulkafli Daud,pengerak utama projek kami
ini yang sudah lebih awal ke sini membawa rombongan lain dan sempat
mengadakan sesi perbincangan dan taklimat
berkenaan rumah anak yatim ini bersama pihak pengurusan rumah anak yatim
ini.
Menurut pihak pengurusan rumah anak yatim ini,disini anak-anak yatim yang majoritinya anak mangsa tragedi hitam Tak Bai dan dari Pattani ditempatkan di asrama dan belajar pelbagai ilmu disini secara percuma.Kesan tragedi Tak Bai dan pelbagai pembunuhan di Pattani menyebabkan anak-anak yatim ini menjadi mangsa,hidup dalam serba daif dan terabai pendidikan mereka.Oleh kerana itu pihak pentadbiran rumah anak yatim dengan bantuan individu dan pelbagai pihak yang bermurah hati menaja kos penyelenggaraan rumah anak yatim ini mengambil ramai anak yatim dari pelbagai kawasan dan mereka juga mempunyai data maklumat peribadi anak-anak yatim tersebut.Mereka sangat mengharapkan bantuan khususnya bagi menyelengara kos pengurusan rumah anak yatim ini (seperti kos asrama-makan/minum dan lain-lain) dan menggalakkan projek kesukarelawanan seperti mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga projek keluarga angkat(sukarelawan di Malaysia yang sudi menaja kos pendidikan anak yatim di sini)
Menurut pihak pengurusan rumah anak yatim ini,disini anak-anak yatim yang majoritinya anak mangsa tragedi hitam Tak Bai dan dari Pattani ditempatkan di asrama dan belajar pelbagai ilmu disini secara percuma.Kesan tragedi Tak Bai dan pelbagai pembunuhan di Pattani menyebabkan anak-anak yatim ini menjadi mangsa,hidup dalam serba daif dan terabai pendidikan mereka.Oleh kerana itu pihak pentadbiran rumah anak yatim dengan bantuan individu dan pelbagai pihak yang bermurah hati menaja kos penyelenggaraan rumah anak yatim ini mengambil ramai anak yatim dari pelbagai kawasan dan mereka juga mempunyai data maklumat peribadi anak-anak yatim tersebut.Mereka sangat mengharapkan bantuan khususnya bagi menyelengara kos pengurusan rumah anak yatim ini (seperti kos asrama-makan/minum dan lain-lain) dan menggalakkan projek kesukarelawanan seperti mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga projek keluarga angkat(sukarelawan di Malaysia yang sudi menaja kos pendidikan anak yatim di sini)
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke rumah tuan
pengetua madrasah itu dan disini kami mendengar pelbagai kisah tentang sejarah
madrasah, pendidikan di Thailand,cabaran semasa khususnya tentang proses ‘Siamisasi’
yang menghakis bahasa-budaya dan adat penduduk di Selatan Thailand.
Dari Songkhla kami ke Yala dan disini kami mulai terasa
suasana kawalan tentera Thailand di kawasan Selatan Thailand ini.Kami melintasi
banyak pos kawalan keselamatan polis-tentera sepanjang perjalanan kami ke Yala
ini namun tiada sebarang masalah yang kami hadapi.
Di Yala kami melawat sebuah
kilang air soya dan mendengar taklimat tentang kilang air soya
tersebut.Pelbagai jenis air soya yang dihasilkan di kilang ini dan kami diberi
peluang merasai air-air soya tersebut.Antara air soya yang terdapat disini
ialah air soya tulen,air soya campuran dengan susu kambing,air soya campuran
coklat,air soya campuran habbatus sauda .Melalui lawatan ke kilang air soya ini
kami dapat mempelajari sesuatu tentang peluang perniagaan halal yang terdapat
di Yala ini apatah lagi air soya keluaran pihak kilang ini juga telah memasuki
pasaran ASEAN dan pasaran antarabangsa.
Dari Yala kami menuju ke satu lagi kawasan Selatan Thailand
iaitu Narathiwat dan di Narathiwat ini juga kami melintasi pelbagai pos kawalan
keselamatan polis-tentera dan sesekali kami dapat melihat kawalan tentera
dengan senapang panjang mereka di tepi jalan mengawal sehingga ke kawasan
kampong.
Kami tiba akhirnya di Madrasah Ahmadiyah Pondok Wakaf Anak Ayam
ketika hari sudah malam disambut tuan pengetuanya dan selepas
berehat/minum-makan sebentar kami berpeluang melihat galeri manuskrip kitab
Melayu lama yang terletak di bilik bersebelahan kami.Antara tujuan utama kami
dalam kembara kali ini ialah untuk melihat manuskrip kitab Melayu lama ini.
Sebelum tidur kami mengadakan mesyuarat-taklimat dan
pengenalan serta perancangan gerak kerja untuk misi melihat manuskrip kitab
Melayu lama keesokan harinya.
Hari kedua kembara kami di Thailand dimulakan dengan sarapan
pagi sebelum kami mendengar taklimat daripada tuan pengetua madrasah tentang
manuskrip kitab Melayu lama yang terdapat di madrasah ini.
Tuan pengetua madrasah telah membuat kajian tentang
manuskrip Al-Quran yang terdapat disini manakala menurut beliau,mereka
memerlukan bantuan pelbagai pihak untuk mengkaji manuskrip kitab Melayu lama
itu pula.Pihak kerajaan Turki telah banyak membantu usaha pemuliharaan
manuskrip melayu lama itu yang telah dihantar ke Istanbul,Turki untuk proses
pemuliharaannya sebelum ini.Wakil penyelidik dari Sepanyol,ngo/yayasan Turki
juga pernah datang ke madrasah ini untuk membuat kajian berkenaan manuskrip
tersebut.Menurut tuan pengetua madrasah ini,manuskrip Melayu lama itu
merangkumi perbahasan pelbagai ilmu seperti ilmu perubatan,pembuatan keris
,tauhid,tasawuf,fiqh dan sebagainya.
Setiap seorang daripada kami kemudiannya diberi setiap
seorang sebuah kitab lama untuk dibelek-dibaca setakat mana yang mampu dan
menganalisis catatan perbincangannya setakat yang kami mampu.Kebanyakan kitab
lama yang terdapat di madrasah ini
merupakan kitab dalam bahasa Arab dan ada catatan terjemahan-huraiannya dalam
tulisan jawi lama juga.Melalui usaha pemuliharaannya oleh pihak kerajaan
Turki,kitab tersebut berjaya diselamatkan dari dimakan anai-anai dan masih
boleh dibaca dan dikaji walaupun ia memerlukan kemahiran dan ilmu yang tinggi
untuk mengkajinya.
Rombongan penyelidik kami sekurang-kurangnya telah belajar
pelbagai asas untuk dokumentasi dan pengkajian manuskrip daripada tuan pengetua
madrasah ini(misalnya tentang penulisan tajuk-nombor
kod-gambar-saiz-pemilik-tempat-alamat-rekabentuk-nama jenis-ukuran
panjang-lebar-tebal-berat-umur-tahun kitab-manuskrip tersebut)
Rombongan kami juga telah merakam beberapa video dokumentari
sebagai pengenalan terhadap kitab manuskrip Melayu yang terdapat di madrasah
ini.Proses pengkajian manuskrip kitab ini secara mendalam akan diteruskan dalam
siri kembara kami akan datang dimana ia memerlukan kami untuk berkampung lebih
lama disini.
Di Narathiwat ini kami sempat juga menziarahi sebuah masjid
berusia sekitar lebih 380 tahun di Teluk Manuk dan menurut kisahnya ia tidak
menggunakan sebarang paku dan memiliki senibina yang cukup unik.Ukiran kayu
didalamnya misalnya cukup halus dan berseni dan kawasan bilal melaungkan azan
terdapat di tingkat menara paling atas yang memerlukan kita memanjat tangga
untuk naik ke atas menaranya.Kawasan sekitarnya dibangunkan sekolah untuk
pelajar-pelajar disamping terdapat sungai ditepinya.
Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Narathiwat dan berhenti
untuk membeli belah berdekatan kawasan pantai Narathiwat.Disana terdapat
pelbagai jualan barang-barang keperluan dan ia menjadi tempat penduduk disana
berkelah bersama keluarga di tepi pantai tersebut.
Dari sana kami terus menuju ke Sungai Golok dan perjalanan
kembara kami ke Thailand yang bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah ,melalui
Danok-Sadao-Songkhla-Yala-Narathiwat-Sungai Golok dan akhirnya kami tiba di
pintu keluar sempadan Rantau Panjang,Kelantan.Sekitar jam 8.30 malam kami
menaiki bas di stesyen bas Rantau Panjang menuju pulang ke Kuala Lumpur.
Walaupun kembara ke Thailand ini agak singkat 2 hari sahaja
tetapi ia membuka mata kami untuk menggerakkan beberapa projek anak muda
khususnya seperti projek kajian manuskrip kitab Melayu lama,projek sukarelawan
mengajar bahasa Melayu-bahasa Inggeris,projek keluarga angkat untuk anak yatim
mangsa Tak Bai-Pattani dan lain-lain lagi.
Semoga lebih ramai anak muda yang akan bersama-sama kami
dalam projek ini dan semoga ada pihak yang bermurah hati dan sudi membantu
mengikut kemampuan masing-masing bagi menjayakan pelbagai projek yang dirancang
bersama-sama ini.